Friday, October 2, 2009

Kengkawan lamerrrku...

Semalam ada meeting dengan BYTES=Editorial Board fakulti. Janji pukul 9.00 mlm. Saya dan Khairan pun bergegas pergi memandangkan ini meeting pertama selepas satu semester berlalu. Memang geram sebab tak ada sesiapa yang tunggu. Sudah lah kami kene tunggu di Laman Najib tu dalam 15 minit. Akhrinya ada seorang mesej beritahu tentang tempat meeting.

Cuma ada 5 orang. saya tertanya-tanya; mana ahli BYTES yang lain?. Takkan ramai ni je yang nak buat kerje?. Ada seorang lelaki yng datang menghampiri kami, mengedarkan majalah BYTES sesi 2008. Berbincang2...akhirnya 2 orang ahli baru bertanya;
BYTES ada tak buat dinner ker? Makan malam ke?... Saya terasa. Bukan kerana memang tidak pernah ada, cuma, kami tak pernah terfikir pun nak buat majlis keramaian macam tu. Saya cuba mendalami apa yang difikirkan mereka. Tanpa sempat Aho menjawab, mereka bertanya lagi; Masuk BYTES ni dapat sijil kan?. Saya cuma tersenyum sinis. Di dalam hati saya berkata; Kalau tak dapat nak keluar ke?. Saya tahu kenapa, diorang masuk BYTES suntuk nama, jawatan, sijil, makan malam percuma di hotel, populariti, bukan dengan objektif ingin menghasilkan majalah terbaik untuk pelajar baca, nak tunjukkan kepada orang luar, tentang kelebihan FSKM di UiTM ni, bukan dengan niat berbakti untuk masyarakat(ceh)!.

Saya sendiri tak rasa sijil BYTES ni boleh bantu kita mencari kerja(mungkin boleh), cuma saya masuk BYTES ini untuk kepuasan. Dapat join teamwork macam ni memang kegemaran saya dari sekolah. Kalau dulu di sekolah, dari form 1 sampai form 5, jawatan dari ahli Unit Publicity sampai lah ke Ketua Unit, masuk KMJ, dapat jadi Marketing Manager pulak, dan sekarang, Reporters pulak...rasanya semua tu sekadar untuk kepuasan sendiri. Seronok buat bende macam ni... menyibuk2 kan diri dengan segala xtvt student...ngahaha.

hurm.....rasanya benda2 ni buat saya rindu pada team yg pernah kerja sama-sama dengan saya dulu...Team dekat KMJ-Buletin(Shuha, Ryn, Afiq, Syazwan,Thirah, dan semua orang lagi[sory x dpt mention semua]), dkt MRSM Mersing-EdBoard(Miss Ezi, Miss Ina, Wafi, Afiqah, Helmi, Fizah, Od, {ramai lagi..])... Itu semua team yang paling seronok yang pernah saya jumpa dalam hidup saya...truthfully... huhuu...

Sedeynyer bile ingat kat semua orang. Harap-harap semuanya dah berjaya, sama-sama berjaya. Masing-masing dah ada jalan sendiri. Mungkin dah lupa pada saya. Tak apa. Janji kita pernah kerja sama-sama.Itu pun dah cukup untuk saya(ceh...dramatik pulak..)...

Oklah, tengah kelas ni. saya cuma curi2 masa nak tulis kat sini. Haha. nanti saya post update novel. Nak siapkan chapter 10 tuh dah x sempat lah. BZ sangat!!!!! Okay?? Chiau!

Popular Posts