1. pe bnda yg paling penting dlm hdup korang?
hmm... fikir kejap. Laptop?
Syifa' pernah berkata : Yuha dan laptop tidak dapat dipisahkan. Hahaha.
Beliau juga pernah berfalsafah: Kalau korang campak Yuha kat dalam gua, kat hujung hutan, bagi dia laptop dengan broadband, gerenti hidup punya la... hehehe
Hmm... iye la tu Syifa'.... kihkihkih
2. benda terakhir korang beli gune dwet sendiri.
Benda terakhir yang dibeli dengan duit sendiri adalah milo blended. Hehehe. Beli milo blended yang cik nana(jiran depan rumah) jual. Hahaha. Itupun siap belanja natasha dengan najwa. Sweet x??? kihkihkih. tapi, milo blended cik nana memang feveret. Terbaik!!! :)
3. di mana korang nk melangsungkan perkahwinan korang
Kahwin? Kahkahkah. Angan-angannya nak buat kat rumah je., Nak buat se'tradisional' yang mungkin. Pernah terfikir nak buat dekat hotel, tapi, macam grand sangat je... tengoklah bakal suami macam mana.... hahahaha
4. adakah korang sedang bercinta sekarang ?
Ini soalan sensitif ni... tidak. Saya 'single but not available'. Sorry! Hehehe...
5. berape lame korang akan menyintai kekasih korang?
Hmm... Perlu limit ke untuk mencintai orang? Hahaha,,, insyaALLAH, seandainya, berjumpa mereka yang sesuai dipanggil jodoh, sudah tentu akan meyintainya selama-lamanya... eceh!
6. dimane korang selalu jumpe kekasih korang ?
Kalau dulu, selalu jumpa dekat shopping complex. Tengok movie ke, makan ke... tak pun, paling rajin pergi kedai buku. Nanti kitorang lepak lama gila dekat kedai buku,,,, sebab dua-duanya sukakan buku! tapi, tu dululah......
7. novel/ buku/ majalah yg terakhir korang beli ?
Majalah terakhir yang dibeli adalah CLEO. Buku terakhir....hmmm.... tak ingat. Tapi, CLEO memang feveret. Bak kata mak: tu buku iklan + katalog. Buku shopping! haha!
8. apekah name penuh korang
Hai~ ini yang kita panggil soalan random. kahkahkah.
Nama diberi: Yuhanna Md Aris
Panggil saya YUHA @ HANNA.
susah nak cari orang yang namanya YUHANNA!
9. antare mak n ayah korang, mane korang lg mesra?
Saya biased orangnya. Saya lagi rapat dengan mak! Dengan ayah? Biasa2 je lah,,, tapi, kalau bab2 mintak duit nafkah ni dari mak! Hehehe
10. namekan org2 yg betol2 korang nk jumpe dlm hidup.
Ada 2 manusia yang saya betul-betul nak jumpa dalam hidup.
1. Lee Seung Gi . Kenapa? Sebab saya mengagumi dia. Dia antara manusia berbakat, pandai, yang memberikan 'impression' yang baik terhadap saya. Dia menjadikan saya manusia yang positif. Wahh.... bagusnya! Teringin nak jumpa dia in-person!
2. Mark Zuckerberg. Kenapa? Saya suka untuk mengenali personaliti orang yang pelik2 macam dia ni! Haha..
11. adekah korang basuh baju sendiri ?
Kalau dekat rumah sewa, tidak. Diakui, abang dobi yang lembut itu tolong basuhkan. Hahaha.
Kalau dekat rumah betul, ya. Tugas membasuh pakaian adalah tugas wajib saya. Hahaha. :)
12. di mane tempat yg korang betol2 nk g ?
London. Kenapa?
1. Saya suka dengar loghat english-britain. Stylo!
2. Dengar kata, London ramai orang yang pandai2. Hmm... macam mana lah hidup dalam kalangan orang yang pandai2 ni ye...
3. Tengok dekat google, bandar London macam klasik je. Best & romantic!
13. pilih salah satu peluk atau cium..
Nak HUG!!! Hehehe. Bila dipeluk, kita rasa sweet & selamat je. Rasa senang hati & damai(ceh!). Kalau cium macam gatal je,,,, kihkihkih
14. beritahu 3 perkare tentang org yg tag korang
Orang yang tag saya sangat sweet.
She's adorable & understanding.
She'd always being a good & nice friend.
Thanks for everything Naney!
15. 5 benda yg korang syg sgt dlm hdup korang
1. Laptop
2. Rantai. Mak bagi waktu 1st birthday . Siap ada loket huruf 'Y' lagi,,, hehehe
3. Hard Disk. Ini memang paling sayang! Banyak cerita!!!!! ;p
4. Hadiah2 yang kawan-kawan bagi. Terima Kasih kawan! I'll treasure them, I swear!
5. Kasut sukan. Tak tahu kenapa, sayang betul dekat kasut sukan tu! Mungkin sebab itu kasut paling mahal yang pernah dibeli seumur hidup ni! Hahaha...
16. 5 lagu korang suke n selalu dengar
Hahaha. Ni semua lagu feeling ni... hahaha cuba la dengar! ;)
17. bile tarikh lahir korang n korang sambut besday bile tahun lepas.
Tarikh lahir: 20 Julai 1989. I'm 21st!
Sambut birthday paling best, bila my classmate buat surprise party dekat padang rumput(?) yang dekat dengan Grand Blue-Wave Hotel.... hehehe... Dengan cheese cake yang Syifa' buat,,, ahh~ sweetnye korang...
18. tujuh org blogger korang nk tag
Mak ai~ 7 orang??hmm...
1. Dayana
2. Wanie
3. Naney (Boleh tag dia balik x?)
4. Izzatul
5. Ejah
6. Amy (Eh, tak tahulah kenapa kena tag dia ni... hehe)
7. Nik.
19. cerite sikit pasal blogger pertame yg korang tag
Baik.
Nama penuh dia Siti Dayana Ishak.
She's a good friend of mine since high school.
She's pretty cool, and she's got style(?). Hahaha
I like her honesty, understanding.
She's always been there for me.
We've been trying to see each other since last year, but something keeps avoiding us.
She's one of my coolest, greatest, wonderful, and adorable friend in my life!
I Love You, Dayana!!!!
Fuh~ Lega! Banyak betul soalan nak kena jawab. Haha. Tak pe2, yang penting puas.
This 'tagging' thing is cool! ;p