Haha..
Kali ni, sambungan dia lebih sikit lah,
Dari chapter 12 - 15. Ok?
Bulatkan biji mata anda, & sediakan jari-jemari anda pada skroll disisi ya~ Entry kali ini agak 'menarik'. Ahakz!
Kedatangan keluarga Azua ke Paris secara mengejut, membuatkan Azua terpaksa menuruti kehendak Adam supaya penipuan(macam keras sangat je bunyinyer)nya tidak terbongkar(eceh!). Adam tersenyum riang. Pada waktu ini, kantoilah kepada Syifa', bahawa Azua itu sudah bertunang, dengan Adam dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Oleh kerana desakan daripada keluarga Adam, Azua akhirnya terpaksa bersetuju untuk menangguhkan pengajiannya pada semester hadapan, supaya dia dapat menumpukan perhatian kepada perkahwinan, sedangkan, Azua tidak ada niat langsung untuk menangguhkan perkahwinannya. Azua sekadar berjanji atas angin, supaya Adam tidak mengkantoikannya kepada kedua ibu-bapanya.
Azam, meneruskan latihan yang tinggal beberapa harinya di Kota London(mak oi~). Apabila hari pertandingan tiba, keluarga Azam muncul tiba-tiba. Namun, kehadiran keluarganya bukan untuk memberi semangat, malahan untuk memberitahu tentang tarikh perkahwinan Azua, dan lebih menjurus kepada, mematahkan semangat Azam yang bermain untuk negaranya.
Ali, tidak pernah merasa kehidupan yang susah, lebih-lebih lagi di negara orang. Tidak pernah cuba untuk meminta bantuan Azua, malahan, dengan Syifa' sendiri pun, dia sekadar berkongsi keluhan. Kehidupan Ali beransur senang, namun, apabila dirasakan ketenangan mulai muncul, berita tentang Azua yang sudah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi, sampai kepadanya, membuatkan hatinya semakin hancur. Bertemu dengan Adam, supaya Adam dapat berterus terang dengannya, perihal Azua dan perkahwinan mereka. Bagaimana ia boleh berlaku? Namun situasi menjadi semakin teruk apabila, Ali mengetahui yang Adam itu juga merupakan kekasih, adiknya, Lin.
Syifa', kecewa dengan sikap Azua yang menyembunyikan perihal pertunangannya, malahan memberitahu Ali supaya mengundur diri supaya Azua dapat melangsungkan perkahwinannya dengan Adam. Azua langsung tidak memberitahu perkara sebenar kepada Syifa' dengan harapan, Syifa' tidak masuk campur urusannya, namun sikap Azua yang berdiam diri itu membuatkan Syifa' merasa terpinggir, malahan dia membantu Adam supaya Azua jatuh ke tangan Adam, tanpa mengetahui perkara sebenar.
Adam, merasakan segala-galanya yang berlaku semakin mengikut perancangannya. Namun, semakin hari dia mengenali Azua, membuatkan dia berfikir tiba-tiba mengapa dia harus mendendami gadis itu. Untuk apakah dia berdendam dengan gadis itu? Adakah dia melakukan segala-galanya demi Lin, yang membalas dendam untuk abangnya Ali? Benarkah itu semua untuk Lin, atau dia memang punya keinginan untuk memiliki Azua(Fuh~ tak boleh bla!). Namun, pertemuannya dengan Ali, membawa kepada satu masalah baru, yang membuatkan dia dan Lin, terpaksa berpura-pura memutuskan hubungan, namun hatinya berkata, keputusannya untuk break-up dengan Lin adalah satu keputusan yang betul.
Urm,,, macam makin komplikated, tapi, tak apa, cerita ni tak lah sekomplikated cerita yang b4 ni(mcm korang pernah baca je kan~),,,ops! terlupa, tema untuk chapter 12-15,,
Chapter 12: Symphony No. 8 in B Minor (Unfinished Symphony) by Franz Schubert
Chapter 13: Symphony No. 1 in C Minor by Johannes Brahms
Chapter 14: Piano Sonata 960 (The Last Sonatas) by Franz Schubert
Chapter 15: Symphony No. 40 in G Minor by Wolfgang Armadeus Mozart
Ini semua the best piece yang sesuai dengan theme setiap chapter! Hoho. Credit to Reader's Digest; The Worlds' Best-Loved Symphony, dan semua masterpiece ni korang dah selalu sangat dengar dah! Ahakz!
Fuh~ Sekarang kena memerah otak dan ilham untuk menamatkan novel. Minta-minta semuanya berjalan lancar okay?!
Erm,,, btw, kalau korang nak dengar semua karya-karya tu, nanti saya bagi link untuk download, cuma,,, lambat sikit lah kot, tak pun, korang google je!! COnfirm ada! haha...