Monday, December 21, 2009

ROMEO & JULIET

ASSALAMMUALAIKUM sahabat-sahabat sekalian(eceh!),




cbe tengok tajuk dia: 2 Great Plays of Shakespeare, sebuah buku tulisan ringan DK SWAN keluaran LONGMAN CLASSIC.

Dalam buku ni, ada 3 story yg memang popular drpd SHAKESPEARE iaitu:
1) Romeo & Juliet
2) MacBeth(ala, yg kite belajar sajak, LIFE BRIEF CANDLE tuh)
&
3)King Lear.

yang saya suka nak highlight kt sini ialah ROMEO & JULIET. Hehehe.

Story yang simple, ringan but interesting.
Bagi yang tak brp nak clear dgn cerita dia, biar saya story sikit:

ROMEO & JULIET mengisahkan tentang cinta terlarang antara Romeo Montague dan Juliet Capulet. Keluarga Montague sangat dikenali dengan sikap, suka berperang, mempunyai ramai musuh dan keluarga bangsawan yang terkenal dan dihormati, manakala, Keluarga Capulet, merupakan musuh terbesar bagi keluarga Montague. Kedua-dua keluarga merupakan keluarga bangsawan terbesar di Negara Verona, tempat tinggal mereka.

Romeo adalah seorang lelaki yang tidak menggemari peperangan dan pergaduhan. Seandainya berlaku sebarang pergaduhan, dia akan melarikan diri dan bersembunyi di sebalik semak samun. Sikap keluarganya langsung tidak digemari.
Lord Montague dan Lady Montague sungguh bimbang dengan sikap Romeo yang suka memencilkan diri, akhirnya mengambil keputusan untuk mengahwinkan Romeo dengan Rossaline, namun Romeo menolak kerana menganggap Rosaline tidak mencintainya.

Manakala, Count Paris, sepupu Escalus, Putera Negara Verona sudah mula melamar Juliet Capulet, namun keluarga Juliet menolaknya dengan alasan, Juliet masih muda. Mereka kemudian memberitahu supaya Paris menunggu 2 musim panas lagi, sebelum Juliet dikahwinkan.

Pada suatu petang yang indah(eceh!), ketika Romeo sedang bersembunyi di sebalik semak samun kerana pergaduhan berlaku lagi didalam keluarganya, dia ternampak Juliet yang sedang berjalan-jalan disekitar kawasan itu. Mata Romeo terpana dengan kecantikan Juliet, lalu melamar Juliet menjadi kekasihnya.

Masalah berlaku apabila keluarga Juliet ingin mempercepatkan perkahwinan Juliet dengan Count Paris. Friar Laurance, seorang paderi yang baik bersedia untuk membantu Romeo dan Juliet berkahwin.

(klimaks nya disini..)

Dengan bantuan Nurse, sahabat baik Juliet, Nurse memberikan Juliet sejenis ubat yang membuatkan Juliet tertidur selama 48 jam. Seandainya Juliet tertidur, keluarga Juliet akan menyangka juliet telah membunuh diri kerana tidak mahu berkahwin dengan Count Paris. Friar Laurance pula berjanji untuk menulis surat kepada Romeo tentang rancangan mereka.

Pada hari perkahwinan Juliet, Juliet telah mengambil ubat tersebut, lalu tertidur. Keluarganya benar-benar menyangka Juliet telah mati lalu memberitahu orang ramai yang hadir, bahawa juliet telah membunuh diri. Berita itu sampai kepada Romeo, yang pada masa yang sama, surat daripada Friar Laurance belum sampai kepadanya.

Romeo bergegas kerumah Juliet sambil membawa sebotol racun. Dia kemudian membunuh diri disisi Juliet kerana menyangka Juliet telah mati. Apabila Juliet sedar, melihatkan Romeo disisinya, Juliet berasa kesal. Lebih-lebih lagi, Romeo menghabiskan sebotol racun tersebut meninggalkan sedikit pun sisa untuknya.

Juliet akhirnya mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan menikam jantungnya menggunakan pedang milik Romeo.

Huhuhu...
Kelakar betul cerita ni.
walaupun dia agaka-agak romantik juga, tp, still, tak berapa nak logik di zaman sekarang.
Memang lah tak betul.

Popular Posts