hari hari pun terasa macam makin banyak benda yang berlaku.
tahun baru,
tahun ni sangat bermakna.
ianya betul-betul tahun yang baru.
tahun yang lama; selamat tinggal.
semoga segala sejarah hitam di tahun yang lama terus tersimpan rapi.
jangan dibongkar sekali lagi.
jangan diulang.
itu adalah sejarah,
kalau boleh: jangan diingat.
Biar secebis.
tahun yg lama itu satu pengajaran.
pengenalan kearah hidup yang kompleks.
pengalaman hidup yang paling memberi makna.
cuma ia bukan sesuatu untuk di kenang.
ia sesuatu yang mengajar supaya "MEMPERBAIKI"
apabila buku tahun yang lama ditutup, hati terasa lega,
memandang kepada buku baru dengan;
kulit buku begitu cantik, hard-cover, lambang semangat. ketegaran hati.
menyelak buku yang baru, ternyata: pengenalannya lebih banyak tersenyum.
isi kandungannya terasa lebih manis. lebih tebal.
dan isi bukunya lebih ringan.
lebih jelas. lebih indah untuk ditatap.
terdapat penghargaan kepada buku lama.
ungkapan TERIMA KASIH yang berulang-ulang.
untuk pengalaman.
untuk pengajaran.
untuk segalanya.
dan biarkan buku lama itu tersimpan rapi.
jangan dibuka.
biar sedikit pun, jangan dijeling kembali.
buku yang baru sedia menanti.
n_n
Sunday, December 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Hari ni.... kita sambung masked rider boleh tak?? Oleh kerana keboshanan tahap tinggi, jadi, kita bincang tentang hero kegemaran ramai ini: ...
-
Haaaah~!! Mak kau~!! berabok blog ni! dah macam 10 tahun x penah bukak~! hahahahaaa maaf lah ye buat mereka-mereka yang merindui saya(ada ...
-
Assalammualaikum! Hye! Hello! Apa Khabar?! Ni Hao! 안녕하세요!! (greeting panjang sikit!) Haha. Lama dah x update blog ni(cliche!)... hahahaa....
-
오.... 진짜 대박인데!!! Wah... entry kali ni, mesti korg pk pjg jup, ape bende tibe2 dream high ni kan? hahaha. Memang dream high betul!! :p Dream ...