Assalammualaikum~!!
Good Afternoon~!!
Hari ini
hari Sabtu, and luckily, mood saya baik~!( tak tau apa motif saya bagitahu ß dah tak da modal gaknye nak cakap apa lagi)
Hahahaa..
Sebenarnya,
hari ni, saya nak bawakan kepada anda sebuah kisah yang saya rasa sangat
menarik hati (eceh~!) dan macam biasa lah, drama korea! Hahahaa.
Intro:
Cuba anda
bayangkan, suatu hari, anda menerima satu tugas yang memang penting, anda dah
cuba yang terbaik untuk jayakan tugasan tu, tapi, tiba-tiba nasib malang
menimpa. Anda dibuang kerja. Pada masa yang sama, anda di diagnosis sah
menghidap penyakit dah final stage, tinggal tunggu masa je bak kata orang.
Uih., banyak sangat kebetulan, tak boleh terima, susah nak bayangkan. Mesti
anda fikir macam tu kan?
Tapi, tidak
untuk drama yang saya nak cerita kali ni. Sebuah drama yang mengisahkan tentang
kehidupan seorang wanita, yang berusia di awal 30-an, bekerja di sebuah
syarikat pelancongan sebagai staff bawahan, dan masih belum berkahwin. Biarpun
dia hanya bertugas sebagai staff yang sentiasa di buli, di pandang rendah oleh
pekerja-pekerja yang lain, namun dia sentiasa memberikan yang terbaik dalam
melaksanakan tugasnya. Sehinggalah suatu hari, dia diminta untuk melayan
seorang pemain piano antarabangsa, Andy Wilson, seorang Muslim yang datang ke
Korea untuk World Tour Concertnya. Andy Wilson meminta syarikat Line Tour di
mana tempat Lee Yeon Jae bekerja untuk attend dia selama satu hari, namun,
tiada seorang pun staff yang berani melayan dia sebab Andy Wilson ni terkenal
dengan sikap panas baran dan sangat cerewet. Lee Yeon Jae akhirnya bersetuju
untuk menjadi tour guide Andy Wilson selama sehari, sekiranya beliau diberi
cuti peribadi kerana beliau ada appointment dengan doctor.
Namun, nasib
malang berganda-ganda menimpa Lee Yeon Jae apabila, beliau berhadapan dengan
masalah dengan makanan yang disediakan untuk Andy Wilson. Nasibnya bertambah
malang apabila sebiji cincin permata yang besar milik Andy Wilson hilang, dan
dia di tuduh mencuri cincin tersebut. Di sebabkan oleh insiden tersebut, Lee
Yeon Jae mengambil keputusan untuk berhenti kerja, dan pada masa yang sama, dia di sahkan menghidap
gallbladder cancer dan doctor estimate dia untuk hidup selama 6 bulan lagi. Segala
stress yang berlaku didalam kehidupannya, membuatkan Lee Yeon Jae, berubah
menjadi seorang wanita yang hidup dengan bebas, mengikut kehendak hati, dan
tidak lagi boleh dibuli oleh sesiapa. Lee Yeon Jae membawa dirinya bercuti ke
sebuah pulau di Okinawa dan di situlah segala-galanya berubah (Cam poyo!).
Bertentangan
dengan kehidupan seorang lagi watak penting di dalam drama ini. Kang Ji Wook
merupakan seorang lelaki yang hidup tanpa arah tuju. Baginya, kehidupannya
sekarang adalah kehidupan milik bapanya, dia sekadar menurut kehendak bapanya,
yang mengarahkan dia mula bekerja sebagai pengarah di Line Tour, syarikat milik
bapanya, dan berkahwin dengan Im Se Kyung, anak perempuan kepada pemodal besar
bagi Line Tour. Kang Ji Wook tidak pernah mengenali keinginan dirinya,
kemahuannya, malah sekadar menurut segala perintah bapanya tanpa berfikir
panjang. Baru beberapa hari dia memulakan kerja di Line Tour, dia sudah di asak
untuk menguruskan sebuah pakej perlancongan baru di Okinawa, Jepun. Di sana,
dia bertemu dengan Lee Yeon Jae, dan wanita itu mengubah persepsi dirinya tentang
kehidupan yang di laluinya sekarang.
Konflik demi
konflik membuat penonton merasakan ketegangan dan kesuntukkan masa yang dilalui
oleh Lee Yeon Jae. Jalan cerita drama ini bergerak lancar, menyebabkan penonton
hamper tidak sedar, yang drama ini hamper sampai ke penghujungnya. Kisah cinta
yang sweet, honest di antara Lee Yeon Jae dan Kang Ji Wook, menyebabkan
penonton sedar, betapa pendeknya masa kehidupan, dan banyaknya impian yang
perlu dicapai.
Jadi, anda
dapat teka drama apakah ini? Saya pasti ramai yang dah menonton drama ni sampai
habis, sebab kalau mengikut jadual seorang pendownload tegar, drama ini dah di
upload ke episode terakhir sekali, tapi, baru sahaja airing di ONE HD astro
pada minggu lepas. Minggu ni bermula episode 3 dan 4.
Tajuk: Scent
of a woman (여인의향기).
Release
Date: 23rd July 2011 – 11 September 2011
Current airing: ONE HD (Wednesday & Thursday, 9.10pm – 10.20 pm)
Current airing: ONE HD (Wednesday & Thursday, 9.10pm – 10.20 pm)
Saya dah
cerita synopsis dengan panjang lebarnya, kita berkenalan pula dengan watak2
yang menjayakan drama penuh romantic ini.
Kim Sun Ah (김순아)
Akak berusia
36(oh mak kau~! Biar betul tuanya!) Hahahaa ini dulu sungguh popular melalui
drama My Lovely Kim Sam Soon. Hoho.. dah kenal kan.. Akak ni giler2 berdiet
untuk drama ni tau, sebab nak pegang watak orang berpenyakit, kenalah nampak real.
Allrite2, jom citer pasal Lee Yeon Jae.
Lee Yeon Jae
ialah anak tunggal kepada seorang janda, dan telah kehilangan bapanya kerana
penyakit cancer yang sama dihidapinya. Di dalam drama ni, dia tunjuklah betapa
desperatenye Lee Yeon Jae nak cari boyfriend, sebab dia dah berusia, tapi dia
belum kahwin pun lagi. Kerjaya dia pun x berkembang dengan baik atas factor persekitaran.
Manager dia jahat, colleague dia pun x membantu. Kalau diikutkan, sebenarnya
bagus jugaklah dia berhenti kerja, sebab dia pun dah 10 tahun mengabdikan
dirinya untuk kerja yang entah apa-apa tu.
Sekali
imbas, takut2 juga kalau saya ni jadi macam dia. Tak fikir apa-apa selain nak
simpan duit, sedar-sedar usia dah tua, dan orang lain semua dah capai macam-macam.
Haha. Merepek. Tapi, Lee Yeon Jae ni very kesian waktu dia dapat tahu tentang
penyakit dia, di saat-saat hidupnya tengah klimaks. Huuuhh~
Abang ni
pulak baru berusia 29 tahun, dan ini ialah drama pertamanya sebaik sahaja beliau
tamat daripada perkhidmatan tentera selama 2 tahun. *clap2*. Bagi mereka yang
tidak mengenali abang Lee Dong Wook ni, beliau dulunya sangat-sangat terkenal
melalui wataknya sebagai Seol Geong Chan di dalam drama My Girl. Abang ni
memanglah handsome(statement x boleh bla) dan watak dia di dalam drama Scent of
A Woman ni memanglah cute.
Kang Ji Wook
hidup di dalam dunia bapanya, sebab dia ikut cakap bapa dia sepanjang masa.
Kalau nak diikutkan, dia sendiri sebenarnya ada ability nak jadi pemimpin, nak jadi
diri dia sendiri, Cuma dia tak rasa yang bapa akan menurut kehendak diri dia tu
(ayat putar belit). Sehinggalah dia mula bekerja dengan bapanya, dan memulakan
tugasan pertamanya ke Okinawa, bertemu dengan seorang wanita yang hidupnya
sudah hampir ke pengakhiran, dia memulakan kehidupan baru.
Dia sedar
yang jatuh cinta dengan Lee Yeon Jae, sebaik sahaja dia pulang ke Korea. Memang
dia tak mengaku(standard citer korea), tapi akhirnya dia bersetuju untuk
bercinta dengan Lee Yeon Jae tanpa mengetahui keadaan sebenar wanita itu.
Keadaan
semakin complicated bila tunangnya, Im Se Kyeong, gadis kaya yang tak
semena-mena nak anti dengan Lee Yeon Jae ni cuba memiliki Kang Ji Wook ni
jugak. Hmm… Boleh kata ini kisah pertarungan antara orang miskin yang jujur dan
orang kaya yang suka carik pasal. Hahahaa.
Seo Hyo Rim
(서효림)
Ini seorang lagi pelakon berbakat besar
dan in real life nye dia ni agak cute. Hahaaa.. Akak ni berusia 26 tahun, dan
kalau korang peminat Ft Island ngan MBLAQ mesti korang Nampak dia kat MV
diorang Bad Woman ngan Y. Dia pun ada dekat Sungkyukwan Scandal. Hahahaa.. Seo
Hyo Rim memegang watak sebagai Im Se Kyeong, seorang gadis yang hidup senang
lenang atas usaha bapanya. Dia memegang jawatn yang besar didalam syarikat
milik bapanya, dan ditunangkan dengan Kang Ji Woo katas dasar perniagaan.
Im Se Kyeong sendiri mengakui yang beliau
tidak pernah dan tidak akan jatuh cinta dengan Kang Ji Wook dan menganggap
perkahwinan mereka sebagai sebuah pelaburan perniagaan. Dia juga merasakan yang Kang Ji Wook sepatutnya mencintainya, dan melayaninya sebagai seorang wanita biasa. Dia memang sangat suka
mencari pasal dengan Lee Yeon Jae, sampai dia sanggup saman Yeon Jae sebanyak
3000 000 KRW sebagai satu ganti rugi untuk syarikatnya atas kes kehilangan
cincin Andy Wilson sebelum ini. Memang keji. Dia memang asyik nak cari pasal
dengan Yeon Jae tu, lagi-lagi dia dapat tahu yang perkahwinan dia dan Kang Ji
Wook di batalkan kerana Lee Yeon Jae dan penyakitnya.
Kalau korang
tengok drama Dream High (ada kat TV8 setiap Sabtu pukul 6 ptg), korang mesti
kenal dengan abang ni. Dia berlakon jadi cikgu Kang tu, hahahaa.Dia ni pun ada
dekat drama Miss Reply jugak. Ok. Kalau dalam Dream high, dia jadi cikgu yang
ala-ala nerdy gitu, dekat Scent Of A Woman ni, dia jadi seorang doctor yang
serius, tanpa perasaan, dan kawan kepada Lee Yeon Jae sewaktu diorang kecik
dulu-dulu. Yang cutenye, Cha Eun Suk(nama watak dia dalam drama ni), sudah
jatuh hati dengan Lee Yeon Jae sejak kecik dulu, tapi, tak pernah bagitahu
dekat Yeon Jae sebab dia ni very pemalu orangnya, sehinggalah selepas 22 tahun,
mereka bertemu kembali, dan dia adalah doctor yang bertugas merawat Yeon Jae
ni.
Watak dia ni
memang kesian sikit lah pasal, dia adalah antara doctor yang patient paling
despise sekali. Tak mahu dirawat olehnya. Dia sangat garang dan kasar dalam
perbuatan. Sampai lah dia berjumpa dengan Yeon Jae, dia berubah perlahan-lahan
menjadi seorang yang mesra dan selalu tersenyum.
Apa yang
menariknya drama ni, banyak sceneric yang lawa-lawa ditunjukkan, maklumlah,
cerita pun pasal syarikat perlancongan, mestilah nak tunjuk scene yang
lawa-lawa je kan.
Selain daripada scene, ada jugak cameo special daripada Abang
Xiah Junsu, dance Tango yang cute dan banyaaakkk lagi.
Jadi korang
apa lagi, jemput-jemputlah menonton~!!