Saturday, November 20, 2010

Yoo Ha Na & Yoo Han Na

Semalam, saya sedang mencari sedikit isi maklumat untuk penambah-baikkan novel, apabila, saya terjumpa sesuatu.

Rupa-rupanya ada seorang pelakon wanita berbangsa Korea yang memiliki nama yang unik seperti saya, Yoo Ha Na. Wahaha. Sungguh terkejut + bangga!
Apa kata kita tengok-tengok sikit tentang Yoo Ha Na ni. Banyak bezakah dia dengan saya?
Hahaha...



Baik. Dari segi, gambar, memang berbeza. Ternyata, saya lebih comel(?).

Dari segi biodata dirinya pula bagaimana?

Nama: Yoo Ha Na
-Kami memiliki nama keluarga Korea yang sama; Yoo.
-Ini bermakna, kami bersaudara(kalau ikut tradisi masyarakat Korea)
-Nama juga hampir sama; Yoo Han Na (Nama saya)

Tarikh Lahir: 22 Mac 1986
-Saya pula dilahirkan pada 20 Julai 1989
-Maka, dia lebih tua daripada saya. Kakak rupanya.
-Kami lahir dari zodiak yang berbeza, kemungkinan besar personaliti juga banyak bezanya. Hahaha

Tempat lahir: Seoul, Korea Selatan
-Tempat lahir saya ialah Johor, Malaysia.
-Saya rakyat Malaysia, dia rakyat Korea (sudah tentu)
-Saya berbangsa Melayu, dia berbangsa Korea.

Setelah dibuat kajian secara terperinci, ternyata, yang sama di antara kami, hanyalah, nama, jantina & kebolehan berbahasa(Korea & Mandarin).

& untuk pengetahuan juga, antara drama paling menarik, saya sendiri pernah tonton, yang di lakonkan beliau adalah, My Lucky Star.

Kepada, akak Yoo Ha Na ni, kalau terbaca tulisan blog ini, sila tinggalkan komen. Hahaha.
;p

Popular Posts