Tuesday, March 8, 2011

Den-O!

Okayh. Dah ada Masked Rider Ryuki, Masked Rider Blade, Masked Rider Kabuto, skrg,,,, *drumrolll*.....

Masked Rider Den-O!


Tajuk : Kamen Rider Den-O.
Premiered date: 28 January 2007 - 20 January 2008
Sebenarnye ada banyak sangat fakta menarik tentang siri ke-7 paling popular dalam siri Kamen rider yang lain. Waaahhh~
Siri Kamen Rider Den-O ini ada 49 episod, with additional 7 movie follow-up!

Sekali pandang, macam ramai je rider dalam siri kali ni, tapi, x! cuma ada 2 orang je yang bertugas(ceh~) sebagai rider untuk siri Den-O ni!.

Sysnopsis:
Berkisar tentang seorang remaja bernama Nogami Ryotaru, yang sentiasa bernasib malang. Serius. Dia seorang budak lelaki yang sangat baik, mementingkan orang lain, tapi selalu mendapat nasib malang(eh kenapa ayat ni macam geli je ye...haha). Parent Ryutaro ni dah mati sejak dia kecil, jadi dia dibesarkan oleh kakak dia, Airi. Ryutaro ni berhenti daripada belajar di ketika High School sebab nak tolong kakak dia jaga kedai yang ditinggalkan oleh kedua ibu bapa mereka, Milk Dipper.

Kisah Ridernye bermula apabila dia secara tak sengaja terlibat dengan satu Imagin(makhluk daripada masa depan) yang ingin mengubah masa lalu seorang lelaki yang suka membulinya. Dia bertemu dengan kereta api masa DenLiner, dan ditemukan dengan Cik Hana, seorang perempuan daripada masa hadapan.

Yang lagi best, Cik Hana tu mendapati, Ryutaro ni adalah "Titik Tunggal" or in English called "SIngularity Point" di mana, Ryutaro ni mempunyai kebolehan untuk bergerak dari satu masa ke masa yang lain tanpa diganggu oleh faktor usia atau keadaan tubuhnya. Mereka yang mempunyai "singularity Point" ni juga, mempunyai keboleh untuk bergabung dengan Imagin, menukarkan diri mereka menjadi Kamen Rider, dengan bantuan Imagin yang boleh masuk ke dalam tubuh mereka untuk membantu mereka bertarung. (Faham x?) haha.

Pada masa yang sama, ada 4 orang(orang ke?) Imagin yang membuat perjanjian dengan Ryutaro supaya menggunakan kebolehan mereka bertarung di dalam badan Ryutaro memandangkan ryutaro adalah seorang yang lemah & bernasib malang. Wahaha.

Sepanjang proses tu, Ryutaro bertemu dengan Sakurai Yuto, seorang Rider dari masa lalu. Kebetulannya, Sakurai Yuto ni adalah tunang kepada kakak Ryutaro, Airi yang menghilangkan diri sebulan sebelum majlis perkahwinan mereka, & menyebabkan kakaknya menghidapi Amnesia selepas peristiwa itu. Namun, Sakurai Yuto yang muncul itu adalah Sakurai Yuto yang hidup dari masa lalu, & namun, tidak wujud di masa sekarang. (Ok. pening sikit, tapi, boleh lah faham kan??)

Okay. Dah cerita panjang-panjang, sekarang kita ke masa yang dinantikan......*drumroll lagi*..... mari kita berkenalan dengan cast yang menjayakan siri Kamen Rider Den-O ini!

Cerita cast untuk Den-O agak menarik sebab Ryutaro ada 4 siri personaliti berbeza, mengikut jenis Imagin yang masuk ke dalam badan dia. Best!

Takeru Sato
 Jejaka tampan(?) ni, berusia 22 tahun(sebaya!!) dan diberi nama sebagai Takeru Sato. Kalau korang peminat drama dan movie Jepun, Korang akan kenal dia melalui watak dia sebagai Otoya di dalam siri Bloody Monday 1 & 2. Selain itu, dia ada juga berlakon dalam drama Mei-Chan no Shitsuji dan yang latest, Q10. Haaa.. kenal kan? hehehee.. Dia memegang watak sebagai Nogami Ryutaro, watak utama diri Den-O ini.
Baik. Seperti di dalam sinopsis tadi, ada diceritakan tentang 4 personaliti berbeza milik Ryutaro ni. Nak tengok? Jom scroll sikit.

Plat-Form
Ini kita panggil sebagai Plat-Form, yang mana Plat-Form ni adalah rupa bentuk basic kamen rider, tanpa bantuan Imagin. & selalunya, Ryutaro memang tak boleh nak buat apa-apa pon dalam plat-form ni sebab kuasanya bergantung pada Imagin.

Sword-Form
Ini adalah Sword-Form, di mana Imagin bernama Momotaru masuk ke dalam badan Ryutaro. Sword-Form adalah antara form yang paling kuat, sebab Momotaru tu pon , memang kuat & degil & keras kepala. Haha. & plus, Sword-Form ni sgt sesuai untuk segala jenis serangan.


Amacam garang x muka bila Momotaru masuk ke dalam badan Ryutaro. Mereka menggelarnya sebagai M-Ryutaro.
M-Ryutaro ni memang ganas. Keras kepala perangai dia. Pastu, panas baran. tapi, kelebihannya, dia ni kuat dan pandai gaduh, Haha, Tapi, dia ada kelemahan dia jugak yang mana, dia ni tak pandai berenang, sensitive dgn cili-pepper & takut pada anjing. Hahaha. Dia antara Imagin paling lawak yang pernah dijumpai!

Rod-Form
Kaler biru diatas tu ialah Rod-Form. Rod-Form ni berlaku bila Urutaro masuk ke dalam badan Ryutaro. Rod-Form mampu untuk memberi tendangan paling kuat & cantik di samping kebolehan untuk bernafas di dalam air dan mampu memberikan perlindungan yang lebih kepada Ryutaro.


Form tanpa rider dipanggil U-Ryutaro. Apa yang menariknya, ialah sikap Urutaro. Kalau tengok daripada gambar kat atas pun dah nampak Urutaro ni macam mana orangnya. Dia ni, sangat pandai berkata-kata lebih-lebih lagi dengan perempuan. Pandai memujuk & pandai membuatkan seseorang tu untuk ikut cakap dia. Kiranya dia ni ala-ala lelaki hot gitu. Hehe,. Hot ke?

Axe-Form
rupa bentuk Axe-form ni agak over namun nampak cam stylo gak kan? Axe-Form berlaku bila Kintaro masuk ke dalam Rider Plat-Form. Kelebihan Axe ni, dia sangat sesuai untuk serangan dari jarak dekat namun, tendangan dia kureng power sikit. Haha.


Ok. Rupa Ryutaro agak aneh kerana itu rupanya apabila Kintaro masuk ke dalam badan dia tanpa Plat-Form Rider. Iye. K-Ryutaro ni sangat mementingkan 'manners' sebab dia ala-ala ahli martial arts gitu! Kekuatan dia pun sangat hebat, namun dia ni ada sikap terburu-buru yang selalu mengakibatkan Ryutaro tercedera. (Ayat berbelit sikit, sorry....)

Gun-Form
Gun-Form nampak menarik dan cantik sebab dia kaler purple. Haha. Gun-Form terjadi bila Ryutaro(Imagin nama sama dengan Ryutaro, tapi biasanya diorang panggil dia Taro je. Hehe) yang masuk ke dalam badan dia.


Apabila Taro masuk ke dalam badan Ryutaro memang begini rupanya. Taro ni sebenarnye perangai dia macam budak-budak sikit. Dia sangat suka melukis dan suka pada binatang. Dia ni pun mempunyai minat terhadap break-dance sebab tu dia selalu pakai topi, atau headphone bila masuk ke dalam badan ryutaro ni.
Yang paling tak boleh bla nye, dia dah lama masuk ke dalam badan Ryutaro ni, namun menyembunyikan diri dia untuk jangka masa yang lama.

eh, macam panjang pulak. Ok, untuk sambung cerita, kita pergi ke next post (klik sini) hehehe..


Popular Posts