Tuesday, September 29, 2009

Cinta ini untuk A.L.O.N.G

Aku cuma memandang wajahnya sekali. Dan aku ingat sehingga kini.

Pada pandangan itu;

Hatiku terasa sesuatu yang mengalir sejuk. Menenangkan.

Urat-sarafku yang sedia tegang terasa mengendur. Menyelesakan.

Degupan pada jantungku seolah-olah mengencang. Membuatkan aku terasa aneh.

Mengapa dengan begitu sekali?

Tubuhku bagai berhenti berfungsi. Setiap langkah kalut dan kaku.

“Ya Allah! Apa aku dah buat ni?!” Air di dalam tanganku tumpah ke sisi. Segannya aku tidak terkata. Senyuman seulas dari bibirnya dihadiahkan buatku. Hampir luruh jantungku. Benar. Ruang hatiku benar-benar terisi dengan ketenangan. Kesejukkan yang hampir membuatkan aku menggigil.

Dia masih tersenyum memandang ku. Tubuhnya tidak langsung bergerak, walau matanya, masih menatap wajahku. Dan aku semakin tidak keruan. Pergerakan langsung tidak terkawal. Jangan lah memandang aku begitu! Seru hati kecilku. Akhirnya aku mengalah. Menghadiahkan sedikit senyum disebalik rona merah wajahku. Aku begitu malu berhadapan dengannya.

Entah kenapa rasa aneh itu berpanjangan.

Membawa ke mimpi.

Membawa ke dunia nyata walau aku masih belum terjaga.

Di dalam mimpiku terdengar satu suara berkata, “Engkau lah cinta yang aku cari selama ini…”. Suara itu bergema-gema.

Cinta? Aku semakin keliru. Aku tidak ingin jatuh cinta. Namun semenjak pertemuan itu, aku terasa semakin rindu. Rindu yang amat mendalam sehingga segala-galanya bagaikan tidak ada. Hanya ada aku dan dia. Dia?

Benar. Aku ingin sekali berjumpa dengannya lagi. Doaku dalam hati agar jodoh ini berpanjangan. Biar dengan niat yang suci. Se-ikhlas hatiku, aku begitu mencintainya. Merinduinya. Dan, aku mengingatkan diri, apa yang sejati tetap cinta yang dari ILLAHI.

Salam rindu dan cintaku untukmu; A.L.O.N.G

Sunday, September 13, 2009

Jom Main Rubix!!!

Sejak kebelakangan ini, saya sibuk sangat bermain rubix cube. Haha. Tau tak Rubix Cube tuh macam maner? Ngehehe... Nii haaa...



Ade siapa-siapa yang berani challenge? Tak payah lah...Saya pun cuma terer main yang 3 x 3, yang jenis-jenis lain, tak habis belajar lagi. Okay. Dalam ke'tension'nan mencari data dan maklumat untuk segala projek-projek, saya cuba 'buang masa' sikit cari maklumat tentang rubik ni. Agak menarik juga.

Rubik's Cube ini mula dicipta oleh seorang professor hungarian, dia ni professor in architecture,pada tahun 1974. Zaman tu, orang tak panggil Rubix, tapi, panggil dia sebagai 'Magic Cube'. Magic betul. Ia mula dijual disebuah kedai permainan yang dinamakan Ideal Toys pada tahun 1980, dan yang paling menariknya, Rubix ini telah memenangi anugerah di German dan memegang title sebagai Best Puzzle of the year. Memang best!.


Ini kiub rubix yang asli.....kire, klasik larr.... ngehehehe

Oleh kerana saya ni student maths, saya rasa lagi seronok bincangkan tentang Rubix ni di dalam bahasa math. Ngahaha. Nganga korang. Simple je.

*(n_n)*Kiub Rubik yang asli(3 x 3), mempunyai 8 penjuru dan 12 sisi. Maka, 8! (factorial)[cuba korang tekan kalkulator] =40,320...Bermaksud, ada 40,320 cara untuk menyelesaikan bahagian penjuru kiub ini.

*(n_n)*Selain itu, 7 daripada bucu, boleh disusun independently, manakala, bucu yang ke lapan, bergantung pada kedudukan bucu yang ketujuh maka; 3^7(power of 7) =2,187.

*(n_n)*Itu baru bahagian penjuru, untuk bahagian sisi pula, 12!/2=239,500,800 , bermaksud, ada 239,500,800 cara untuk menyusun bahagian sisi kiub ini.

*(n_n)*Seterusnya, 11 sisi kiub ini boleh dipusing dan digerakkan berulang-ulang kali, namun, sisi ke 12, bergantung pada sisi yang ke-11, maka; 2^11=2,048 kemungkinan...

*(n_n)*JAdi, total kan.... 8! x 3^7 x 12! x 2 = 43,252,003,274,489,856,000... maksudnyer ader 43,252,003,274,489,856,000 probability untuk selesaikan kiub ini.

*(n_n)*Untuk pengetahuan anda, sekiranya setiap satu possibility pada kiub ini, disusun dengan menggunakan kiub bersaiz 57mm, ianya dapat memenuhi bumi sebanyak 273 layer!

*(n_n)*Untuk makluman juga, daripada ber'quintrillion' possibility menyelesaikan kiub ini, hanya ada 12 sahaja possibility yang berjaya.

Mari berkenalan dengan kiub ini lagi...tapi, saya bagi yang basic je lah:

Bahagian kiub yang berhadapan dengan anda dipanggil FRONT di notasikan sebagai F.

Bahagian kiub yang bertentangan dengan FRONT ialah BACK dan dinotasikan sebagai B.

Bahagian atas kiub dipanggil UP(U) dan bahagian bawah dipanggil DOWN(D).

Bahagian yang terletak disebelah kiri hadapan anda ialah LEFT(L)

Bahagian yang terletak disebelah kanan hadapan anda ialah RIGHT(R).

FORMULA PENYELESAIAN yang saya belajar lah..:

1. Selesaikan BASE. (maksudnye, selesaikan mana-mana warna yang boleh pada satu surface dan letakkan dia pada kedudukan DOWN)

2. Selesaikan FIRST LAYER. (barisan pertama diatas BASE).

3. Selesaikan SECOND LAYER. (Barisan diatas FIRST LAYER. Gunakan kaedah inverse T[cari mana-mana bahagian yang boleh membentuk T yang terbalik, kemudian selesaikan warna diatas hujung T itu])

4. Selesaikan UP dengan menggunakan kaedah '+'. ( Front[pusing FRONT kekanan], RIGHT[pusing RIGHT keatas], UP[Pusingkan UP kekiri, RIGHT'[Pusingkan kanan ke bawah], UP'[Pusingkan UP kekanan] dan FRONT'[Pusingkan FRONT kekiri])

5. Selepas itu, selelsaikan warna ditengah-tengah 3rd layer(di atas 2nd layer) suapaya sama dengan warna pada 1st dan 2nd layer. Pergi pd mne2 bahagian yg x sama dan buat (RIGHT, UP, RIGHT', UP, RIGHT, UP, UP, RIGHT') sampai dapat semua bentuk yang sama..

6. Selesaikan bucu. Pastikan mana-mana warna sama dengan surface berhampiran. (UP, RIGHT, UP', LEFT, UP, RIGHT', UP', LEFT'). Dapatkan sampai bucu dia hampir betul.

7. Akhir sekali, fokus pada RIGHT sahaja, gerakan ke bawah, kiri, atas dan kanan berulang-ulang kali, sehingga tersusun 3 warna dengan seimbang. Dah SIAP!!!!

Mesti pening kan baca rumus2 ni, tapi tak apalah....dapat juga saya membuang masa saya dan masa anda semua. Ngahaha. Puas juga bila dapat selesaikan rubix ini. Jom lah try. Untuk permulaan, beli yang RM2.00 kat kedai 2 ringgit tuh. Ade je banyak. Tapi, ingat! Sekali main, memang dah cukup gian!!!!!!!! NGAHAHAHAHAHAHAHA....

Thursday, September 10, 2009

Zikir lagi...

Barangsiapa yang dapat mengucapkan "Yaa-Hakiim" sebanyak 300 kali sehari, insya-Allah, dia akan dapat berfikir dengan baik, memahami dan mengingati sesuatu dengan cepat. Jom Amalkan sama-sama!!!

Tuesday, September 8, 2009

Beethoven Spring Sonata......



Ini encik Ludwig Van Beethoven...Handsome kan dia???


Saya terlalu sukakan piece ni, sampai rasanya dalam sehari, nak dengar lebih 10 kali. Kalau dengar tu, terasa macam mati hidup kembali. Haaa.... bahagia nyerr... ngehehehe.

Spring Sonata ni, dimainkan dalam F major. Ada 4 movement. Agak menarik. Tapi, sangat seronok. Saya minta tolong adik saya, mainkan karya ni untuk saya. Tengok macam mana jari-jari dia bergerak. Fuh! Cantik. Memang best. Nak try main? Nanti lah, Fr Elise pun tak lepas nak main lagi tw.... ngehehehe

Ada yang main dalam bentuk violin sonata, piano sonata pun ade. Tapi, yang lagi feeling, pada saya violin sonata. Bunyi dia dengar lagi klasik. huhuhu... Sejarah Spring Sonata? kejap-kejap...

Opening piece dimainkan dalam C-Minor(kata adik saya). Kalau dalam dunia classical digelar 'takdir memanggil'.ceh!. Menurut buku 'The Beethoven Violin Sonatas:History Critism and Performance' yang ditulis oleh Lewis Lorkword and Mark Kroll, karya ini ditulis Beethoven sepanjang musim panas dan musim luruh tahun 1800. Kalau nak diikutkan, pengimbangan bunyi violin dan piano dimainkan dengan baik. Sepanjang karya ini dimainkan, bunyi piano dan violin dapat didengari dengan seimbang. Pada awal karya ini dikeluarkan, ianya lebih dikenali dengan 'Piano sonatas accompanied by violin', namun, Mozart mula menjadikan violin dan piano sebagai 2 instrument penting didalam karya ini.

Allegro dimainkan oleh biola, dengan not yang lembut dan perlahan, kemudian diadunkan dengan piano yang masuk dalam not A-major. Main theme bertukar-tukar, dari piano ke biola berulang-ulang kali. Menjadikan alunan bunyi yang redup namun menyenangkan. Pertukaran antara biola dan piano, membuatkan pendengar merasa seolah-olah piano dan biola saling berkomunikasi sesama mereka, mengikut rentak dan alunan dan bertukar secara dramatik apabila note berubah ke minor.

Menurut adik saya, pada movement ke-3 ataupun dipanggil Shcerzo, alunan biola dan piano seolah-olah saling mengejar. Piano menjadi leads, diikuti, biola, dan walaupun melodi itu saling mengejar, ianya seolah-olah menghiburkan pendengar dengan gelak tawa biola dan piano yang saling berkejaran. Beethoven mengakhiri sonata ini dengan Rondo - Allegro ma non troppo, ataupun the fourth movement; bunyi yang seolah-olah berakhir dengan sendirinya. Tanpa dijangka. Tanpa diarah. Arghhh!!! Menarik betul!!!

Kenapa saya semangat sangat cerita tentang Spring Sonata ni? Sebab, ia akan masuk ke dalam novel saya untuk chapter 10. Dah penat lah, 2 chapter sebelum ni, karya sedih je, tukar feeling kejap! Pada mereka yang nak dengar karya ni, saya dah bagi link download sebelum ni, tapi, ambil lah semula,..

http://www.megaupload.com/?d=5FKKVK3Z

Sebenarnya ada lagi satu sonatas Beethoven yang saya nak bagi sahabat-sahabat dengar, Sonatas ke 9, Ode To Joy. Karya ni terkenal sebab Beethoven cipta karya ni, semasa beliau pekak.... jadi, bukan sekarang lah, penat pula nak baca banyak-banyak. Saya akan sambung cerita kemudian okay?!

Monday, September 7, 2009

Chapter 10...urm...

Masih blurred... tak tahu macam mana nak sambung chapter 10 ni. Mungkin, dah hilang idea. Inspirasi pun dah tak ada. Ngehehe. Macam geli pula. Pertama-tamanya(sah! tatabahasa BM truk!),saya dah bagi tajuk untuk bab ke 10 ni, Spring Sonata untuk Ali.

Tapi, bila fikir-fikir balik, macam tak sedap je bunyi dia. Tak tahulah. Biar dululah.

Secara kasarnya, bab 10 ni, saya nak lupakan kisah Syifa' sekejap, nak sambung kisah Azua dan Ali dan Adam dan Lin. Konflik tergantung. Konflik ke?. Tak adalah konflik sangat. Baik. Biar saya mulakan.

Mula-mula tentang Ali. Dia di halau dari keluarganya kerana menyebabkan syarikat milik keluarganya kerugian berjuta-juta ringgit kerana projeknya gagal. Keluarga yang materialistik. Pada masa yang sama, Lyn meminta keluarganya supaya mengahwinkan dia dengan Adam, tunang Azua sekarang.

Adam, terjumpa Azua di Dance Hall, sebaik sahaja dia selesai membuat persembahan di situ. Terkejut. Datang niat buruk didalam hatinya. Azua pasti akan menjadi miliknya. Sesuai dengan rancangannya dan Lyn untuk membalas dendam. Dendam? Nanti saya akan pastikan semula, dendam jenis apa yang Adam dan Lyn ni simpan pada Azua. Saya tak nak klishe(Eah, btol ke eja klisye ni??) sangat.

Spring Sonata No 5, karya Beethoven menjadi pilihan. Karya kali ni sangat popular. Rasanya hampir setiap orang didunia pernah dengar. Sangat sedap. Bila dengar, terasa macam berada di taman bunga. Taman bunga besar, cantik, dengan matahari yang cerah tapi tak terik, dengan hembusan angin yang agak-agak sempoi... wahahhhhh....memang feelinggg... saya bagi korang download. Dengar. Memang sedap.

http://www.megaupload.com/?d=5FKKVK3Z

Memang saya upload khas untuk sahabar-sahabat dengar. Ngehehe.

Jadi, harapnya, bab kali ni lebih smooth. Sangat busy sampai tak ada masa nak jenguk draf novel. huhuhu.

Saturday, September 5, 2009

Teringat....

Tiba-tiba hati ini teringat kepada beberapa orang,
Beberapa orang yang pernah rapat, biar pun seminit, biarpun sehari, biarpun sekejap..
Yang pasti, mereka pernah rapat.

Mereka pernah ketawa bersama-sama..
Menangis bersama-sama...
Melompat gembira bersama..

Mereka pernah menggembirakan hati..
Pernah mengecewakan juga...

Bila teringatkan mereka,
Aku jadi sunyi...
Terasa hilang segala punca...

Aku terasa ingin kembali ke masa di mana,
aku dan mereka ketawa bersama-sama...
Menangis bersama-sama...
aku sangat rindukan masa itu...
terlalu amat...
rindu kan masa itu...
sekarang semuanya dah berubah...
semua...
tiada satu pun yang tinggal..
bersama-sama aku mencoret memori kembali..

Senyuman dulu hilang satu persatu,
tangisan dulu bagaikan kering tanpa bersisa..
hanya tinggal bayang-bayang ku...
menyaksikan, segala memori hilang di bawa masa...

p/s;saya pun tak tahu kenapa saya merepek macam ni. Tiba-tiba saya teringat pada kawan2 lama saya. Terasa masa merubah mereka. Mungkin merubah saya juga. Tiba-tiba saya terasa, hidup tidak lama menanti kita,,, cuma tidak mahu terus terbuai dengan keindahannya,,,,,

Friday, September 4, 2009

Zikir 1

Untuk menjaga mata dari segala masalah kesihatan atau dari terlihat perkara-perkara yang tidak elok dan mengurangkan kadar mengintai anda;

Amalkan membaca 'Yaa Basirr' sepanjang masa.

Insya-Allah, yang rabun berkurang 'power'nyer,,yang selalu sakit mata, kurang sakitnya..
jom.. baca sama-sama... n_n

Popular Posts