Wednesday, February 2, 2011

Pagi tadi!

Pagi tadi, saya bangun lambat. Okayh, itu x penting! ada yang lebih penting di sini yang ingin diceritakan.
Baik. Saya ingin bercerita tentang pengalaman saya setiap pagi. Bunyi macam x penting je, tp SANGAT! penting okayh!
1) Saya menaiki kereta ke tempat kerja. Setiap pagi, mesti akan jammed giler2. Jammed separuh nyawa. Kadang2, jammed teruk sampai depan rumah! (melampau!). Satu hari, sedang kereta saya tersekat di tengah jam, datang sebijik moto laju giler babeng! Menyelit je gitu! Dalam tgh laju2 tu, ada sebuah kereta bungukz nak tukar lane pulak time2 cmtuh. Memang sengal itu kereta. Kerana kedodollan kereta itu, motor itu terpaksa brek mengejut! Nasib baek dia pakar membrek sebab dia berhenti betul2 lagi 3 cm nak langgar pintu kereta tu!
Bila dah selesai proses tukar lane tadi, motor itu berhenti dihadapan kereta tadi sambil menunjukkan jari tengahnya yg chomel! i like that motor!

2) Kali ini naik kereta lagi. Ketika, kami berhenti di simpang empat nak masuk uda. Dekat traffic light tu. Dalam kesimpangan dan kesiuran jalan kat situ, kelihatan seorang manusia sedang berjalan-jalan dengan slumbernye. Orang Kelly-Ng rupanya! (sapa x faham Kelly-Ng tu apa, buat2 faham yer...) Ayah saya cakap, giler Kelly-Ng ni! Kena langgar jugak! Haa,,, saya pun tengok! Memang giler! dia tengah membebel marahkan papan tanda dekat jalan tu. Lepas tu, bila ada kereta lalu, dia menjerit marah kereta tu, tapi, kaki dia bergerak je melintas jalan. Sambil melintas tu, dia marah semua benda yang ada kat situ!! Teringat babak citer my girl, yang time minah Joo Yoo Rin tu mabuk, marahkan Seol Gong Chan! Dia marah semua benda yang menghalang laluan dia, sama macam pak cik Kelly-Ng tu!! Tapi, tak sempat nak tgk ending nye cammaner sebab line saya dah jalan da~ hahahahaha

3)Hari ni, naik motor pulak! Senang, tak payah nak tunggu jammed. Tapi, cuti sekolah kan, jammed x teruk sangat. Baek. Begini ceritanya, sampai sahaja di simpang masuk berhampiran sebuah sekolah agama(?) kot, motor kami tengah laju jalan tanpa niat untuk membelok! Tiba-tiba, datang sebuah iswara putih W*U 6**0 (memang saya observed pemandu-pemandu yang cam celak* sikit sejak accident. Hahaha.) depan simpang tu, pasang signal, depan kami yang tgh laju tu jugaklah dia belok! Nasib baik ayah saya tangkas menunggang, cepat-cepat brek urgent(brek yg jarang digunakan). Ayah saya hon kereta mangkuk tu giler2!! Kalau ayah x cekap tadi, memang kami dah hentam dah kereta burok tu!

satu hal yang paling geram, ayah saya tengok kereta tu x ada niat langsung nak berhenti/ menunjukkan sign hon meminta maaf (siapa2 yang selalu drive mesti faham), ayah saya pusing balik, masuk kat tempat yang kereta tu masuk! Kami cari kereta tu, jumpa!

Ayah saya suruh pak cik tu turunkan tingkap, dengan nada tegas(polis lah katakan!). Mak eyh, ustaz rupanya!!!! bini dia bukan maen, tudung labuh seyh, anak2 dia ada dalam kereta tu, pakai kopiah seyh semua! Dia pun pakai kopiah jugak!!

Ayah: Abang, kenapa abang masuk macam tu je tadi?!
Pak cik tu: Saya? Betul lah, saya dah bagi signal.
Ayah: Iye, bagi signal itu betul, tapi, saya naik motor ni rapat sangat dengan kereta abang tadi! Naye orang tu namanya bang! Nasib baik saya sempat brek! (dgn nada sbg seorang polis!)
Pak cik tu: Iyelah bang. Assalammualaikum!

Dia terus bla! Kurang ajar punya pak cik!! Bukan reti nak mintak maaf!!!!

Ayah saya dengan macho & geramnya, terus amek number keter! Saman atas kesalahan memandu secara merbahaya! jangan main2! Denda dia beratus jugak tu!!


gambar hiasan semata-mata

Jadi, kesimpulannya disini:
Bagi sahabat-sahabatku yang sudah bergelar pemandu, jadilah pemandu yang berhemah. Jaga keselamatan diri, & keselamatan driver lain. Ingat, jalan tu, jalan untuk orang ramai!
Jagalah manner ada sebagai seorang pemandu.
Lagi-lagi, bila memandu di jalan yang sibuk,, jangan sesekali gelojoh!!
Semua orang nak sampai ke tempat tujuan dengan selamat & cepat!!

Popular Posts