Jangan rasa jauh.
Jangan rasa jatuh.
Dengar hati berkata "Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya".
Jangan menyalahkan situasi, keadaan & masa.
Apa yang terjadi itu, adalah kehendak-Nya.
Ia milik kita.
Ia menjadi milik kita apabila, usaha yang tertabur, melimpahkan hasilnya.
Jika banyak usahanya, banyaklah hasilnya.
Jika baik usahanya, baik jugalah hasilnya.
& Jika sedikit usahanya, sedikit jugalah hasilnya.
Dan daripada itu, bersyukurlah.
Kita masih diberikan peluang, memperbaiki usaha itu.
Biar yang jatuh tadi, dijadikan pengajaran.
Buat kita tidak terjatuh lagi.
& Biar yang berjaya itu, dijadikan peringatan.
Nak berjaya bukanlah mudah.
Berjaya tidak perlukan bakat.
Berjaya perlukan usaha.
Jangan sampai jatuh terhentak, hanya kerana kegagalan sementara.
kerana,
Bisa hentakan jatuhan itu mampu melumpuhkan kita, selamanya.