Tajuk post kali ini diakui agak kurang menarik. Hahaha,,
Kenapa dengan Yuhanajwa? Siapa dia? Apa yang penting tentang dia sampai kena post kat blog?
Baek. Begini ceritanya.
Saya sedang duduk termenung dihadapan laptop sambil jari-jemari bermain-main dengan tetikus di sisi. Tiba-tiba datang seorang gadis duduk di sebelah saya.
Gadis: Hah!!!(dengan gaya buat-buat terperanjat), itu blog akak!!!Saya: (dengan muka menyampah) Kau nak apa?Gadis: Akak, cerita lah pasal kita....Saya berfikir sekejap. Hmm.. tengah tak ada idea jugak ni...Saya: Serius? Kau nak...?Si gadis itu pula terdiam. Kemudian, sambil memandang saya dengan wajah yang konon-kononnya malu-malu, dia berbisik..Gadis: Tapi, cerita yang baek2 je tau! Yang positif!Hish! Tak malu punya budak! Kahkahkah...Itu yang datangnya tajuk post kita kali ini. Dan, demi keadilan, saya akan post tentang 4 orang lagi gadis di dalam rumah ini, untuk post2 yang seterusnya. Tak kisah lah boring sekejap kan?? hehehe...
Kita mulakan....
Nama dia Yuhanajwa Md Aris.
Di rumah, kami memanggilnya 'Najwa'.
Di luar rumah, kawan2nya memanggilnya 'Yuha'.
Ya, saya tahu. Itu nama panggilan saya. Memang. Memang dia curi. Kihkihkih.
Lahirnya pada 29 Mei 1996.
Tarikhnya sama dengan satu-satunya jejaka di dalam rumah
ini, Ayah. Cuma tahunnya lain (sudah tentu).
Perangai mereka berdua pun hampir sama.
Dia anak ke-3 daripada 4 orang adik-beradik.
Pendidikan:
5 tahun selepas di lahirkan, mak & ayah mendaftarkan beliau ke Tadika KEMAS, BN 6, Kem Bakri Muar. Tamat pengajian di Tadika KEMAS, beliau melanjutkan pelajaran di dalam darjah 1, di Sekolah Kebangsaan Prt Hj Zain, Bakri, Muar. Malangnya, beliau tidak sempat menamatkan pengajian sehingga ke darjah 6 kerana keluarga kami berpindah ke Tampoi, Johor Bahru, Johor.
Biarpun terpaksa berpisah dengan rakan-rakan, dan guru-gurunya(lebih-lebih cikgu Chew kesayangannya), beliau gigih meneruskan pengajiannya ke Sekolah Kebangsaan Taman Kenanga(sekolah itu sebelah rumah sahaja), & akhirnya berjaya menamatkan sekolah rendahnya dengan keputusan UPSR(FYI:Ujian Penilaian Sekolah Rendah)nya 5A. Cukup cemerlang. & kerana kecemerlangan itu, beliau ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di dalam sekolah menengah di (SIGS)Sultan Ibrahim's Girl's School, Johor Bahru. Beliau kini masih meneruskan pengajian di Tingkatan 2 di sana.
Peribadi:
- Kami memanggilnya sebagai anak ayah. Hal ini kerana beberapa sebab:
1)Kerana tarikh lahirnya sama dengan ayah.
2)Kerana perangai mereka sangat sama, dari segi kuat merajuk, muncung, marah-marahnya dan style mereka merajuk. Memang sama. Confirmed. Kahkahkah...
- High-tasted.
1)Memang high-tasted. Mungkin kerana pengaruh kawan-kawan di sekolahnya(sekolah budak2 kaya + pandai)
2)Pakaiannya semua mahal-mahal. Kasutnya harus berjenama.
- Cerewet. Macam ayah.
- Taste dia pada lelaki agak pelik. Lelaki-lelaki yang dia minat, semuanya pelik-pelik.
- Pandai. Kalau rajin belajar.
- Suka pada stuff korea+japan+taiwan.
- Dia suka menyanyi dengan gaya & bunyi yang pelik2.
- Dia memiliki wajah yang sentiasa mempunyai papan tanda tertulis :Mari lempang wajah saya. Memang terasa nak melempang setiap kali dia buat muka.
- Setakat ni, dia manusia yang paling kedekut yang pernah saya jumpa dalam hidup. KEDEKUT GILER!
- Suka mengambil kesempatan di atas kakak-kakaknya yang baik dan chomey ini.
- Cita-citanya ingin menjadi seorang doktor...
- Dia suka membasuh pakaian, tetapi tidak suka menyidainya. Maka, setiap kali selesai membasuh baju, dia akan berteriak "Akak! Sidai!"
- Dia sukakan novel. Hampir 70% daripada novel-novel yang tersusun di rak adalah milik beliau.
- Beliau suka buat sit-up + bumping bila ada masa. Konon-kononnya nak kempiskan perot. Hmmm... kempis ke?
- Setiap pagi @ petang, seandainya gelanggang di depan rumah kosong + bersih, pasti dia akan menjerit, "Mak!@Akak! Badminton yok!"
- Setiap hari, dia perlu minum sekurang-kurangnya satu cawan kopi@nescafe yang dibancuh bersama Coffee-Mate(Entah sejak bila jadi hantu Coffee-Mate ni)
- Bahasa yang digunakan sehari-hari juga agak kasar. Hmm... Saya berpendapat ini juga pengaruh rakan-rakannya. isk3x...
- Dia lebih tinggi daripada saya!
hmm... rasanya dah cukup banyak tu...
oh! ya, dia juga mengingatkan supaya saya tekankan: I'm Single!!!! & of course Available(?).
biarlah dia. Kahkahkah..
Oh ye, dah ada request daripada my 2nd sis. Okayh! Next post!