Haha!
Assalammualaikum dan apa khabar? Eceh, bunyi pelik je kan.. Hahaa.. Ok. Hari
ni, saya excited nak memperkenalkan sebuah drama baru kepada anda semua, dan
drama itu bertajuk…. Jeng jeng jeng~!!
Deep Rooted
Tree @ tajuk original nya: 뿌리깊은 나무
First
airing: 5/10/11 (SBS Korea)
Haha. Anda
semua dah mula menontonnya? Sepatutnya, anda boleh mula menonton sekarang,
sebab dekat channel kesukaan ramai tu, (ONE HD) baru keluar episode 2. Dan
kalau yang lagi advanced tu, dah download sampai episode 12 kan? Hahahaa…
Drama Deep
Rooted Tree ini di adaptasikan daripada sebuah novel fiksyen karya Lee Jung
Myung, berkisarkan tentang pembunuhan bersiri yang berlaku ke atas Jib Hyun
Joen (Tempat King Yi Do dan menteri2nya selalu study) selama 7 hari
berturut-turut pada zaman pemerintahan Yi Do @ King Sejong The Great.
Ketika usia
mudanya, walaupun, dia seorang raja, namun, kuasanya tenggelam dengan sikap
bapanya, yang lebih mementingkan keganasan. Bapanya, Taejong seorang yang
sangat mementingkan kuasa, sehingga beliau sanggup membunuh ahli keluarganya
sendiri semata-mata untuk mendapatkan kuasa sebagai seorang raja. Yi Do
sendiri, hidup dalam ketakutan terhadap bapanya.
Plot
bermula apabila, Taejong mensasarkan ingin membunuh Sim On, Perdana Menteri
merangkap, bapa mertua kepada Raja Yi Do. Raja Yi Do memberi amaran kepada
isterinya agar tidak bertindak apa-apa seandainya dia tidak mahu lebih ramai
orang yang terbunuh. Yi Do mengarahkan seorang kanak-kanak perempuan, anak kepada court lady(x tw r terms melayu
dia apa.. wahahhaa) menghantar surat kepada Sim On, memberitahu Sim On supaya
dia dan keluarganya bersembunyi sehingga keadaan kembali tenang. Surat itu
sepatutnya diserahkan kepada hamba keluarga Sim On, sebelum Sim On ditangkap
oleh Taejong. Namun, budak perempuan itu membawa surat itu kepada Taejong,
lantas, Taejong menukar isi kandungan surat tersebut, memberitahu yang Sim On
dan keluarganya akan selamat jika dia menyerahkan diri kepada polis diraja.
Ddol-Bok
pulak, merupakan hero cerita ni. Dia ngan ayah dia ialah hamba bagi keluarga
Sim On. Sehinggalah suatu hari, polis di raja datang ingin menangkap Sim On dan keluarganya untuk diserahkan kepada
Taejong. Ddol-Bok, ayahnya dan So Yi seorang budak perempuan yang juga
merupakan hamba sempat melarikan diri, namun, mereka terserempak dengan budak
perempuan yang membawa surat untuk diserahkan kepada Sim On. Oleh kerana, rasa
tidak senang hati, Ddol-bok meminta So Yi, untuk membaca isi kandungan surat
tersebut, namun, So Yi sebenarnya tidak tahu membaca, jadi, So Yi tu
berpura-pura memahami isi kandungan surat terbabit, lantas membawa mereka
kepada masalah besar.
Mereka
kembali kepada keluarga Sim On yang kebetulannya ada polis diraja tadi, dan
akhirnya semuanya ditangkap oleh polis diraja tadi, dan di masukkan kedalam
penjara.
Di dalam
penjara, ayah Ddol-Bok, mati dibunuh oleh pegawai polis diraja, menyebabkan
Ddol-Bok ingin mencari punca disebalik keganasan yang berlaku terhadap
keluarganya dan keluarga Sim On. Sedikit kesilapan berlaku, dan mereka Berjaya
melarikan diri dari penjara, namun, kebanyakkan daripada mereka bernasib malang
apabila dibunuh tentera yang berkawal diluar penjara.
Yi Do yang
kebetulannya ingin melihat ke kawasan penjara, dikejutkan dengan suasana
pembunuhan dan ternampak Ddol-Bok yang sedang berhempas pulas ingin
menyelamatkan diri. Ddol-Bok lari sempat berlari meninggalkan tempat itu, namun
dikejar oleh beberapa orang tentera diraja, menyebabkan Yi Do, ingin
menyelamatkan budak itu. Yi Do mengarahkan pembantunya, Moo Hyul, agar
menyelamatkan budak lelaki itu, dan disembunyikan di dalam sebuah reban di
tengah hutan. Namun, tindak tanduk Yi Do di tangkap bapanya, Taejong, yang
muncul bersama ramai tentera diraja di tempat persembunyian Ddol-Bok. Taejong
mengarahkan agar tenteranya membunuh Ddol-Bok,. Namun dihalang oleh Yi Do.
(Actually inilah waktu dimana, Yi Do nampak agak bergaya menentang bapanya).
Dia mengugut supaya bapanya membunuhnya, kerana dia telah menyelamatkan anak
kepada Sim On, perdana menteri yang dianggap pengkhianat oleh bapanya. Bapanya
tercabar, lantas mencapai pedang Yi Do, lalu dihunuskan kea rah Yi Do.
Dengan
penuh bergaya, Yi Do mengarahkan Moo Hyul, supaya membunuh Taejong, sekiranya Taejong telah membunuh seorang raja. Namun,
bapanya berundur dengan ketegasan anaknya, namun, merancang untuk mempergunakan
kelemahan anaknya pada malam itu, sebagai salah satu cara untuk dia mengekalkan
kuasa.
Wahhh,,,
penat jugak cerita sedikit sebanyak pasal Deep Rooted Tree. Dah habis synopsis,
jom kita gerak ke watak2 yang kita ada~!
King Yi Do
![]() |
King Yi Do muda2 |
![]() |
King Yi Do sekarang(dalam citer) |
![]() |
King Yi Do muda dan tua.. hahahahahaa |
Han Sung
Kyu berusia 46 ketika beliau memegang watak ini. Sebenarnya, watak King Yi Do lebih
dikenali sebagai King Sejong The Great dalam sejarah Korea. Hahaha. Apa yang
menariknya, King Sejong adalah raja yang mengasaskan tulisan Hangul (Alah,
tulisan korea yang korang nengok chomey2 tu), system pemerintahan berasaskan
pendidikan, buku manual untuk peladang, dan macam2 lagi, teknologi dari segi
sains, pendidikan, pertanian dan kesihatan. Cumanya, di dalam drama ni, dia
tunjuk sikit2 je lah, Yi Do ni memang sangat pandai bercakap, sangat pandai
dalam membuat keputusan dan sentiasa berfikir untuk kepentingan rakyatnya.
Beliau mengarahkan Pembantunya, Moo Hyul supaya menyelamatkan Ddol – bok dengan
menganggap, budak lelaki itu adalah satu-satunya rakyat yang pernah
diselamatkan, malah mungkin jadi yang terakhir. Beliau digelar sebagai raja
yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rakyatnya kerana takut
akan bapanya, Taejong.
Yang paling
penting, watak raja muda dibawakan oleh, abang Song Joong Ki yang lebih
dikenali melalui rancangan Music Bank sebagai Host. Haha. Selain itu, Song Jong
Ki juga ada membintangi drama lain, contoh: Will It Snow For Christmas? Dan
popular jugak dekat Running Man, sampai episode 40+ camtu.
Ddol-Bok/Kang
Chae Yon
![]() |
Ddol Bok kecik |
![]() |
Kang Chae Yon (Ddol Bok dewasa) |
![]() |
Kang Chae Yon bergaya |
Itu adalah
abang Jang Hyuk~!! OMG~!! Suka giler kat dia boleh tak. Interesting tau dia ni.
Kalau korang tak kenal dia, memang korang dipanggil orang yang duduk bawah
tempurung. Haha. Korang mesti kenal dia melalui beberapa drama top cam, MIDAS, The
Slave Hunter, Tazza dan banyak lagi. Banyak menang award tau abang ni. Hahahaa.
Watak dia
adalah Ddol Bok/Kang Chae Yon, seorang pegawai bawahan istana yang menyimpan
dendam terhadap raja, kerana mengakibatkan kematian bapanya. Tanpa
pengetahuannya, Raja Yi Do pernah menyelamatkannya sewaktu dia kecil, dan
dendamnya bukan terhadap Raja Yi Do, tetapi Taejong. Yang paling bestnye, dia
juga merupaka detective kepada Yi Do, dan selalu cari masa untuk membunuh raja
tersebut. Hoooo~
So Yi / Dam
Yi
![]() |
Sing Se Kyung |
![]() |
So Yi |
Sing Se
Kyung adalah awek chomey yang popular melalui filem Horror bertajuk Cinderella. Haa.. siapa2 yang penah tengok
mesti kenal dengan awek yang baru berusia 20 tahun. Dia juga pernah membintangi
drama High Kick Through The Roof, alah yang ada gi kwang beast tu… ngahahhaaa..
Okeyh, watak Dam Yi ni ialah seorang kanak-kanak hamba yang diselamatkan oleh
isteri King Yi Do ketika dalam proses menyelamatkan diri dari penjara. Apabila
dewasa, dia bergelar court lady dan menukar namanya kepada So Yi. Namun,
Ddol-Bok tidak mengetahui yang So Yi dan Dam Yi adalah orang yang sama.
Selain itu,
untuk menambahkan rempah ratus, drama ini turut dibintangi oleh Kim Ki Bum,
ahli Super Junior yang makan gaji. Hahahaa..
![]() |
Kim Ki Bum |
![]() |
Park Naeng Yeon |
Sorry lah
ELF, sbb saya tak nampak Ki Bum kat 3 album last ni, tp orang still dok panggil
dia SJ Ki Bum.. Hahahaa… Kim Ki Bum membawa watak seorang ahli bangsawan yang
bijaksana, Park Paeng Nyeon, yang akhirnya, menjadi ahli 6 menteri yang
bersama-sama dengan King Yi Do membangunkan Joseon, menjadi maju dan
berteknologi. FYI nama Park Naeng Yeon juga ada dalam catatan sejarah
pembangunan JoSeon ketika era pemerintahan King Sejong The Great.
So, amacam?
Sounds like fun kan? Hahahaa.. saya pun rasa cerita ni very excited, apart from
masalah2 diraja yang complicated tu, cerita ni tak lah cliché sangat. Biasalah,
kalau drama2 korea ni, agak2 cliché sikit. Hahaa.. Eventhough kadang2 bahasa
yang digunakan terlalu klasik, namun, itu yang menambahkan lagi seri drama yang
ada 24 episode ni.
So... Jom Nonton!!!