Friday, April 20, 2012

Man from The Equator

Hmm..hmm.. Assalaammmualaikumm... Selamat petang (6:05 pm), di saat ini, saya sedang pening-pening fikir macam mana nak apply biasiswa skim tenaga pengajar muda dekat uitm, dan kepeningan itu membawa saya kepada ke fed-up'an, lantas membuatkan saya ingin melupakan seketika kisah skim TPM itu, dan menceriakan petang anda semua dengan sinopsis sebuah lagi drama baru yang menarik hati saya, Man From The Equator.


Tajuk : Man From The Equator (적도의 남자)
Tayangan : 21 Mac 2012 - 24 Mei 2012 *waktu tayangan KBS2 Korea*
Stesen : KBS2
Episod : 20

Sebagai pembukaan, bagi mereka yang tidak tahu, Equator atau kita panggil sebagai garisan Khatulistiwa, ialah sebuah garisan bayangan yang membahagi bumi kepada Hemisfera Utara dan Selatan. Menariknya, Garisan khatulistiwa ini terletak selari dengan paksi putaran bumi, dengan latitud 0'. Kenapa kita tiba-tiba membincangkan subjek Geografi yang kita pun dah tak ingat time dulu-dulu belajar waktu tingkatan 3? Kerana, kisah Man From The Equator ini, di tulis berdasarkan sifat-sifat pada Garisan Khatulistiwa.

Baiklah, saya dah nampak anda semua sudah mula menguap membaca kisah Geografi ini, jadi, saya mulakan penceritaan ringkas saya mengenai Man From The Equator.

Kisah bermula dengan penceritaan ringkas 2 orang sahabat, yang dahulunya tidak mengendahkan satu sama lain, menjadi sahabat baik yang berikrar sehidup semati, namun pengkhianatan mengubah hubungan mereka daripada sahabat sejati kepada musuh.

Kim Seon Woo merupakan seorang budak kampung yang hidup dengan penuh berdikari. Dia menjadi anak angkat kepada Kim Kyeong Pil sejak berusia 9 tahun, dan membesar sebagai seorang budak yang kuat. Dia mempunyai mentaliti yang tegar sebagai budak kampung, yang hidup bebas, malah menjadi budak lelaki yang selalu melindungi kawan-kawannya di dalam kesusahan.

Lee Jang Il pula seorang budak paling pintar di Yeosu(Bandar tempat mereka tinggal) dan hidupnya diabdikan dengan belajar. Dia tinggal dengan bapanya, dan hidup dibelenggu hutang. Oleh kerana sering dikejar oleh pemiutang, Seon Woo menyelamatkannya, dan akhirnya terpengaruh dengan sikap Jang Il yang suka belajar. Seon Woo turut belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya sehingga suatu peristiwa merubah kehidupannya buat selama-lamanya.

Bapanya, Kyeong Pil ditemui mati, di gunung tempat dia dan bapanya berjanji untuk berjumpa pada hari jadinya. Dalam masa yang sama, Jang Il pula mendapat biasiswa dan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Seoul. Di saat Jang Il ke Seoul, pemiutang yang sudah lama mencari Jang Il mengejarnya, namun di tahan oleh Seon Woo, dan menyebabkan dia cedera parah. Di dalam kesungguhannya menyelamatkan Jang Il, dia turut ingin mencari punca sebenar di sebalik kematian bapanya.

Saksi kes kematian bapanya, seorang bomoh, dan bapa kepada sahabat Seon Woo, Choi Soo Mi, yang menyimpan perasaan terhadap Jang Il. Soo Mi menghalang bapanya daripada menceritakan hal yang sebenar kepada Seon Woo kerana ingin melindungi Jang Il, namun tindakannya itu membawa kepada tragedi yang amat besar.

Apabila Jang Il kembali ke Yeosu untuk bertemu dengan Seon Woo, Seon Woo sedang dalam persiapan menulis petisyen kepada pihak polis supaya membuka semula siasatan ke atas kes bapanya. Pada awalnya dia ingin membantu sahabatnya itu untuk menyelesaikan kes tersebut, namun, niatnya berubah apabila mendapat tahu, bapanya, Lee Young Bae yang melakukan pembunuhan ke atas bapa Seon Woo atas arahan Jin No Shik, seorang ahli perniagaan terkenal dan bekas majikan kepada bapa Seon Woo.

Demi menghalang Seon Woo daripada menghantar petisyen tersebut, Jang Il memukul Seon Woo lantas mencampakkan(pelik?) Seon Woo ke dalam laut, dengan harapan sahabatnya itu mati, dan kes pembunuhan yang dilakukan bapanya ditutup. Namun, takdir menentukan segalanya.

Keazaman Seon Woo yang kuat untuk terus hidup, membuatkan lelaki yang koma selama hampir 13 tahun itu, sedar kembali, bersama memori pengkhianatan sahabatnya. Takdir lebih menyebelahinya apabila dia ditakdirkan buta, dan ke Seoul untuk menjalani pemulihan. Sepanjang proses pemulihan itu, dia cuba untuk memahami dan mencari jawapan akan mengapa sahabatnya ingin mengkhianatinya, dan dengan kekurangannya (buta) dia dapat mengenali sahabatnya dengan lebih mendalam.

Semua itu membawa kepada satu jawapan, mengapa Jang Il menghalangnya daripada menghantar petisyen, dan Jang Il ditawarkan biasiswa daripada Jin No Shik sebaik sahaja bapanya mati. Namun, dia harus mencari bukti dan jawapan yang lebih tepat, di samping tidak dapat memaafkan pengkhianatan sahabatnya itu.

Kisah ini tidak akan menjadi menarik seandainya tiada "love line" dan sudah tentu, seperti yang anda bayangkan, mereka berdua jatuh hati kepada gadis yang sama, Han Ji Won. Ji Won bekerja sebagai seorang sukarelawan di pusat pemulihan tempat Seon Woo belajar, dan jatuh hati kepada jejaka itu sejak dari kecil. Namun, pada masa yang sama, beliau juga belajar di universiti yang sama tempat Jang Il belajar, dan di sukai oleh Jang Il sejak hari pertama mereka bertemu dahulu.

Apa yang akan terjadi seterusnya? haa.. saya tahu, anda tak curiga pun... tapi saya curiga. Macam mana pembalasan dendam yang akan dilakukan oleh Seon Woo. Haha. Jom, berkenalan dengan pelakon-pelakonnya pula~!!

Watak Utama
Kim Seon Woo di lakonkan oleh Uhm Tae Woong/ Lee Hyun Woo

Abang Uhm Tae Woong

Adik Lee Hyun Woo
 Abang Tae Woong (eceh~! mula dahh) sangat dikenali melalui wataknya sebagai Han Byeok Do di dalam drama Delightful Girl Sun Chun Hyang. Yup2, yang dia panggil 'pak cik' tu... Pada asalnya, watak Kim Seon Woo ni ditawarkan kepada Oh Ji Ho, pelakon utama The Slave Hunter tu, tapi, sebab kesibukan yang teramat sangat, servis bertukar tangan kepada abang Uhm Tae Woong, dan ternyata, biarpun pilihan kedua, lakonannya tidak mengecewakan. Adik Lee Hyun Woo yang melakonkan watak Kim Soen Woo sewaktu muda turut memaparkan aksi cemerlang, dan penghayatan emosi yang cukup baik, berbanding lakonannya di dalam drama God of Study sebelum ini. Boleh dikatakan, mereka berdua ni berjaya memotretkan watak Kim Seon Woo dengan baik, dan membawa penonton mendalami penderitaan watak Kim Seon Woo ini.


Lee Jang Il dilakonkan oleh Lee Jun Hyuk/Siwan(ZE:A)
Abang Lee Jun Hyuk

Abang Siwan
Ok, Seterusnya, watak Jang Il. Ini salah satu watak yang menggerakan jalan cerita Man From The Equator ni. Watak Jang Il muda dilakonkan oleh Siwan, seorang ahli kumpulan ZE:A. Siwan ni mula menerjunkan diri kedalam dunia lakonan melalui drama The Moon That Embraces The Sun. Bagi watak Jang Il dewasa(?), Lee Jun Hyuk yang dikenali melalui drama aksi, City Hunter, yang melakonkannya(ayat ini pelik). Bagi seorang pelakon baru, Siwan berjaya menyelami watak Jang Il, yang mengkhianati kawan baiknya, dan sikap tamaknya itu diteruskan dengan baik oleh Lee Jun Hyuk.

Han Ji Won dilakonkan oleh Lee Bo Young/Kyung Soo Jin
Kakak Lee Bo Young

Kakak Kyung Soo Jin
Oh, dua orang kakak yang cantik ini, memegang watak sebagai Han Ji Won, seorang pelajar universiti yang jatuh cinta pandangan pertama kepada Kim Seon Woo. Kakak Lee Bo Young ni seorang model(memang lawa..) dan saya kenal dia melalui wataknya sebagai Lee Shin Mi di dalam drama Becoming a Billionaire. Manakala kakak Kyung Soo Jin ni, rasanya ini penampilan pertama dia dalam drama bersiri... rasanyalahhh...

Dan ini, teaser untuk drama Man From The Equator~!
Teaser Kim Seon Woo:

 Teaser Lee Jang Il:
Teaser Han Ji Won:
Teaser Choi Soo Mi:

Amacam? Selepas tengok teaser mereka, rasa curiga dan ingin tahu kan?(walaupun tak, faham tipulah kalau tak rasa macam tu..) haha.

Jadi jangan lepaskan peluang menonton drama ini. Bagi penonton Malaysia, drama ini baru sahaja mula ditayangkan di KBSWorld, bermula 11 April 2012, jadi baru terlepas 4 episod, masih sempat nak catch up kan? dan kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah berkunjung ke laman web KBS : http://www.kbs.co.kr/drama/jukdo/
Haaah, jadi SELAMAT MENONTON!
Tamat menulis pada jam 9:36pm.














Popular Posts