Thursday, March 10, 2011

Masuk meminang saya?

I know somebody who really got the guts,. Seriously.

Ok. Tajuk tu agak exaggerate sebenarnya. Haha. Cerita dia macam ni tau:

Hari selasa hari tu, saya kena balik naik bus. Jadi, turun dari office, saya terus melintas ke seberang jalan, sambil menyanyi(saya suka menyanyi dekat jalan yang sibuk, sebab orang gerenti tak dengar). Iye. Saya tengah senang hati time tu. Haha. Macam ni, tengah saya berjalan kaki dengan riang ria, tiba-tiba terdengar bunyi honk dari kereta yang bertentangan arah. Since laluan pejalan kaki dia dekat laluan yang sama arah dengan pergerakkan kereta, saya kena melintas lah kalau nak pergi bertentangan arah kan? Faham tak. Buat-buat faham je lah kan? hahaha.

Saya pun menoleh ke arah kereta yang bertentangan arah itu. Saya masih ingat. Ianya sebuah kereta proton saga( saga lama tau) berwarna merah dengan seorang pemandu yang lebih kurang usia bapa saya. Saya tak tahu apa yang menarik saya untuk pergi kearah pak cik tu memandangkan saya tak kenal dia. Tapi, dalam hati saya kata, mungkin dia ni pernah masuk office, tapi saya tak ingat, atau mungkin dia ni dari jabatan perikanan daerah BP ke Pontian ke.. cuma saya tak ingat. Dia tanya saya, ingat saya tak? Saya macam terkedu. Satu benda lagi terlintas di kepala saya, dia kawan ayah saya mungkin. Saya tak tahu nak menggeleng ke tidak, sebab bila orang lain ingat kita, kita tak ingat dia mesti dia akan kecik hati kan?

Pak cik tu mmg berhenti dekat tengah jalan, so banyak kereta berhenti belakang dia dan start honking. Dia pun tanya, nak ke mana ni? saya cakap nak balik rumah. Dia kata, ah, naiklah cepat, banyak kereta tunggu tu. Sekali lagi, saya betul-betul terkedu. Dengan perasaan serba salah, saya pun naik kereta tu. Iye! SAYA MEMANG TERGAMAM & BODOH WAKTU TU. Kenapa saya naik kereta tu? Betul tak? Tindakan saya memang bodoh.

Bila naik je, dia terus hulur tangan cakap, nama saya Hamdan(lantaklah, ni nama sebenar dia/ saya rasa dia tipu je nama tu), saya tak tahu nak cakap apa, saya bagitahu nama saya Hana. Dia terus keluarkan pen dan kertas, suruh saya tulis number fon saya. Hah? saya macam terkejut. Dengan perasaan yang serba salah dan masih terkedu dan tergamam tu, saya tulis. Nak tau? Saya tulis nombor telefon saya betul2!!! Apa lah yang saya buat tu kan? Korang mesti dah geleng kepala...

Lepas tu, dia suruh saya misscall. saya ni memang jenis tak fikir panjang. Saya terus misscal. Lepas call baru saya terfikir, kalau saya tipu dia time tulis number td mesti kantoi. Adeh~ Lurus sungguh saya ni. Dia kata dekat saya, dia tak tahu tentang jalan dekat JB ni, so dia suh saya tunjuk jalan nak balik rumah. Saya? Saya lagilah tak tahu. Dia ingat saya native kat situ ke? Tapi, waktu tu saya memang dah rasa lain macam. Saya dah rasa tak sedap hati. Waktu tu juga saya terfikir, apalah yang aq buat dalam kereta dia ni? jangan lah dia bawak aq pegi tempat yang bukan2! Dalam hati saya berdoa je, biar dia tak apa-apakan saya.

Yang lebih menyeramkan suasana ialah. saya bawa dia sesat jalan. Dan sesat itu sampai ke tangki air dekat belakang taman university. saya memang bodoh waktu tu. Dia boleh buat apa je yang dia suke dekat tangki air tu, since, tempat tu memang tak ada orang! Dan lebih membuatkan situasi semakin teruk ialah, saya bawa dia sesat 2 kali!!

Sepanjang di dalam kereta, saya langsung tidak bercakap. Dia tanya sepatah, saya jawab sepatah. Dia kata pada saya, dia adalah seorang pegawai maritim yang bertugas di Mersing. Saya tak tahu nak percaya atau tidak. Saya langsung tak pandang dia. Dia cakap, saya ni baik lah. Lemah lembut lah. Tapi dalam hati saya asyik fikir, saya ni bodoh sebab naik kereta dia! Tiba-tiba, dia kata, kalau saya nak berkawan dengan hana boleh tak? Saya pun cakaplah, kawan boleh la. & dia reply: Saya nak berkawan dengan serius. saya terkejut.

Saya kata kepadanya, saya dah ada boyfriend & dia boleh cakap, tak apa lah, baru kawan je kan. saya diam. Kemudian dia menyambung, Nanti dalam bulan 4 ke bulan 5 ke, saya datang, jumpa hana, kita kawin. saya tergamam. MasyaALLAH! betul ke apa yang aku dengar ni?! Dia siap manis-manis kan ayat cakap, nak belikan cincin lah, nak bagi saya kereta lah, nak doakan kejayaan saya dapat kerja lepas habis belajar lah.. saya tak tahu nak fikir apa.

Saya buat-buat blur. Dia tanya saya banyak kali. Hana ni sudi tak nak berkawan dengan saya? saya dah tak tahu nak cakap apa. saya cuma buat-buat gelak dan ketawa. Nasib baik, telefon saya berdering waktu tu. Tapi, saya bercakap sekejap je dalam telefon sebelum dia sambung berbual.

Setiap pertanyaan dia saya tipu. Setiap. Sampai, tempat tinggal saya pun saya tipu. Saya tak mahu dikejar stalker. Jadi, saya bawa dia ke GIANT Tampoi. Saya beritahu dia, rumah saya dekat depan GIANT Tampoi tu. Turun je dari kereta, saya rasa macam nak pengsan. Rupanya saya terlalu takut. Betul. Saya berjalan dengan lajunya masuk ke dalam GIANT tu macam orang hilang arah. Sampai ada seorang abang yang tengah jaga kedai tu tegur, kenapa muka pucat dik?. Saya sangat-sangat bersyukur sebab dia tak jual saya, or tak kidnap saya, or tak bunuh saya sebab saya takut dia tu psycho. Memang rasa macam nak nangis bila fikir apa yang saya buat tu. Saya call mak saya, & tell her everything & dia suruh saya balik nak teksi ikut pintu depan GIANT.

Dalam teksi, fon saya asyik berdering je, tapi saya tak layan. Memang muka saya pucat bila naik teksi, then saya cerita kat pak cik teksi tu, & dia tolong relax kan saya. Dia siap tolong jawab kan call saya, cakap saya tak suka terima call daripada orang & number yang unknown. saya tak tahu apa yang pak cik gila tu cakap, tapi, saya masih takut sampai sekarang.

Setiap kali keluar, saya akan check, ada tak Proton Saga Merah aneh dekat area wisma. Cuma saya bersyukur sebab pak cik gila tu tak call saya lagi.

Ayah saya cakap, maybe pak cik tu ada sindikket lain. Pergunakan jawatan dia sebagai seorang pegawai maritim untuk carik duit lebih. Sayang, saya tak sempat record nombor pendaftaran kereta. Saya harap, tak ada orang lain yang terkena tipu daya pak cik tu lagi. Mungkin nasib saya baik hari tu, & ALLAH nak tunjuk pada saya, jangan lurus sangat dengan orang.

I made a promise to myself, I won't ever come too near to a stranger. Eventhough, waktu kecik-kecik dulu parent selalu cakap, : Don't talk to stranger, but, it should be applied when we are older! Hahaha

Popular Posts