Ini ialah sambungan cerita tentang kamen rider. Tapi, macam penat je nak cerita semua kan.. ada 21! Jadi, saya sambung dengan Kamen rider siri ke-12! Kenapa yang ke-12?! sebab, Kamen Rider Ryuki adalah kamen rider pertama yang saya tonton!! i like!! :)
Tajuk : Kamen Rider Ryuki (Masked Rider : Dragon Knight)
Debuted date: 3rd February 2003
Siri ini ada 50 episod tepat-tepat.
Siri Kamen Ride Ryuki ni adalah feveret saya! Maybe sebab dia yg first kan... ala-ala first love gituh!
Hero dia yg pakai baju merah tu, ryuki.
Apa yang menareknye Kamen Rider Ryuki ni, ialah jalan ceritanya.
Secara ringkasnya, ia mengisahkan tentang seorang penulis, Shinji Kido, yang tgh buat story tentang kehilangan org. Suatu hari, tgh dia pusing kat kawasan kejadian seorang mangsa, dia terjumpa deck kad kuasa(ceh!) kamen rider yang dipanggil (Advent Card decks). Tanpa disedari, dia termasuk kedalam dunia cermin yang mana, dunia cermin ni adalah satu-satunya tempat kamen-kamen rider ni bergantung kuasa. Tapi, dia terjumpa dgn mangsa2 yang hilang ni kat dlm dunia cermin tu. Rupa2nya, mereka diculik oleh raksasa dunia cermin, sebagai makanan raksasa tu lah lebih kurangnya. Dia hampir dibunuh, tapi, kemudian diselamatkan oleh Kamen Rider Knight(yg pakai baju hitam tu), Ren Akiyama....
Haa.. lebih kurang gitulah citernyer... haha.
Alamak! macam kacak je hero dia... kuikuikui. Hero diatas bernama Takamasa Suga. Seorang
rakyat Jepun yang dilahirkan pada 19 October 1977. Abang Takamasa ni memang sangat-sangat terkenal dengan watak dia sebagai ryuki ni.
pergh... stylo x??? kihkihkih...
Selain daripada pergaduhan dan pemukulan, cerita ni jugak mengandungi nilai-nilai murni serta pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Contohnya macam Ren ni.
Ren ni sebenarnya, tujuan dia jadi rider sebab dia nak menang satu pertandingan antara rider iaitu, Rider War. Kan dah salah niat tu... Yang Shinji pula, tujuan dia ambil kuasa Rider yang dia jumpa tu sebab, kebetulannya dia nak selamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap di dalam dunia cermin tu. Last2, dia terpaksa join Rider War, sebab dia antara rider yang tinggal waktu pertandingan akhir rider (dalam episod 43 kot...). isk3.. kesian dia...
Selain drpd itu, info menarek dalam kamen rider ryuki ni, ia sudah di'english'kan, pada tahun 2009 oleh American Televisyen Station dgn tajuk yang sama, dan sedang ditayangkan di TV3, setiap Ahad, jam 7.00 ptg. Korang tengoklah! hehehehehe