Oleh kerana saya terfikirkan watak 'Ali' adalah terlalu naif, jadi, saya mengambil keputusan untuk menukar nama tersebut, dan berikut adalah watak-watak yang ada di dalam novel saya setakat ini:
1) Azua Syahirah
*UP: Nama ini hadir di dalam kotak inspirasi saya, ketika saya dan adik saya bermain dengan keyboard di rumah, dan idea untuk menghasilkan novel ini turut tercipta*
2) Azam Syahir
*UP: nama mereka adalah hampir kerana mereka adalah kembar*
3) Naqib
*UP: Ini adalah ganti bagi nama watak 'Ali'. Terima kasih kepada Nur Husnani di atas idea kamu untuk menggunakan nama adik kamu*
4) Adam
*UP: Pada awalnya, nama ini dipilih sebagai placebo seperti nama 'Ali', tapi, lama-kelamaan, nama ini menjadi sesuai mengikut watak dan latar cerita"
5) Syifa'
*UP: Kali ini, terima kasih kepada salah seorang sahabat saya kerana telah memberikan inspirasi dalam mencipta watak 'Syifa'' dan sekaligus, menggunakan nama beliau sebagai satu penghargaan*
6) Nazlyn
*UP: Jangan terkeliru. Ini adalah watak seorang perempuan. Oleh kerana, saya menggunakan nama Naqib sebagai abang kandung watak ini, maka, nama beliau juga harus sepadan.*
7) Puan Sofea
*UP: Watak ibu kepada protagonis ini seharusnya lebih menonjol, namun, penggunaan nama Sofea lebih merujuk kepada mereka yang berperwatakkan lembut, namun tegas dalam membuat keputusan. Itu yang saya fikirkan, oleh kerana itu, nama ini agak sesuai di mata saya*
8)Encik Halim
*UP: Bunyinya ringkas, biarpun wataknya adalah bapa kepada protagonis. Saya cuba memikirkan nama seseorang yang pendiam, namun, dalam sifat pendiamnya, turut ada sedikit belas kasihan dan kasih-sayang kepada anak-anaknya, cuma sekadar tidak mampu diluahkan.*
9)Datuk Nujaid
*UP: Ini juga idea daripada Nur Husnani, yang mana, nama 'Nujaid' adalah milik abang beliau. Watak ini, adalah watak seorang yang sangat berjaya di dalam perniagaan, namun hidup di dalam kekesalan dan kesalahan itu diulangi anaknya, Naqib. Saya ada terfikir untuk menukar pangkat Dauk kepada Tan Sri, namun masih dalam proses pemikiran*
10)Datuk Akhbar
*UP: Ini adalah antara watak yang menggerakkan jalan cerita novel ini. Watak ini milik bapa kepada Adam*
11) Wafi
*UP: Watak sebagai bekas kekasih kepada Syifa', namun, watak ini sebenarnya lebih menonjol kepada seorang lelaki yang saya kenali. Watak ini berbentuk peribadi bagi saya.*
& masih ada beberapa watak lain yang sangat ringkas, namun sedikit-sebanyak membantu dalam menghidupkan jalan cerita kisah ini.
Untuk bab yang seterusnya, saya berikan nama sebagai The Last Sonata, saya merujuk bab kali ini dengan 3 karya terakhir milik Schubert iaitu, 958, 959 & 960. Saya harap jalan cerita akan menjadi lebih & semakin menarik!
*Cita-cita: Saya betul-betul ingin menjadi seorang penulis(sampingan), & saya betul-betul ingin menerbitkan novel saya yang kali ini. Saya amat teruja!
Thursday, November 18, 2010
Perubahan watak di dalam novel
2010-11-18T23:47:00+08:00
yuhanna
My Novel|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Hari ni.... kita sambung masked rider boleh tak?? Oleh kerana keboshanan tahap tinggi, jadi, kita bincang tentang hero kegemaran ramai ini: ...
-
Haaaah~!! Mak kau~!! berabok blog ni! dah macam 10 tahun x penah bukak~! hahahahaaa maaf lah ye buat mereka-mereka yang merindui saya(ada ...
-
Assalammualaikum! Hye! Hello! Apa Khabar?! Ni Hao! 안녕하세요!! (greeting panjang sikit!) Haha. Lama dah x update blog ni(cliche!)... hahahaa....
-
오.... 진짜 대박인데!!! Wah... entry kali ni, mesti korg pk pjg jup, ape bende tibe2 dream high ni kan? hahaha. Memang dream high betul!! :p Dream ...