Assalammualaikum~! Selepas berbulan-bulan meninggalkan blog, sampai dah masuk tahun baru pun, blog still tak update-update lagi, sampai korang yang membacanya pun dah boring dengan lagu yang sama, dengan wallpaper yang sama, dengan isi kandungan blog yang sama.. betul tak? Haha. Jadinya, hari ni saya pun nak conteng sikitlah dekat blog-wall ni,,,
Semalam (5 February) hari ahad. Big Boss company ni ada lah buat open house party dekat rumah dia (Gelang Patah). Saya memang dah bercadang nak pergi, iyelah, teringin giler nak tengok rumah boss, yang digembar gemburkan tersangat amatlah besar dan cantik. Dah janji dengan sorang member lagi kat ofis, nak suruh dia ambil saya from rumah, then kita pergi sama-sama lah ke sana.
Sampai ke hari ahadnya, bangun je pagi, kaki ni tiba-tiba aje sakit. Ada bengkak sikit kat ankle tu,,, dalam hati dah cakap dah.. “Haihh,, datang lagi penyakit misteri ni..” haha. Itulah, actually dah banyak kali dah kena penyakit ni, siap letak ubat tradisional, ketuk bawang putih dengan halia, sampai melecur kaki ni, tapi tak baik jugak. Pergi jumpa doktor dia bagi ubat tahan sakit, dengan ubat surut bengkak, tapi baiknye sekejap ajelah. Jalan pun dah terhencut-hencut.
Mak pula pagi-pagi dah suruh siap-siap kemas rumah, sebab tengah hari tu nak pergi gelang patah ada anak jiran lama tu kahwin. Yang saya ni tak teringatkan majlis kahwin tu, dah pergi janji dengan member kat ofis nak gi open house rumah boss. Macam mana? Saya pun siap-siaplah pakai baju baru(memang baru jahit pagi tu.. kihkihkih), dah lawa dengan selendang segala, tapi, jalannya pulak memang dah macam orang patah kaki. Dengan baju yang lawa itu, tak mungkin lah saya nak sarung sekadar selipar aje kan? Jadinya, pergi gatal tangan, mencapai kasut yang paling mahal, bertumit 3 inci yang vogue gitu. Dah konon-konon dengan slumber nye masuk kereta.
Dah berlama-lama kat rumah member kat gelang patah tu, teringatkan open house boss, saya pun call lah member ofis tu, cakap tak jadi pergi rumah boss. So, mereka pun dengan kecewanya, pergilah tanpa saya. Keesokkan harinya, saya ni pun kepoh-kepohla tanya, apa citer dengan majlis boss semalam?
“Kau tahu Ana(gelaran saya kat ofis. OFIS SAHAJA), memang giler-giler semalam. Bos buffet banyak giler. Kambing, lembu segala daging semua ada. Segala jenis air pun ada.” Member bernama ‘M’ pun bercerita. Saya terkejut. “Segala jenis? Apakah maksudnya?” Pertanyaan saya membuatkan ‘M’ ketawa.
“Kau ni, buat-buat tak faham pulak. Air tu, tak payah cakap, berlumba-lumba budak-budak ni minum. Dalam ramai-ramai orang DC yang datang, Cuma aku dengan ‘K’ dengan ‘D’ je tak sentuh benda tu…” Lagi saya terkejut. “Kau biar betul?”. ‘M’ mengangguk dengan beriya-iya.
“Si ‘A’(A ini beragama Islam) tu pun minum gak. Kuat tu.. yang indon-indon ni kau tak payah cakap, halal tak halal, semuanya dia lanyak…”’M’ menggeleng-gelengkan kepalanya. Saya terdiam.
Tahu tak apa yang saya fikirkan? Alhamdulillah! Bersyukur giler sebab saya sakit kaki semalam. Sebabnya, saya ada terdengar dalam Tanyalah Ustaz entah bila punya episode cakap, kalau kita makan dan minum satu meja dengan orang yang minum arak atau makan makanan yang haram, hukumnya turut jatuh ke atas kita, sebabnya, arak itu sesuatu yang ditolak keras di dalam Islam, dan kalau duduk semeja dengan orang yang minum arak ni, bermaksud kita bertolak-ansur dengan mereka yang minum arak!! dan sama sekali seorang Muslim dilarang untuk menghadiri majlis yang mungkar, ataupun terdapat kemungkaran di dalamnya, kecuali dia hadir tanpa mengetahuinya dan telah menegur kemungkaran itu dan meninggalkan majlis itu sebaik sahaja mengetahuinya.
Saya bersyukur sangat-sangat-sangat sebab ALLAH masih melindungi saya daripada join dengan benda-benda macam ni. Saya pun bersyukur giler, pasal mak saya rajin tengok Tanyalah Ustaz pagi-pagi, jadi saya pun selalu lah terdengar nasihat-nasihat Ustaz ni time basuh baju or kemas rumah! Hihi. So dah tahu lah, kalau lepas ni ada member-member(yang bukan Islam) nak buat open-house or party, kena Tanya dulu, ada hidang arak ke tidak. Kalau ada, terpaksalah tolak!