Thursday, March 3, 2011

Rider Kabuto!!!




Assalammualaikum! Hye! Hello! Apa Khabar?! Ni Hao! 안녕하세요!! (greeting panjang sikit!) Haha. Lama dah x update blog ni(cliche!)... hahahaa.. so, tgk tajuk + gambar pon dah tahu kan, post kita kali ni pasal apa?!

Tajuk: Kamen Rider Kabuto ( Masked Rider Kabuto)
Debuted date: 29 January 2006 - 21 January 2007 ( setahun? standard..)
Siri ini adalah siri istimewa untuk ulang tahun Masked Rider yang ke-35!!! *clap2!*
& siri ini hanya ada 49 episod shj(!)

SINOPSIS
Secara amnya, siri ini berkisar tentang kehidupan seorang lelaki bernama Tendou Souji. Dia ni expert & pro dalam dunia rider & telah specialnya berlatih selama 7 tahun untuk memegang title: Kamen Rider Kabuto!! Gila gempak! Tapi, biasalah, dalam masa yang sama, ada je orang yang dengki kan, so, sepanjang 7 tahun, memang dia kumpul musuh dalam poket je lah. Termasuklah satu organisasi(citer Kamen Rider mesti ada je organisasi misteri yang wujud) yang dipanggil ZECT. ZECT tu pada awalnya konon-kononnye nak musnahkan WORM(citer kat bawah ni) tapi, ternyata, dia ada agenda lain yang tersembunyi & rahsia mereka terbongkar dalam episod 41 maybe. Bukan musuh je dia jumpa, tp rider-rider lain yang memang ternyata
ada yang baik & ada yang jahat. Cuma tak tahu lah dari mana datangnya Rider-rider lain tu. Tapi, usaha tangga kejayaan! yeay! dia berjaya memegang title Kabuto tu, cuma dia kini terpaksa memusnahkan satu spesis makhluk asing(?) datang dari meteorite yang jatuh pada 7 tahun lalu, yang dipanggil WORM. Sepanjang proses memusnahkan WORM yang jahat ni, dia
bertemu dengan seorang rider bernama, Arata Kagami yang bergelar Kamen Rider Gatack, &
mereka berdua berkerjasama dalam membanteras masalah WORM yang menjangkiti manusia lalu menyebabkan dunia ni pupus dengan manusia...

Sekarang, kita berkenalan dengan cast!

Haaaa~ mesti korang dah buat gaya macam nak ternganga mulut sambil mata korang terbeliak macam nak terkeluar. iye. betul. itu Kamen Rider Kabuto nye. Ha?!! Seriuosly!!
Lelaki di atas diberi nama Mizushima Hiro, memegang watak sebagai Tendou Souji didalam siri Kamen Rider Kabuto ni, sekaligus, menjadikan beliau adalah watak utama siri Kamen Rider ini!

inilah rupa bentuk si Kabuto ni... agak kacak disitu..(walaupun dia di dalam maskot tu, aura kacaknye tetap terserlah!)... hahahaa

dari segi personalitinya, dia ni kind of cold.... pendiam(x la sgt), mulut lancang,, cakap lepas & berlagak sikit. Haha. Plus, selfish. Dia ni gaduh2 semua tu untuk kepentingan diri dia sendiri. Tapi, nak dekat ending nanti, watak dia jadi semakin best, semakin kacak(of course), semakin menarik.
Watak ni ada muncul dalam movie, Kamen Rider Decade(akan diceritakan kemudian ye..)



Makan ais krim bang? ok, cik abg yang tengah makan aiskrim tu nama dia ialah Yuuki Sato. Nama watak dia dalam Kamen Rider Kabuto ni ialah Kagami Arata @ Kamen Rider Gatack. Haaa... agak kacak disitu(x abes2!). Hmm.. Yang lebih menariknya, Kagami ni merupakan anak kepada pemimpin ZECT(organisasi misteri tu..) & dia tak sedar pun yang ayah dia ni pergunakan kebolehan Rider nye untuk kepentingan organisasi tu. isk3x.. kesian.

Begini rupa Masked Rider Gatack. Dia ni pun akan muncul juga dalam movie Kamen Rider Decade tu..



Abang muka poyo ni bernama Hidenori Takuyama, memegang watak sebagai Souu Yaguruma. Souu ni x-member ZECT dulu, pastu dia berjumpa dengan Tendou, & dia turut memperjuangkan nasib dirinya sebagai seorang Masked Rider KickHopper. Haa... rupa bentuk dia style gak tw..

sorylah, terbagi gambar figura patung tu pulak, tp macam ni lebih kurang rupa bentuk KickHopper ni. Hijau gituh!




Yang muka ala-ala cute ni nama dia Masato Uchiyama. Dalam Kamen Rider Kabuto ni, watak dia ialah Shun Kageyama seorang rider jugak. Nama rider dia ialah Masked Rider PunchHopper. Iye, Jangan terkeliru. Abang yang kat atas tadi KickHopper ye, dia ni PunchHopper. Dia ni pun berjaya mencapai tahap Masked Rider PunchHopper dia, & team up dengan Kabuto untuk menentang jenayah WORM dan menentang ZECT. Iye. dia juga bekas ahli ZECT sebelum dia kene tendang keluar. Haaaiii....

sekali pandang memang lebih kurang(lain sebenarnye) dengan KickHopper, nak bezakan dia senang je, PunchHopper kaler HITAM. Wahahahahaa~




Ok. Abang bajet hot di atas ni namanya Kazuki Kato. Dalam Kamen Rider Kabuto ni, nama watak dia ialah Daisuke Kazama. Dia ialah seorang make-up artist. Memang poyo sikit watak dia dalam cerita ni. Tapi, dia juga seorang rider! Seriously. Dia ialah Kamen Rider Drake. Dia ni unbelieveably agak stylo dalam rupa bentuk ridernye.
oh, dan dia juga ada seorang pembantu yang sangat lah kelakar orangnye. hahahahaa..(malas nak cerita pasal pembantu dia, nanti jadik panjang pulak..whahahaha)




haaa... mesti korang kenal dengan dia ni sebab dia pernah berlakon sama-sama dengan Mizushima Hiro dalam Hanazakarino Kimitachi(panjang..1-1 aku type). Jadi budak yang boleh nampak hantu tu..haaa dah ingat kan? ahahah. Nama diberi ialah Yusuke Yamamoto. Nama watak ialah Tsurugi Kamishiro. Baik. Hakikat asalnya, di dalam cerita ni, watak dia paling misteri, sebab, dia ni sebenarnye dah mati(!). Badannya di possessed oleh a Scorpio Worm, originally, the Scorpio Worm tu yang bunuh dia & kakak dia waktu mereka tengah picnic dekat 1 taman ni, & dia pergunakan memori budak tu sekali. Dia ni anak orang kaya yang cute! Dia ni juga adalah seorang rider bergelar Kamen Rider Sasword!


yang sedihnya, last-last nanti dia akan dimusnahkan juga oleh Hyper Kabuto( salah satu bentuk Kabuto!) selepas dia bagitahu dekat Tendou supaya musnahkan segala WORM yang ada di dunia.. huuuu sedih.... ;(


oh., kita akan bercerita tentang Kamen Rider Decade tu kemudian lah ye, sebab dia agak panjang jugak lah. hahahahaaa...

FYI, Kamen Rider Kabuto ni ada sebuah sequel filem yang bertajuk, Masked Rider KAbuto: God Speed Love. (x tengok lagi ni sebenarnye..) Tapi, dalam filem ni ada keluar 3 orang rider baru. Wah.. menarik2!!!

Selain itu, ada juga video game berkisar Kamen Rider KAbuto ni. & jangan risau, 5-5 rider keluar dalam game ni. BESH!

Berkenaan 35th Masked Rider Anniversary File, ianya dikeluarkan secara istimewa menerusi episad 23 hingga episod 27. Sepanjang episod-episod tu, dia ceritakan tentang sejarah Masked Rider, dalam bentuk yang menarik. Yang memang tak disangka2! Jadi, kalau nak tengok, try fokus sikit kat episod 23-27 tu, memang korang akan nampak betapa istimewa & lainnya drama bersiri Kamen Rider Kabuto ni, selain pelakon-pelakonnya yang kacak itu. Betul!

Untuk tayangan antarabangsa, siri ini telah di alih bahasa kepada beberapa bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia! Siri berbahasa Inggeris ditayangkan di Filipina dan Singapura, manakala Bahasa Malaysia sudah tentulah ditayangkan di Malaysia! Channel NTV7!!

Jadi, apa lagi? JOm lah menonton MASKED RIDER KABUTO!

Popular Posts