Kalau dalam Den-O! yang sebelum ni kita bercerita sampai Gun-Form Rider, sekarang kita sambung lagi dengan beberapa jenis form yang tertinggal.
![]() |
Wing-Form |
Ok. agak poyo rupa disitu. Itu adalah rupa Ryutaro apabila Seig masuk ke dalam badannya tanpa Plat-Form Rider. Form ni digelar sebagai W-Ryutaro.
Seig ni memang seorang yang poyo sebab dia ni muncul lambat dan x pernah buat perjanjian dengan Ryutaro pun untuk masuk ke dalam badannya. Dia suka suruh orang lain memanggilnya sebagai Prince dan menggelar Cik Hana sebagai Princess. Sebenarnya, kisah di sebalik kemunculan Seig ni agak komplikated. (*sebenarnya malas nak cerita, boleh x?) hahahaa..
![]() |
Climax Form |
Climax Form ni antara form terkuat bagi siri ini. Climax Form ni berlaku apabila, Ryutaro nak gunakan kesemua Imagin termasuk Momotaro. Ok, dia macam ni tau. Momotaro control seluruh badan. Tangan kanan tu dikawal oleh Urutaro, Tangan kiri pulak Kintaro manakala bahagian dada dan kaki dikawal oleh Taro. Tapi, untuk menjayakan form ni, semua Imagin kenalah bekerjasama dan bersetuju untuk mempercayai kekuatan Momotaro dan Ryutaro untuk melakukan serangan. GEMPAK!
![]() |
Liner-Form |
Dalam Liner-Form pulak, ini berlaku bila semua Imagin tu x dapat nak masuk ke dalam badan Ryutaro akibat perubahan masa. Iyelah, Imagin2 tu kan semuanya dari masa hadapan, jadi, kadang-kadang diorang tak boleh bertahan lama di masa lalu(ke?) lebih kurang macam tu lah. Sebenarnya, Imagin2 tu buatkan datu DenSword untuk Ryutaro. & DenSword ni adalah gabungan daripada kuasa-kuasa yang ada pada kesemua Imagin yang ada contract dengan Ryutaro ni. Ryutaro boleh acces power mereka dengan pilih pada pedang tu.
![]() |
Super Climax Form |
Sebenarnya, Super Climax Form ni adalah rupa bentuk sebenar Kamen Rider Den-O. Siap boleh tambah power Seig-Wing-Form kat belakang tu supaya dia boleh terbang. & dia ada kuasa tendangan yang lagi gempak & kuat. Haha! Siaplah korang!
Ok. Siap cerita pasal Ryutaro. Sekarang...
Yuriko Shiratori
*sebenarnye nak letak gambar, tapi....gambar dia x ada yang proper la....*
dia memegang watak sebagai Cik Hana, wanita dari masa depan yang tinggal di dalam keretapi Den Liner tu bersama-sama dengan Imagin-imagin yang lain.
Tamaki Matsumoto
Comel kan budak ni?? hehehe . Dia pegang watak Cik Hana masa lalu. Budak kecik je dia ni. Dilahirkan pada tahun 1999 & dia pernah berlakon di dalam Ultraman Mebius. Hahaha.
Wakana Matsumoto
Ok. Minah cun diatas adalah Wakana Matsumoto, memegang watak sebagai Airi, kakak kepada Ryutaro. Iye. Minah ni memang cun. Dan Airi ni pula, mengalami hilang ingatan selepas Yuto, menghilangkan diri sebulan sebelum majlis perkahwinan mereka.
Yuichi Nakamura
Cik abang diatas bernama Yuichi Nakamura, memegang watak sebagai Sakurai Yuto di dalam siri Kamen rider Den-O ini. Oh ye. Lupa nak cakap. Dia ni juga adalah sejenis Kamen rider bernama Zeronos. Imagin dia bernama Deneb. & Yuto ni x kekal sepanjang cerita tau. Akan sampai satu episod di mana dia menghilangkan diri tiba-tiba menyebabkan Deneb terpaksa mengikat contract seketika bersama Ryutaro,.
& ini ialah rupa Ryutaro apabila Deneb tu masuk dalam badan dia tanpa plat-from. Deneb ni adalah seorang Imagin yang giler friendly, baik hati dan selalu bawak sebakul gula-gula bersama dia kalau berjalan. Deneb ni juga sangat setia orangnya, dan sentiasa setia dengan yuto walaupun Yuto tu selalu marah dia. Haha.
Ok. Habis dengan cast. Sekarang masuk ke filem. Untuk Den-O ni, ada susulan 7 buah filem dikeluarkan sehingga tahun 2010 yang lalu.
1. Kamen Rider The Movie Den-O : I'm Born (4 Ogos 2007)
2. Kamen Rider Den-O & KIVA The Movie : Climax Deka (12 April 2008)
3. Saraba Kamen Rider Den-O The Movie : Final Countdown (4 October 2008)
4. Cho-Den-O Series (29 Januari 2009)
5. Cho Kamen Rider Den-O & Decade Neo Generations The Movie: The Onigashima Warship
6. Kamen Rider × Kamen Rider × Kamen Rider The Movie: Cho-Den-O Trilogy (22 Mei 2010)
7. OOO, Den-O, All Riders: Let's Go Kamen Riders (akan datang: 4 April 2011) (kamen rider 40th anniversary special)
fuuh~
kalau nak cerita detail, memang lah teramat panjangnya cerita dia ni. Den-O paling best lah!
![]() |
Dari kiri: Urutaro, Kintaro, Momotaro, Cik Hana & Ryutaro |
![]() |
Momotaro : Akhirnya, saya dah datang!!!!! |
![]() |
Urutaro : Tak kisah kalau saya kerja kan awak? |
![]() |
Kintaro: Kekuatan saya akan buat awak semua menangis!! |
![]() |
Ryutaro : Tak kisah kalau saya kalahkan awak? Apa? Saya tak dengar lah!!! |
![]() |
Seig : Saya lah yang paling berjaya!! |
![]() |
Deneb : Saya beritahu kamu awal-awal. Saya ni agak kuat juga! |
FYI,. siri ini sedang ditayangkan di Malaysia, melalui NTV7 setiap hari ahad, jam 11 pagi. Masih lagi di episod awal, jadi kalau tak mahu ketinggalan, cepat-cepat lah tune-in!!