Tuesday, October 20, 2009
Karnival WAJADIRI IPT Peringkat Kebangsaan.
Ini salah satu event yang paling saya tak sabar nak pergi. Tak tahu kenapa. Maybe ini first time saya join activities yang saya rasa best. Saya lagi suka jadi orang belakang daripada jadi peserta. Ngahaha.
Okay. Bagi mereka yang blur, apakah itu yang dibebelkan saya, itu ialah berkenaan Kem Wajadiri IPT peringkat kebangsaan yang akan diadakan di UiTM Puncak Alam bermula pada 12 disember dan berakhir pada 13 Disember(2 hari jerr). Tapi ianya peringkat kebangsaan. tu yang lagi syiokk. Kem Wajadiri ni, khas dan speacial untuk semua ahli Seni Silat Cekak Malaysia dan lebih-lebih lagi untuk pelatih-pelatih Seni Silat Cekak cawangan IPT UiTM Shah Alam. Memanglah sangat seronok.
Karnival Wajadiri ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Ahmad Khalid Nordin. Manakala akan ditutup oleh Naib Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Datuk Hj Maideen Bin Kadir Shah. Memanglah sekejap sebab 2 hari je, tapi kami AJK dah disuruh 'turun padang' bermula 30 November lagi. Memanglah cuti kali pendek betul.
Saya tak berani nak cerita banyak sebab semuanya masih dalam perbincangan. Cuma saya nak sarankan pada mana-mana sahabat saya yang dah tamat belajar Seni Silat Cekak ni, untuk sama-sama menjayakan Karnival Wajadiri IPT Peringkat Kebangsaan ini. Join lah. Sangat seronok. Anda boleh download borang permohonan di
http://psscmuitm.org/kwd2009/menu_kwd2009.htm
Saya rasa dia belum tutup lagi. Ngahaha. Okaylah.
Nak sambung siapkan kerja projek. Oh... nanti saya akan upload kisah MAJLIS PERKAHWINAN sepupu saya. Agak best dan agak gempak lar. Jeles saya dibuatnya. Buat masa ni, nak fokus study for final exam okay. Da-da.
Labels:
CS221 and FSKM ku SAYANG
Karnival WAJADIRI IPT Peringkat Kebangsaan.
2009-10-20T01:26:00+08:00
yuhanna
CS221 and FSKM ku SAYANG|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Hari ni.... kita sambung masked rider boleh tak?? Oleh kerana keboshanan tahap tinggi, jadi, kita bincang tentang hero kegemaran ramai ini: ...
-
Haaaah~!! Mak kau~!! berabok blog ni! dah macam 10 tahun x penah bukak~! hahahahaaa maaf lah ye buat mereka-mereka yang merindui saya(ada ...
-
Assalammualaikum! Hye! Hello! Apa Khabar?! Ni Hao! 안녕하세요!! (greeting panjang sikit!) Haha. Lama dah x update blog ni(cliche!)... hahahaa....
-
오.... 진짜 대박인데!!! Wah... entry kali ni, mesti korg pk pjg jup, ape bende tibe2 dream high ni kan? hahaha. Memang dream high betul!! :p Dream ...