Thursday, November 17, 2011

Deep Rooted Tree




Haha! Assalammualaikum dan apa khabar? Eceh, bunyi pelik je kan.. Hahaa.. Ok. Hari ni, saya excited nak memperkenalkan sebuah drama baru kepada anda semua, dan drama itu bertajuk…. Jeng jeng jeng~!!

Deep Rooted Tree @ tajuk original nya: 뿌리깊은
First airing: 5/10/11 (SBS Korea)

 



Haha. Anda semua dah mula menontonnya? Sepatutnya, anda boleh mula menonton sekarang, sebab dekat channel kesukaan ramai tu, (ONE HD) baru keluar episode 2. Dan kalau yang lagi advanced tu, dah download sampai episode 12 kan? Hahahaa…
Drama Deep Rooted Tree ini di adaptasikan daripada sebuah novel fiksyen karya Lee Jung Myung, berkisarkan tentang pembunuhan bersiri yang berlaku ke atas Jib Hyun Joen (Tempat King Yi Do dan menteri2nya selalu study) selama 7 hari berturut-turut pada zaman pemerintahan Yi Do @ King Sejong The Great.

Ketika usia mudanya, walaupun, dia seorang raja, namun, kuasanya tenggelam dengan sikap bapanya, yang lebih mementingkan keganasan. Bapanya, Taejong seorang yang sangat mementingkan kuasa, sehingga beliau sanggup membunuh ahli keluarganya sendiri semata-mata untuk mendapatkan kuasa sebagai seorang raja. Yi Do sendiri, hidup dalam ketakutan terhadap bapanya.

Plot bermula apabila, Taejong mensasarkan ingin membunuh Sim On, Perdana Menteri merangkap, bapa mertua kepada Raja Yi Do. Raja Yi Do memberi amaran kepada isterinya agar tidak bertindak apa-apa seandainya dia tidak mahu lebih ramai orang yang terbunuh. Yi Do mengarahkan seorang kanak-kanak perempuan,  anak kepada court lady(x tw r terms melayu dia apa.. wahahhaa) menghantar surat kepada Sim On, memberitahu Sim On supaya dia dan keluarganya bersembunyi sehingga keadaan kembali tenang. Surat itu sepatutnya diserahkan kepada hamba keluarga Sim On, sebelum Sim On ditangkap oleh Taejong. Namun, budak perempuan itu membawa surat itu kepada Taejong, lantas, Taejong menukar isi kandungan surat tersebut, memberitahu yang Sim On dan keluarganya akan selamat jika dia menyerahkan diri kepada polis diraja.

Ddol-Bok pulak, merupakan hero cerita ni. Dia ngan ayah dia ialah hamba bagi keluarga Sim On. Sehinggalah suatu hari, polis di raja datang ingin menangkap  Sim On dan keluarganya untuk diserahkan kepada Taejong. Ddol-Bok, ayahnya dan So Yi seorang budak perempuan yang juga merupakan hamba sempat melarikan diri, namun, mereka terserempak dengan budak perempuan yang membawa surat untuk diserahkan kepada Sim On. Oleh kerana, rasa tidak senang hati, Ddol-bok meminta So Yi, untuk membaca isi kandungan surat tersebut, namun, So Yi sebenarnya tidak tahu membaca, jadi, So Yi tu berpura-pura memahami isi kandungan surat terbabit, lantas membawa mereka kepada masalah besar.

Mereka kembali kepada keluarga Sim On yang kebetulannya ada polis diraja tadi, dan akhirnya semuanya ditangkap oleh polis diraja tadi, dan di masukkan kedalam penjara.

Di dalam penjara, ayah Ddol-Bok, mati dibunuh oleh pegawai polis diraja, menyebabkan Ddol-Bok ingin mencari punca disebalik keganasan yang berlaku terhadap keluarganya dan keluarga Sim On. Sedikit kesilapan berlaku, dan mereka Berjaya melarikan diri dari penjara, namun, kebanyakkan daripada mereka bernasib malang apabila dibunuh tentera yang berkawal diluar penjara.

Yi Do yang kebetulannya ingin melihat ke kawasan penjara, dikejutkan dengan suasana pembunuhan dan ternampak Ddol-Bok yang sedang berhempas pulas ingin menyelamatkan diri. Ddol-Bok lari sempat berlari meninggalkan tempat itu, namun dikejar oleh beberapa orang tentera diraja, menyebabkan Yi Do, ingin menyelamatkan budak itu. Yi Do mengarahkan pembantunya, Moo Hyul, agar menyelamatkan budak lelaki itu, dan disembunyikan di dalam sebuah reban di tengah hutan. Namun, tindak tanduk Yi Do di tangkap bapanya, Taejong, yang muncul bersama ramai tentera diraja di tempat persembunyian Ddol-Bok. Taejong mengarahkan agar tenteranya membunuh Ddol-Bok,. Namun dihalang oleh Yi Do. (Actually inilah waktu dimana, Yi Do nampak agak bergaya menentang bapanya). Dia mengugut supaya bapanya membunuhnya, kerana dia telah menyelamatkan anak kepada Sim On, perdana menteri yang dianggap pengkhianat oleh bapanya. Bapanya tercabar, lantas mencapai pedang Yi Do, lalu dihunuskan kea rah Yi Do.
Dengan penuh bergaya, Yi Do mengarahkan Moo Hyul, supaya membunuh Taejong, sekiranya  Taejong telah membunuh seorang raja. Namun, bapanya berundur dengan ketegasan anaknya, namun, merancang untuk mempergunakan kelemahan anaknya pada malam itu, sebagai salah satu cara untuk dia mengekalkan kuasa.

Wahhh,,, penat jugak cerita sedikit sebanyak pasal Deep Rooted Tree. Dah habis synopsis, jom kita gerak ke watak2 yang kita ada~!

King Yi Do
King Yi Do muda2

King Yi Do sekarang(dalam citer)

King Yi Do muda dan tua.. hahahahahaa

Han Sung Kyu berusia 46 ketika beliau memegang watak ini. Sebenarnya, watak King Yi Do lebih dikenali sebagai King Sejong The Great dalam sejarah Korea. Hahaha. Apa yang menariknya, King Sejong adalah raja yang mengasaskan tulisan Hangul (Alah, tulisan korea yang korang nengok chomey2 tu), system pemerintahan berasaskan pendidikan, buku manual untuk peladang, dan macam2 lagi, teknologi dari segi sains, pendidikan, pertanian dan kesihatan. Cumanya, di dalam drama ni, dia tunjuk sikit2 je lah, Yi Do ni memang sangat pandai bercakap, sangat pandai dalam membuat keputusan dan sentiasa berfikir untuk kepentingan rakyatnya. Beliau mengarahkan Pembantunya, Moo Hyul supaya menyelamatkan Ddol – bok dengan menganggap, budak lelaki itu adalah satu-satunya rakyat yang pernah diselamatkan, malah mungkin jadi yang terakhir. Beliau digelar sebagai raja yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rakyatnya kerana takut akan bapanya, Taejong.


Yang paling penting, watak raja muda dibawakan oleh, abang Song Joong Ki yang lebih dikenali melalui rancangan Music Bank sebagai Host. Haha. Selain itu, Song Jong Ki juga ada membintangi drama lain, contoh: Will It Snow For Christmas? Dan popular jugak dekat Running Man, sampai episode 40+ camtu.

Ddol-Bok/Kang Chae Yon

Ddol Bok kecik

Kang Chae Yon (Ddol Bok dewasa)

Kang Chae Yon bergaya


Itu adalah abang Jang Hyuk~!! OMG~!! Suka giler kat dia boleh tak. Interesting tau dia ni. Kalau korang tak kenal dia, memang korang dipanggil orang yang duduk bawah tempurung. Haha. Korang mesti kenal dia melalui beberapa drama top cam, MIDAS, The Slave Hunter, Tazza dan banyak lagi. Banyak menang award tau abang ni. Hahahaa.

Watak dia adalah Ddol Bok/Kang Chae Yon, seorang pegawai bawahan istana yang menyimpan dendam terhadap raja, kerana mengakibatkan kematian bapanya. Tanpa pengetahuannya, Raja Yi Do pernah menyelamatkannya sewaktu dia kecil, dan dendamnya bukan terhadap Raja Yi Do, tetapi Taejong. Yang paling bestnye, dia juga merupaka detective kepada Yi Do, dan selalu cari masa untuk membunuh raja tersebut. Hoooo~

So Yi / Dam Yi
Sing Se Kyung


So Yi

Sing Se Kyung adalah awek chomey yang popular melalui filem Horror bertajuk  Cinderella. Haa.. siapa2 yang penah tengok mesti kenal dengan awek yang baru berusia 20 tahun. Dia juga pernah membintangi drama High Kick Through The Roof, alah yang ada gi kwang beast tu… ngahahhaaa.. Okeyh, watak Dam Yi ni ialah seorang kanak-kanak hamba yang diselamatkan oleh isteri King Yi Do ketika dalam proses menyelamatkan diri dari penjara. Apabila dewasa, dia bergelar court lady dan menukar namanya kepada So Yi. Namun, Ddol-Bok tidak mengetahui yang So Yi dan Dam Yi adalah orang yang sama.

Selain itu, untuk menambahkan rempah ratus, drama ini turut dibintangi oleh Kim Ki Bum, ahli Super Junior yang makan gaji. Hahahaa..

Kim Ki Bum

Park Naeng Yeon

Sorry lah ELF, sbb saya tak nampak Ki Bum kat 3 album last ni, tp orang still dok panggil dia SJ Ki Bum.. Hahahaa… Kim Ki Bum membawa watak seorang ahli bangsawan yang bijaksana, Park Paeng Nyeon, yang akhirnya, menjadi ahli 6 menteri yang bersama-sama dengan King Yi Do membangunkan Joseon, menjadi maju dan berteknologi. FYI nama Park Naeng Yeon juga ada dalam catatan sejarah pembangunan JoSeon ketika era pemerintahan King Sejong The Great.
So, amacam? Sounds like fun kan? Hahahaa.. saya pun rasa cerita ni very excited, apart from masalah2 diraja yang complicated tu, cerita ni tak lah cliché sangat. Biasalah, kalau drama2 korea ni, agak2 cliché sikit. Hahaa.. Eventhough kadang2 bahasa yang digunakan terlalu klasik, namun, itu yang menambahkan lagi seri drama yang ada 24 episode ni. 

So... Jom Nonton!!! 













Popular Posts