Wednesday, February 22, 2012

Last Episode..



26 Februari ini bakal merakamkan pengakhiran kepada Season 1, 1N2D and *sigh*, penggambarannya sungguh menyentuh perasaan. Sampai sekarang, tak ada siapa pun, diantara mereka(1N2D members), staff, director even viewer or fans yang percaya, 1N2D with Soo Geun, Seung Gi, Ji Won, Tae Wong & Jong Min is over. OMG, It is really over!


Just imagine, it's been already 5 years, and they met for like every single week to shoot 1N2D for 5 years, then suddenly... T_T


Kalau diimbas kembali, saya mula mengenali 1N2D ketika saya ke rumah sepupu saya, waktu tu, rumah saya tak pasang ASTRO pun lagi. Datang je rumah dia, time tu ada siaran ulangan 1N2D dekat KBS, kalau tak silap saya, petang, tapi tak ingatlah hari apa, TAPI, yang paling saya ingat, episode yang saya tonton.

Episod 1N2D pertama yang saya tonton ialah,,, jeng jeng jeng… sewaktu mereka berkunjung ke pulau Weoyeon. Iya, waktu Seunggi ditinggalkan dengan seorang VJ di pulau yang kecil tu, tanpa sebarang bantuan, means, food, pengcahayaan dan tempat tinggal. Waktu tu, saya berkenalan dengan Seung Gi *Opps~!, Love at a first sight gituh! 
Hendak di totalkan berapa banyak episode 1N2D yang saya tonton, saya rasa daripada 5 tahun 1N2D ni ditayangkan, saya tonton sebanyak 4 tahun punya episode. Itu pun sebab tolak, beberapa episode sebelum Seung Gi masuk, dan beberapa episode waktu saya duduk Shah Alam, & tak sempat nak download. Yang simpan dalam hardisk, episode yang best2, dah memang tak boleh delete, tapi! Semua episode 1N2D adalah yang terbaik! & 1N2D adalah antara variety show yang paling dekat dengan saya (sebab ada Seung Gi!).
Situasi yang paling dirindui adalah sewaktu Seung Gi jadi clock girl. Of course he looks damn cute, but, in spite of being bully by other members, he did his best not to look so awkward, plus, he managed to mingle himself with the society. Plus, another funny guy yang tak dapat dilupai, Ji Won. Haha. Mestilah paling rindu mereka berdua, sebab muka mereka dah tak ada dalam Season 2 nanti! 


Kalau nak diikutkan, dah banyak sangat perubahan yang berlaku dalam 1N2D, selain pertukaran member, upgraded game, dan tempat-tempat yang orang Korea sendiri tak tahu kewujudannya. Tapi, yang paling terasa, of course, bila member2 dia kena keluar. Awal-awal dulu, Kim Jong Min keluar sebab nak pergi tentera, lepas tu, MC Mong, antara member yang bagi effort paling besar, sama ada nak buat orang gelak, or nak membuatkan rancangan ni jadi lebih meaningful, kena banned from television. Itu yang paling sedih. Even episode akhir MC Mong pun, kena potong. Jahat sungguh masyarakat (Opps, sorry masyarakat yang terasa). Hahahaa. Dan ruang yang paling besar ditinggalkan oleh Main MC, Kang Ho Dong. Kalau nak diikutkan, tak ada sebab untuk dia bersara dari mana-mana program, sebab nobody is perfect, but yeah, human being has always been so cruel, right?
 Kalau dulu, orang nampak Kang Ho Dong dengan Seung Gi jalan sama-sama, orang mesti jerit “Oh! 1N2D!”, sampaikan member2 Qualification of Men(slot Happy Sunday) pergi mendaki gunung pun, masyarakat ingat itu program 1N2D! Betapa besarnya pengaruh 1N2D dalam masyarakat. Cuba bayangkan, nenek-nenek, & mak cik-mak cik yang duduk kat pedalaman tu, dah biasa nampak muka Soo Geun & Ji Won dengan lawak slapstick diorang tu, tiba-tiba, buka TV, 1N2D dah tukar jadi orang lain. Tak terkejut mak cik-mak cik tu!
Anyway, 1N2D season 2 pun akan gantikan slot Happy Sunday, tu, and yes, they do carried a hell of burden, sebab, those 6 guys yang before ni dah berjaya membuatkan 1N2D full of success and unforgettable. Tambahan lagi, dengan banyak variety show lain yang diakui, agak menarik, 1N2D season 2 punya member & staff kena extra hard-work to make sure, 1N2D dapat meneruskan kegemilangannya di masa akan datang.
Of course, mereka tak boleh lari daripada dibandingkan dengan siri yang lama. With new PD, Staff, and of course new members, hopefully, they will be bringing much more new and fresh idea to recover the viewer sadness and expectation. Director Na Young Suk has brought us so much new idea of a reality variety, making 1N2D not only a program that promotes the beauty of Korea, but showing how brotherhood can be tighten even without family blood. 

And you guys will be seeing the new member, Sung Si Kyung, Joo Won, Kim Seung Woo, Cha Tae Hyun along with Jong Min, Seu Gun and Tae Woong on their first airing, 4th March 2012. Choi Jae Hyung PD akan mengetuai angkatan ini(eceh!!) and FYI, he is the PD for Invicible Baseball show tu, and he got quite an experience dalam variety show yang macam ni, so no worry!

Here some pics from the final day of 1N2D~!




 credit : dclsg, 1n2dfansubs.wordpress.com, dongA.com



Monday, February 6, 2012

oho~!


Assalammualaikum~! Selepas berbulan-bulan meninggalkan blog, sampai dah masuk tahun baru pun, blog still tak update-update lagi, sampai korang yang membacanya pun dah boring dengan lagu yang sama, dengan wallpaper yang sama, dengan isi kandungan blog yang sama.. betul tak? Haha. Jadinya, hari ni saya pun nak conteng sikitlah dekat blog-wall ni,,,


Semalam (5 February) hari ahad. Big Boss company ni ada lah buat open house party dekat rumah dia (Gelang Patah). Saya memang dah bercadang nak pergi, iyelah, teringin giler nak tengok rumah boss, yang digembar gemburkan tersangat amatlah besar dan cantik. Dah janji dengan sorang member lagi kat ofis, nak suruh dia ambil saya from rumah, then kita pergi sama-sama lah ke sana.


Sampai ke hari ahadnya, bangun je pagi, kaki ni tiba-tiba aje sakit. Ada bengkak sikit kat ankle tu,,, dalam hati dah cakap dah.. “Haihh,, datang lagi penyakit misteri ni..” haha. Itulah, actually dah banyak kali dah kena penyakit ni, siap letak ubat tradisional, ketuk bawang putih dengan halia, sampai melecur kaki ni, tapi tak baik jugak. Pergi jumpa doktor dia bagi ubat tahan sakit, dengan ubat surut bengkak, tapi baiknye sekejap ajelah. Jalan pun dah terhencut-hencut.


Mak pula pagi-pagi dah suruh siap-siap kemas rumah, sebab tengah hari tu nak pergi gelang patah ada anak jiran lama tu kahwin. Yang saya ni tak teringatkan majlis kahwin tu, dah pergi janji dengan member kat ofis nak gi open house rumah boss. Macam mana? Saya pun siap-siaplah pakai baju baru(memang baru jahit pagi tu.. kihkihkih), dah lawa dengan selendang segala, tapi, jalannya pulak memang dah macam orang patah kaki. Dengan baju yang lawa itu, tak mungkin lah saya nak sarung sekadar selipar aje kan? Jadinya, pergi gatal tangan, mencapai kasut yang paling mahal, bertumit 3 inci yang vogue gitu. Dah konon-konon dengan slumber nye masuk kereta. 


Dah berlama-lama kat rumah member kat gelang patah tu, teringatkan open house boss, saya pun call lah member ofis tu, cakap tak jadi pergi rumah boss. So, mereka pun dengan kecewanya, pergilah tanpa saya. Keesokkan harinya, saya ni pun kepoh-kepohla tanya, apa citer dengan majlis boss semalam?


“Kau tahu Ana(gelaran saya kat ofis. OFIS SAHAJA), memang giler-giler semalam. Bos buffet banyak giler. Kambing, lembu segala daging semua ada. Segala jenis air pun ada.” Member bernama ‘M’ pun bercerita. Saya terkejut. “Segala jenis? Apakah maksudnya?” Pertanyaan saya membuatkan ‘M’ ketawa.


“Kau ni, buat-buat tak faham pulak. Air tu, tak payah cakap, berlumba-lumba budak-budak ni minum. Dalam ramai-ramai orang DC yang datang, Cuma aku dengan ‘K’ dengan ‘D’ je tak sentuh benda tu…” Lagi saya terkejut. “Kau biar betul?”. ‘M’ mengangguk dengan beriya-iya.


“Si ‘A’(A ini beragama Islam) tu pun minum gak. Kuat tu.. yang indon-indon ni kau tak payah cakap, halal tak halal, semuanya dia lanyak…”’M’ menggeleng-gelengkan kepalanya. Saya terdiam.


Tahu tak apa yang saya fikirkan? Alhamdulillah! Bersyukur giler sebab saya sakit kaki semalam. Sebabnya, saya ada terdengar dalam Tanyalah Ustaz entah bila punya episode cakap, kalau kita makan dan minum satu meja dengan orang yang minum arak atau makan makanan yang haram, hukumnya turut jatuh ke atas kita, sebabnya, arak itu sesuatu yang ditolak keras di dalam Islam, dan kalau duduk semeja dengan orang yang minum arak ni, bermaksud kita bertolak-ansur dengan mereka yang minum arak!! dan sama sekali seorang Muslim dilarang untuk menghadiri majlis yang mungkar, ataupun terdapat kemungkaran di dalamnya, kecuali dia hadir tanpa mengetahuinya dan telah menegur kemungkaran itu dan meninggalkan majlis itu sebaik sahaja mengetahuinya. 


Saya bersyukur sangat-sangat-sangat sebab ALLAH masih melindungi saya daripada join dengan benda-benda macam ni. Saya pun bersyukur giler, pasal mak saya rajin tengok Tanyalah Ustaz pagi-pagi, jadi saya pun selalu lah terdengar nasihat-nasihat Ustaz ni time basuh baju or kemas rumah! Hihi. So dah tahu lah, kalau lepas ni ada member-member(yang bukan Islam) nak buat open-house or party, kena Tanya dulu, ada hidang arak ke tidak. Kalau ada, terpaksalah tolak! 

Popular Posts