Saturday, December 10, 2011

Scent Of A Woman


Assalammualaikum~!! Good Afternoon~!!
Hari ini hari Sabtu, and luckily, mood saya baik~!( tak tau apa motif saya bagitahu ß dah tak da modal gaknye nak cakap apa lagi) Hahahaa..

Sebenarnya, hari ni, saya nak bawakan kepada anda sebuah kisah yang saya rasa sangat menarik hati (eceh~!) dan macam biasa lah, drama korea! Hahahaa.

Intro:
Cuba anda bayangkan, suatu hari, anda menerima satu tugas yang memang penting, anda dah cuba yang terbaik untuk jayakan tugasan tu, tapi, tiba-tiba nasib malang menimpa. Anda dibuang kerja. Pada masa yang sama, anda di diagnosis sah menghidap penyakit dah final stage, tinggal tunggu masa je bak kata orang. Uih., banyak sangat kebetulan, tak boleh terima, susah nak bayangkan. Mesti anda fikir macam tu kan?

Tapi, tidak untuk drama yang saya nak cerita kali ni. Sebuah drama yang mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita, yang berusia di awal 30-an, bekerja di sebuah syarikat pelancongan sebagai staff bawahan, dan masih belum berkahwin. Biarpun dia hanya bertugas sebagai staff yang sentiasa di buli, di pandang rendah oleh pekerja-pekerja yang lain, namun dia sentiasa memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tugasnya. Sehinggalah suatu hari, dia diminta untuk melayan seorang pemain piano antarabangsa, Andy Wilson, seorang Muslim yang datang ke Korea untuk World Tour Concertnya. Andy Wilson meminta syarikat Line Tour di mana tempat Lee Yeon Jae bekerja untuk attend dia selama satu hari, namun, tiada seorang pun staff yang berani melayan dia sebab Andy Wilson ni terkenal dengan sikap panas baran dan sangat cerewet. Lee Yeon Jae akhirnya bersetuju untuk menjadi tour guide Andy Wilson selama sehari, sekiranya beliau diberi cuti peribadi kerana beliau ada appointment dengan doctor.

Namun, nasib malang berganda-ganda menimpa Lee Yeon Jae apabila, beliau berhadapan dengan masalah dengan makanan yang disediakan untuk Andy Wilson. Nasibnya bertambah malang apabila sebiji cincin permata yang besar milik Andy Wilson hilang, dan dia di tuduh mencuri cincin tersebut. Di sebabkan oleh insiden tersebut, Lee Yeon Jae mengambil keputusan untuk berhenti kerja, dan  pada masa yang sama, dia di sahkan menghidap gallbladder cancer dan doctor estimate dia untuk hidup selama 6 bulan lagi. Segala stress yang berlaku didalam kehidupannya, membuatkan Lee Yeon Jae, berubah menjadi seorang wanita yang hidup dengan bebas, mengikut kehendak hati, dan tidak lagi boleh dibuli oleh sesiapa. Lee Yeon Jae membawa dirinya bercuti ke sebuah pulau di Okinawa dan di situlah segala-galanya berubah (Cam poyo!).

Bertentangan dengan kehidupan seorang lagi watak penting di dalam drama ini. Kang Ji Wook merupakan seorang lelaki yang hidup tanpa arah tuju. Baginya, kehidupannya sekarang adalah kehidupan milik bapanya, dia sekadar menurut kehendak bapanya, yang mengarahkan dia mula bekerja sebagai pengarah di Line Tour, syarikat milik bapanya, dan berkahwin dengan Im Se Kyung, anak perempuan kepada pemodal besar bagi Line Tour. Kang Ji Wook tidak pernah mengenali keinginan dirinya, kemahuannya, malah sekadar menurut segala perintah bapanya tanpa berfikir panjang. Baru beberapa hari dia memulakan kerja di Line Tour, dia sudah di asak untuk menguruskan sebuah pakej perlancongan baru di Okinawa, Jepun. Di sana, dia bertemu dengan Lee Yeon Jae, dan wanita itu mengubah persepsi dirinya tentang kehidupan yang di laluinya sekarang.

Konflik demi konflik membuat penonton merasakan ketegangan dan kesuntukkan masa yang dilalui oleh Lee Yeon Jae. Jalan cerita drama ini bergerak lancar, menyebabkan penonton hamper tidak sedar, yang drama ini hamper sampai ke penghujungnya. Kisah cinta yang sweet, honest di antara Lee Yeon Jae dan Kang Ji Wook, menyebabkan penonton sedar, betapa pendeknya masa kehidupan, dan banyaknya impian yang perlu dicapai.
Jadi, anda dapat teka drama apakah ini? Saya pasti ramai yang dah menonton drama ni sampai habis, sebab kalau mengikut jadual seorang pendownload tegar, drama ini dah di upload ke episode terakhir sekali, tapi, baru sahaja airing di ONE HD astro pada minggu lepas. Minggu ni bermula episode 3 dan 4.



Tajuk: Scent of a woman (여인의향기).
Release Date: 23rd July 2011 – 11 September 2011
Current airing: ONE HD (Wednesday & Thursday, 9.10pm – 10.20 pm)

Saya dah cerita synopsis dengan panjang lebarnya, kita berkenalan pula dengan watak2 yang menjayakan drama penuh romantic ini.


Kim Sun Ah (김순아)



Akak berusia 36(oh mak kau~! Biar betul tuanya!) Hahahaa ini dulu sungguh popular melalui drama My Lovely Kim Sam Soon. Hoho.. dah kenal kan.. Akak ni giler2 berdiet untuk drama ni tau, sebab nak pegang watak orang berpenyakit, kenalah nampak real. Allrite2, jom citer pasal Lee Yeon Jae.
Lee Yeon Jae ialah anak tunggal kepada seorang janda, dan telah kehilangan bapanya kerana penyakit cancer yang sama dihidapinya. Di dalam drama ni, dia tunjuklah betapa desperatenye Lee Yeon Jae nak cari boyfriend, sebab dia dah berusia, tapi dia belum kahwin pun lagi. Kerjaya dia pun x berkembang dengan baik atas factor persekitaran. Manager dia jahat, colleague dia pun x membantu. Kalau diikutkan, sebenarnya bagus jugaklah dia berhenti kerja, sebab dia pun dah 10 tahun mengabdikan dirinya untuk kerja yang entah apa-apa tu.
Sekali imbas, takut2 juga kalau saya ni jadi macam dia. Tak fikir apa-apa selain nak simpan duit, sedar-sedar usia dah tua, dan orang lain semua dah capai macam-macam. Haha. Merepek. Tapi, Lee Yeon Jae ni very kesian waktu dia dapat tahu tentang penyakit dia, di saat-saat hidupnya tengah klimaks. Huuuhh~


 Lee Dong Wook ( 동욱)



Abang ni pulak baru berusia 29 tahun, dan ini ialah drama pertamanya sebaik sahaja beliau tamat daripada perkhidmatan tentera selama 2 tahun. *clap2*. Bagi mereka yang tidak mengenali abang Lee Dong Wook ni, beliau dulunya sangat-sangat terkenal melalui wataknya sebagai Seol Geong Chan di dalam drama My Girl. Abang ni memanglah handsome(statement x boleh bla) dan watak dia di dalam drama Scent of A Woman ni memanglah cute.
Kang Ji Wook hidup di dalam dunia bapanya, sebab dia ikut cakap bapa dia sepanjang masa. Kalau nak diikutkan, dia sendiri sebenarnya ada ability nak jadi pemimpin, nak jadi diri dia sendiri, Cuma dia tak rasa yang bapa akan menurut kehendak diri dia tu (ayat putar belit). Sehinggalah dia mula bekerja dengan bapanya, dan memulakan tugasan pertamanya ke Okinawa, bertemu dengan seorang wanita yang hidupnya sudah hampir ke pengakhiran, dia memulakan kehidupan baru.
Dia sedar yang jatuh cinta dengan Lee Yeon Jae, sebaik sahaja dia pulang ke Korea. Memang dia tak mengaku(standard citer korea), tapi akhirnya dia bersetuju untuk bercinta dengan Lee Yeon Jae tanpa mengetahui keadaan sebenar wanita itu.
Keadaan semakin complicated bila tunangnya, Im Se Kyeong, gadis kaya yang tak semena-mena nak anti dengan Lee Yeon Jae ni cuba memiliki Kang Ji Wook ni jugak. Hmm… Boleh kata ini kisah pertarungan antara orang miskin yang jujur dan orang kaya yang suka carik pasal. Hahahaa.

Seo Hyo Rim (서효)


Ini seorang lagi pelakon berbakat besar dan in real life nye dia ni agak cute. Hahaaa.. Akak ni berusia 26 tahun, dan kalau korang peminat Ft Island ngan MBLAQ mesti korang Nampak dia kat MV diorang Bad Woman ngan Y. Dia pun ada dekat Sungkyukwan Scandal. Hahahaa.. Seo Hyo Rim memegang watak sebagai Im Se Kyeong, seorang gadis yang hidup senang lenang atas usaha bapanya. Dia memegang jawatn yang besar didalam syarikat milik bapanya, dan ditunangkan dengan Kang Ji Woo katas dasar perniagaan.

Im Se Kyeong sendiri mengakui yang beliau tidak pernah dan tidak akan jatuh cinta dengan Kang Ji Wook dan menganggap perkahwinan mereka sebagai sebuah pelaburan perniagaan. Dia juga merasakan yang Kang Ji Wook sepatutnya mencintainya, dan melayaninya sebagai seorang wanita biasa. Dia memang sangat suka mencari pasal dengan Lee Yeon Jae, sampai dia sanggup saman Yeon Jae sebanyak 3000 000 KRW sebagai satu ganti rugi untuk syarikatnya atas kes kehilangan cincin Andy Wilson sebelum ini. Memang keji. Dia memang asyik nak cari pasal dengan Yeon Jae tu, lagi-lagi dia dapat tahu yang perkahwinan dia dan Kang Ji Wook di batalkan kerana Lee Yeon Jae dan penyakitnya.

  
 Uhm Ki Joon (엄기준)


Kalau korang tengok drama Dream High (ada kat TV8 setiap Sabtu pukul 6 ptg), korang mesti kenal dengan abang ni. Dia berlakon jadi cikgu Kang tu, hahahaa.Dia ni pun ada dekat drama Miss Reply jugak. Ok. Kalau dalam Dream high, dia jadi cikgu yang ala-ala nerdy gitu, dekat Scent Of A Woman ni, dia jadi seorang doctor yang serius, tanpa perasaan, dan kawan kepada Lee Yeon Jae sewaktu diorang kecik dulu-dulu. Yang cutenye, Cha Eun Suk(nama watak dia dalam drama ni), sudah jatuh hati dengan Lee Yeon Jae sejak kecik dulu, tapi, tak pernah bagitahu dekat Yeon Jae sebab dia ni very pemalu orangnya, sehinggalah selepas 22 tahun, mereka bertemu kembali, dan dia adalah doctor yang bertugas merawat Yeon Jae ni.
Watak dia ni memang kesian sikit lah pasal, dia adalah antara doctor yang patient paling despise sekali. Tak mahu dirawat olehnya. Dia sangat garang dan kasar dalam perbuatan. Sampai lah dia berjumpa dengan Yeon Jae, dia berubah perlahan-lahan menjadi seorang yang mesra dan selalu tersenyum.

Apa yang menariknya drama ni, banyak sceneric yang lawa-lawa ditunjukkan, maklumlah, cerita pun pasal syarikat perlancongan, mestilah nak tunjuk scene yang lawa-lawa je kan. 

Selain daripada scene, ada jugak cameo special daripada Abang Xiah Junsu, dance Tango yang cute dan banyaaakkk lagi.
Jadi korang apa lagi, jemput-jemputlah menonton~!!









Popular Posts