Friday, July 31, 2009

Pavane pour une infante défunte( Pavane For a Dead Princess) by Maurice Ravel






Semalam terasa ada aura yang menyeru supaya draf novel dibuka kembali. Hahaha... jadi, sekarang ni nak tambah sikit info untuk bab 8 (eik! Tiba-tiba dah bab 8?!) tak apalah, nanti saya masukkan semula update-update sebelum ni dari bab 1 sampai bab 7, saya tulis dalam buku je.

8. Tentang Syifa'

Permulaan plot untuk bab 8 ni, saya cuba mnyoroti kesibukkan hidup bergelar pelajar jurusan tarian di Conservartoire de' Paris. Azua sibuk menguruskan jadual, menyiapkan segala tugasan dan latihan tarian. Ingin saya buktikan disini, biarlah sibuk mana kehidupan kita, seandainya kita bijak menguruskan waktu, segalanya pasti akan selesai dalam masa yang sepatutnya. Masa tidak menunggu kita, malahan masa juga tidak kemana-mana, cuma kita yang harus bijak menguasai masa. Selesai kisah Azua, saya cuba membawa pembaca untuk mengenali Syifa', seorang gadis pintar namun cuai yang datang dari Kuala Lumpur. Di sebalik kepintaran dan sikap mudah kalutnya, dia sebenarnya menyimpan rahsia paling hitam didalam hidupnya. Pengalaman hitam itu ditutup dan disimpan dari pengetahuan orang lain supaya kelemahan dirinya tidak kelihatan. Betapa lemahnya zahir Syifa' begitu juga lemahnya hati Syifa'. Kegembiraannya belajar di Paris nyata hanya seketika apabila dia mendapat panggilan memberitahu, bekas kekasihnya kini bergelar seorang bapa. Dia cuba untuk melepaskan segala-galanya, namun, peristiwa lama seolah-olah menghantuinya kembali. Melalui bab 8 ini juga, pembaca dapat menilai di mana datangnya keikhlasan dalam percintaan, kesucian nilai percintaan seandainya pasangan bijak membawa diri. Saya juga ingin menerapkan nilai-nilai jati diri dan maruah diri melalui kisah Syifa'.

Jadi, sebagai tambahan saya cuba menjadikan karya sentuhan, Maurice Ravel-Pavane for a Dead Princess sebagai tema utama. Mungkin dari segi jalan cerita dan karya ini tidak kelihatan begitu serasi, namun keseimbangan bunyi dan sentuhan Ravel yang juga bekas pelajar di Conservartoir de' Paris ini menjadikan jalan cerita pada bab 8 ini kurang tipikal.

Tambahan informasi:

-Pada 1972, pemain gitar professional John Williams dan Julian Bream merakamkan karya The Pavane sebagai duo gitaris didalam album mereka 'Together'.

-Pada 1975, seorang pemain gitar,Larry Coryell turut merakamkan The Pavane di dalam album beliau "The Restful Mind".

Jadi, doa-doa lah agar bab 8 kali ini siap dengan sempurna...saya akan cuba update novel saya secepat mungkin dan Insya-ALLAH, saya akan selesai dengan Bab 20 sahaja.

Thursday, July 30, 2009

Mr. Brain BESH!!!!!


Baiklah... sebenarnyer, saya dah lama x update novel ni. Lagipun, tak ada idea dan tahap ke'malas'an yang terlalu amat sangat lah tinggi. Waktu cuti mid-term yang tiba-tiba ini, saya manfaatkan untuk menonton cerita Jepun yang agak baru ni. Tajuk dia Mr. Brain.

Pelakon-pelakon penting utama dia ialah:

Mr. KIMURA TAKUYA sebagai TSUKUMO RYOSUKEWatak Tsukumo ni memang agak menarik sebab daripada seorang HOST di Kelab Malam, Tsukumo berubah menjadi Doktor dan Santis Pakar Otak di Institute of Police Science. Mungkin dari segi fungsi otaknya berubah, namun, perangai dia memang langsung tidak berubah. Watak yang dipegang oleh pelakon yang pernah memegang watak sebagai Shinji melalui drama aksi, Masked Rider Ryuki ini sangat unik, kerana Dr. Tsukumo ialah seorang doktor yang mempunyai daya penglihatan yang tajam dan daya pemikiran yang sangat aktif. Dia berjaya menyelesaikan kes-kes yang rumit berserta motif. Sekali imbas, watak Dr.Tsukumo ini berjaya membuatkan jalan cerita drama ringkas berbentuk detektif ini menarik dan unik.

MR.MIZUSHIMA HIRO sebagai HAYASHIDA TORANOSUKEMesti ramai yang mengenali Mizushima Hiro sebagai Namba Senpai-watak selamba yang dipegangnya sewaktu melakonkan drama Hazakarino Kimitachie dan di dalam drama aksi-Masked Rider Kabuto. Namun, watak yang dipegang oleh Hiro didalam drama ini adalah berlainan daripada selalunya kerana Hiro memainkan peranan sebagai seorang anggota polis bawahan yang kalut dan sentimental. Kekalutannya didalam drama ini membuatkan drama ini bertambah ceria dan menarik disamping unsur-unsur saspen yang dipamerkan. Hiro berjaya membawa wataknya dengan baik malahan kebanyakkan aksi-aksi yang dibawakannya kelihatan seolah-olah aksi spontan yang tidak terduga.

Ms.AYASE HARUKA sebagai YURI KAZUNEGadis seksi dari Jepun ini memegang watak sebagai saintis pembantu yang membantu Dr.Tsukumo didalam pejabat dan didalam makmal. Dia adalah gadis yang tekun dan komited dalam melaksanakan tugas-tugasnya biarpun bidang pakar otak bukanlah bidang keutamaannya. Dr.Tsukumo menggelarnya sebagai monyet kerana sikapnya yang suka bertindak melulu dan selalu menjadi bahan eksperimen Dr.Tsukumo.

Sebelum tu, saya nak tambah info sikit lah... berkenaan setiap episod dia. Bagi bayangkan sikit pada mereka yang bakal menonton:
p/s: saya copy dari drama wiki je lah-malas nak type..ngehehehe

Ep 01: An Unprecedented Neuroscientific Mystery Activates!!
Eccentric Neuroscientist vs. Serial Demonic Terrorist!!
Teleportation by Brain Usage!?

Ep 02: Eccentric Neuroscientist vs. Beautiful Revived Ghost!!
People Can Be Resurrected via Brain Training!?

Ep 03:Invisible Man Setting Up Serial Murders!!
Brain Training Exposes The Transparent Riddle

Ep 04: Eccentric Neuroscientist vs. Prodigal Pianist!!
A Skeletal Corpse Can Be Resurrected via Playing Cards!?

Ep 05: Eccentric Neuroscientist vs. Beautiful Woman With A Split Personality!!
The Conclusion is an Epiphany!?

Ep 06: Eccentric Neuroscientist vs. The Tragic Multiple Personality Trick!!
Brain Training is a Lie Detector!?

Ep 07: Last Chapter ~ Eccentric Neuroscientist vs. Strongest Left-Brained Man!!
A Time Bomb Within the Brain

Ep 08:Conclusion ~ Farewell To Our Favorite Eccentric Neuroscientist!!
The Final Brain Training is the Method of a Smile

rasa teruja tak?!

Selain itu, drama ini juga menampilkan pelakon-pelakon undangan yang sangat popular didalam setiap episodnya.

jadi...saya menggalakkan mereka yang bosan dan masih belum menonton drama yang menarik ini untuk menontonya. Sama ada terus dari TBS Channel ataupun melalui streaming-streaming yang ada di dalam ruang legar maya ini....selamat menonton!!!!!(n_n)


3 Kategori Manusia

Assalamualaikum WBKT... ngehehe.. tak tahu kenapa, tiba2 hari ni nak jadi ustazah sekejap... sekejap je k..

Sebenarnya, di dalam dunia ini, saya tekankan disini, di dalam dunia ini, terdapat 3 kategori manusia.
  1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
  2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
  3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
Jadi, saya harap, kita bersama untuk beringat dan saling memperingati. Itu sahaja.
ALHAMDULILLAH. WASSALAMMUALAIKUM WBKT.
=p

Monday, July 27, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA IPT UiTM SHAH ALAM di SABAK BERNAM



pergh... panjang tajuk dier tuh... ngahaha... okay.. sebenarnya prog ni dh lama dah buat, cuma report untuk blog baru buat sekarang. Ingatkan nak tunggu gambar dari Izzat tapi, macam lambat, guna je lah gambar yang ada sekarang ni. Baiklah biar saya ceritakan sikit tentang program yang memang best ni!


Program ni dijalankan di Kampung Batu 4 Sapintas, Daerah Sabak Bernam, terletak kira-kira 2 jam setengah dari Bandar Wireless Shah Alam. Dihadiri kira-kira 40 orang pelajar dari UiTM Shah Alam, program yang bermula pada 17 Julai 2009 ini berlangsung selama 3 hari. Hampir kesemua penduduk di Kampung Batu 4 Sapintas mengambil bahagian. dgn naney, dan izzat...

Apa yang menariknya program ini, setiap keluarga yang terlibat akan menerima 2 orang pelajar UiTM sebagai anak-anak angkat mereka. Ikut nasib. Pelajar-pelajar pula dipilih ikut random tanpa mengira course atau umur. Pakai campur je lah... kebetulannya, saya dapat serumah dengan junior statistic saya, Ummu Athiah.
Gambar ni bersama-sama dengan family angkat saya, yang kat belakang sekali tu saya dgn Ummu...

Hari pertama, kami berkenalan dengan family angkat, family saya memanglah baik, hari pertama je, dah ajak kami pergi pasar malam yang diadakan di Pekan Sabak Bernam, memang syiok lah bershopping tapi, shopping makanan je lah. Malam tu, ada program bacaan Yaasin dan tahlil yang diadakan di surau kampung. Program bacaan Yaasin ni diadakan secara berjemaah bersama penduduk kampung.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi, kami dah bangun, pergi padang sekolah rendah Kampung Sapintas untuk program senamrobik-tapi, bukan senamrobik betul-betul pon, senamrobik ala kampung gitu... janji keluar peluh... hahaha. Lepas senamrobik, kami dibahagikan kpd 2 kumpulan, 10 orang akan join program MOTIVASI bersama dengan pelajar-pelajar UPSR manakal yang lain, gotong-royong di surau sekolah agama-dekat sebelah je dengan sekolah rendah kampung tu. Saya pula, bernasib baik dapat join program motivasi tu, tapi... penat jugak melayan budak-budak kecil ni... kalau diikutkan, secara jujurnya, lagi seronok jadi fasci student-student u ni, daripada budak-budak sekolah...tapi,, pengalaman-pengalaman... tak apa...

Tengah hari tu memang tak tahan... kami asyik makan je... kami berkonvoi, naik motor dari IKS-IKS yang ada dalam kampung tu. Lebih kurang 5 buah rumah kami singgah, & setiap rumah tu kami singgah MAKAN!!! Memang makan dengan banyaknya. Kami pergi tengok cara pembuatan tempe, bahulu-ada bentuk ikan...comel..., kerepek, pau-besar2 pau dia...kenyang... dan kraftangan guna newspaper. Menarik dan yang pentingnya KENYANG. Balik rumah, mak sediakan makanan lagi... kenalah makan lagi...

Sukaneka petang tu, seronok sangat!! Kami main permainan kampung. Jalan atas batu-bata, lari berganti-ganti tapi mengundur, main belon air dan macam-macam lagi. Yang penting, kumpulan saya-nama kumpulan: KURA-KURA, menang 4 game daripada 5 game!! Memang seronok. Dan hadiah dia paling unexpected! dia bagi bakul baju yang besar2 tuh, baldi, bakul kecil, jug minuman yang besar2 tuh...agak tak boleh bla juga lah...
Malam kebudayaan, kami makan nasi ambang-makanan rasmi orang2 jawa.. dan yang penting kami, buat persembahan malam tu...seronok. LAgi-lagi tengok adik2 sekolah rendah main kuda kepang dan ulik mayang. Ada yang buat zapin dan persembahan silat dari belia-belia kampung. MANTAP lah!!!
Gambar dekat pentas... hari terakhir lah katakan...

Esok pagi, kami karaoke, memancing, sebelum memancing, yang lelaki, diorang siapkan mercu tanda manakala yang perempuan, gotong-royong... tapi, tak adalah gotong royong sangat... karaoke je yang lebih! Memancing pula,memancing dekat kolam ikan yang kecil dsebelah tanjung. PAk cik-pakcik kat situ, suruh kami pasang umpan sendiri!! Tak nak!!! Geli!!! last-last, mintak tolong dengan Odah-junior statistic(kawan ummu)... dia yang semangat! Dengan daya usaha saya, dapat jugaklah lawan 3 ekor keli.. ye ye...

Hari terakhir.. dah balik tuh, memang sedih sikit... agak susah nak berpisah dengan mak dan ayah... tpi... apakan daya.. =(... memang perjalanan pulang tu memenatkan tapi, BERBALOI!!!
Hope lepas ni ada lagi program yang macam ni, nk ikut lah. Macam-macam faedah yang kita dapat, selain dapat shirt free... ngahahaha....

Sunday, July 26, 2009

Nur Malam....

Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

Huh... memang menyentuh kalbu... sebenarnya, lagu Nur Malam dendangan Saujana ni dah lama keluar dan berkumandang dekat radio.. saya ni je yg ketinggalan zaman nak dengar lagu2 macam ni... Alhamdulilah... sesuatu merubah saya untuk menjadi lebih positif. Lagu ni sebenarnya seolah-olah terlalu sejati dengan kehendak jiwa saya. Saya sendiri tak tahu kenapa, tiba-tiba telinga ni rasa gatal nak dengar lagu-lagu berunsur nasyid ni...

Sejak dua menjak ni, banyak betul peristiwa dan perkara yang berlaku dalam hidup saya. Saya lebih gemar memerhatikan daripada berbicara. Menjadikan peristiwa-peristiwa yang berlaku didalam hidup ini sebagai salah satu langkah berjaga-jaga buat saya. Hidup penuh dengan pengajaran, pembelajaran dan peristiwa-peristwa pahit saya jadikan pengajaran manakala peristiwa-peristiwa manis, saya jadikan sebagai satu pembelajaran.

INSYA ALLAH... apabila segala-galanya kembali tenang, saya akan cuba untuk berubah sepenuhnya. Biarlah sedikit, tapi tetap berubah... =)

Friday, July 24, 2009

ENDING PIZI YING XIONG!!!



Sebenarnya dah agak lame tengok cerite ni, dari hujung bulan 5 lagi.. last-last tengok ending dier ptg td... ngehehe... agak exciting and menyeronokkan... hahaha.
Yang plg x thn... nak dekat2 ending tuh, boleh si zaizai ni buat lawak. Hurmm.. mmg lah seronok.
Apa yang saya rasa seronok menonto drama ni, sebab dia penuh dgn isi, intipati, pengajaran.... banyak isi nya. Saya tak akan tengok cerita tu kosong-kosong je, banyak benda yang saya belajar dari drama ni.

First= saya boleh exceed kan vocabulary mandarin. Mentang-mentang tengah amek mandarin kan, saya kne improve kan vocab ni dgn menonton cerita-cerita and drama-drama taiwan neyh(ceh alasan! padahal mmg nak tgk kan??!!) hehehe...
Second= saya belajar yang kita tak boleh percaya pada sesiapa. Biarlah apa terjadi sekalipun, hanya percaya pada diri sendiri, percaya pada kebolehan diri. Setiap apa yang dipegang oleh kita kini akan menentukan apa yang akan dihadapi kita di masa yang akan datang. (mmg improve!)
Third= kebetulan itu bukan sesuatu yang mustahil. Walaupun dlm drama ni, banyak sangat kebtulannya, tapi saya rasa itu boleh terjadi dlm hidup kita. Betul, kita tak boleh jangka dan expect apa yang akan berlaku pada kita, cuma bersedia. Itu sahaja.
Fourth= saya dapat tahu yang percubaan pertama mmg selalunya kegagalan tapi, ianya juga merupakan suatu kepuasan! hahaha... saya belajar benda ni dari Mark Zhao. Abg Mark(dan-dan) ni baru first time berlakon drama, mmg klass lakonan dia. Tak sangka. Dia ckp dia tak rasa lakonan dia cukup bermutu cuma, dia rasa puas sbb dpt berlakon dgn pelakon2 hebat mcm Zai Zai tu. Saya pun mmg respect dkt si Zai Zai tu sebab, dia mmg berbakat habis!! Syiokkknya melayan lakonan dia dlm Wish To See You Again... seronok... try la tengok~~~=p

Thursday, July 23, 2009

short-sighted ke long-sighted ni??


Semasa saya sedang berjalan-jalan dengan kawan-kawan saya di Mid Valley beberapa hari lalu, saya singgah sekejap di sebuah kedai cermin mata di aras G Mid Valley. England Optical kalau tak silap saya. Saya cakap dengan tauke kedai, saya cuma nak check power mata saya, nak tahu yang latest ni naik ke turun...

Saya: Bos, saya cuma nak check mata je tau... saya tak buat spect, x nak beli lense...
Bos: Okay.. mari spect kamu, biar saya tengok power spect sekarang.

Saya pun hulur lah spect tu, sambil tu pekerja bawahan dia check mata saya gune komputer yang boleh check mata tu...lepas check, pekerja bawahan dia pun tulis something kat atas sehelai kertas kecil warna putih.

Pekerja Bawahan 1: Your left eyes 457 short-sighted and your right eyes is 557 short-sighted..
Bos: Hey... itu long-sighted lah...
Saya: Eah... saya rabun jauh... bukan rabun dekat...
Waktu tu saya dengan seikhlas hati nak tegur bos tu cakap salah tiba-tiba dia memotong..
Bos: Your spect 350 for both eyes....long sighted..
Pekerja Bawahan 1: i thought you short-sighted...
Saya: Saya...rabun jauh... bukan rabun dekat la...
Tiba-tiba datang seorang lagi pekerja bawahan bos tu,
Pekerja Bawahan 2: What's wrong?
Bos: I dont know whether she is long-sighted or short-sighted... can you check it for me?
Pekerja Bawahan 2 itu tersenyum sambil mengangguk. Cermin mata tadi dicapainya, lalu diletakkan dia sebuah mesin. Tiba-tiba dia tertawa kecil.
Pekerja Bawahan 2: Short-sighted
Bos: Eah! how come a?
Pekerja Bawahan 2: It's written here...
jari pekerja bawahannya itu menunjuk kearah penanda di sisi alat tersebut. Bos tadi menggeleng.
Saya: Kan saya dah cakap... saya rabun jauh... bukan rabun dekat...

Wednesday, July 22, 2009

Fireflies~~~




Lagu Fireflies ni dah menjadi lagu pilihan hati saya sebab lagu ni bunyi dia sangat sweet...lagi-lagi sebab Ariel Lin yg cute tu nyanyi dan MV dia melibatkan Donghae dan Siwon...memang agak menarik walaupun simple. Apabila dengar lagu ni, baca lirik dia, hati ni ada tersentuh sikit tapi, sikit je ah tak boleh lebih-lebih. Apa yang ada dalam hati saya ni, hanya untuk saya dan DIA. Saya tak rasa perasaan yang berputik sesama manusia berlainan jantina itu sesuatu yang begitu mendalam. Saya suka nak mengingatkan diri sendiri bahawa cinta yang saya miliki bukanlah satu yang hakiki. Tiba-tiba teringat pagi tadi;

Selepas habis kelas Regression Analysis 2, keluar saja Puan Mazni, Hattadi terus panggil saya pergi belakang(tempat duduk dia kat belakang, saya kat depan), dia nak cakap tentang assignment SPSS yang Puan Mazni bagi minggu lepas. Kami baru bertungkus lumus siapkan malam tadi, & endingnya suruh Hattadi print kan. Tengah bincang-bincang dengan Hattadi tiba-tiba ada suara pelik memanggil
"Yuna! Yuna!" Saya menoleh. Memang geram sebab dah bagitahu dekat semua orang perbezaan ejaan Yuha dan Yuna tu... Tapi diorang degil juga!!
"Ni...suka kat kau lah!" Saya menoleh lagi mencari orang yang 'suka' dekat saya. Saya tersenyum. Saya tahu diorang main-main. Biasalah, lelaki ni mana boleh percaya. Jadi, saya tak ambil pusing sangat.

Waktu tamat kelas Nonparametric Statistic dengan Puan Halilah, saya dengan Jimot, terus berkejaran ke Bus Stop, nak kejar bas nak balik rumah, tiba-tiba terdengar bunyi hon motor diseberang jalan, nampak orang yang 'suka' saya tu tengah melambai pada saya. Saya cuma tersenyum, yang tak sedapnya jimot tiba-tiba bersuara "aku rasa yang pakai baju merah tu,dia suka kat kau lah..." lagilah saya terkedu.

Benda yang paling saya tak berminat macam ni lah. Pada saya ianya sesuatu yang membuang masa, membuang tenaga. Saya tak tahulah kenapa saya sound macam tipikal sgt, cuma saya memang tak berkenan. Perkara-perkara yg membabitkan cinta, suka dan sayang semua tu, perlukan kematangan dan masa untuk bertindak, dan sedang belajar bukanlah masanya! Saya tahu ramai yang akan berfikir seperti saya, cuma apabila sampai pada masa mereka, apa yang difikirkan itu, tidak menjadi kenyataan. Maksud saya, lebih kurang mcm 'cakap tak serupa bikin' lah... hahahaha...benda macam ni kita tak boleh expect, apa yang boleh kita buat cumalah berdoa, agar terlindung dari hasutan syaitan yang secara halusnya berbentuk seperti perkara-perkara sebegini...

Kita tidak akan nampak kesilapan kita selagi, kita tak berhadapan dengan silap itu. Kdg-kdg manusia ini terlalu bebal untuk menyedari dan menerima kesilapan diri sendiri. Saya sengaja gunakan perkataan bebal tu sebab, mereka yang bebal tidak kisah untuk diingatkan berulang-ulang kali. Sampaikan orang yang mengingatkan pun jadi bosan.

Apabila diperdebatkan tentang hal-hal berkaitan cinta, memang ramai yang akan menentang setiap kata-kata saya. Mungkin kerana saya bersikap terlalu sinis dan tipikal terhadap cinta, dan mungkin juga kerana pengalaman buruk saya tentang cinta. Tidak salah untuk bercinta, dicintai, mencintai, selagi dunia perluakan cinta, teruskan...cuma, setiap perkara ada batasnya, ada hadnya yang tersendiri. Tanggungjawab dan komitmen juga penting dalam cinta, membentuk cinta dan menyemasi cinta. Saling menegur dan mengingatkan, ada memberi dan ada yang menerima, barulah terasa cinta itu benar-benar jujur. Namun, yang paling penting bagi seseorang manusia ialah mendapatkan peruntukkan cinta yang benar-benar utuh dan cukup asli dari ILLAHI Yang Maha Kuasa sebelum menagih cinta manusia biasa.

Kalau nak dinilai betul-betul, dalam zaman dan teknologi yang ala-ala moden kini, cinta tidak dapat dilihat sebagai sesuatu yang begitu positif. Seandainya dahulu, manusia menjadikan cinta sebagai satu penyemarak semangat, kini cinta menjadi menyemarak nafsu. Kalau dahulu cinta itu pengikat utama tunjang pembentukkan sebuah keluarga, kini, cinta adalah masalah utama keretakkan rumah tangga.

Hai....kalau bercakap pasal benda-benda ni mmg lar x abes... Saya pun dah rasa bosan menulis tentang benda ni... jadi saya rasa patut ending kan je lah dkt sini... okay... nanti sambung lagi...
bubbye~~ =p

Twinkle-twinkle Little Star with 12 Variation by Mozart


Hehehe... ni sedikit info untuk novel baru saya... saya ada masukkan sikit piece Mozart yang paling best... Twinkle-twinkle Little star... x pernah try main sebab score sheet dia abru je dapat ritu... ngehehe... Oleh kerana novel kali ini mmg perlu byk research, saya pon bersengkang mata lah malam tu, dengar piece Mozart ni nak dekat 100 kali nak cuba fhmkan muzik dia pasal apa... nak harapkan info kat internet mmglah terlalu konkrit...ngehehe.. saya perlukan sth yg abstrak sikit, so, saya ingat nak try lar main gne keyboard ble cuti nanti... cuma masalahnyaaa...
cuti lambat lagi larrrr....

Pemilihan key ketika bermain piano boleh menajamkan minda.. and.. saya ada terbaca dalam satu komik ni... mereka yg bermain piano ni sangat sesuai untuk main sport yg berbentuk mcm ragbi, tennis or badminton...ping pong pon boleh... huhuu.. nak tahu knp? sebab... main piano, energy yg disalurkan oleh tubuh ke tangan dapat dikawal dengan baik... mereka yg bermain piano, perlu mengawal daya petikan key supaya tak terlalu crisp and tak terlalu light(bergantung pada jenis piece yg dimainkan..) tp saya x tw lah fact tu betul ke x... saya masukkan lah sikit unsur tu dlm novel ni...

walaupun mozart menjadi pilihan hati(ceh!!)... tp saya still setia minat pada Rachmaninoff... sebabnya.. karya Rachmaninoff ialah karya pertama yang dapat saya mainkan dengan baik...sampai habis lagi tu.... hahaha... mmg syiokkkk!!!!!!

Monday, July 20, 2009

MINGGU MESRA SISWA SESI JUN 09







Seronok betul dapat jadi PEMBANTU MAHASISWA MINGGU MESRA SISWA pelajar-pelajar baru kemasukkan sesi jun 09 neyh!! Rasa enjoy....

Saya rasa seronok sebab ini kali pertama saya handle pelajar seramai 1000 orang!!! best!!!
HAmpir kesemuanya pelajar business, tapi, nasib baik ada juga junior saya yg sama fakulti(FSKM)... budak-budak sc aktuari... diorang memang seronok di layan!!! lagi-lagi, budak-budak LDK saya!!! Kumpulan 6-diorang namakan diri diorang dengan kumpulan MEE GORENG HAO LIAO!! ngehehe.. mmg laer cute!! x ley nak ckp ape...

Sebenarnya, PMMMS tuh, start dari 25 JUn sampai 3 July...tp baru sekrg sya nak post segala-galanya!!! BZ!!!!

Dalam organisasi PM di Kolej Alamanda UiTM Shah Alam neyh, saya play role as BIRO TEKNIKAL, SERANTA dan PENGANGKUTAN!!! pening nak siapkan RO!!! memang ler mcm org gilerr... tp bile dh on the stage!, saya jadi minah giler mic! ngahahaha!!! dan status giler mic tuh berkekalan sehingga ke hari ini!!!! x boleh bla!!!!

Yang paling best dkt ALAMANDA ni, saya jumpa dgn kwn2 saya yg mmg dah lame sgt x jmpe!!!! first skali najat=kwn sekolah rendah!!! mmg la rindu kat die... dia jadi BIRO PERUBATAN!!
Lepas tu, jumpa zehan=kwn sekolah menengah kt MRSM dulu....dia pulak jadi BIRO MAKANAN!! memang lar tak disangka-sangka....

Seronoknya ALAMANDA ialah, dia ada 25 tingkat with only 2 lift available!!! gilerr.... oleh kerana stdnt baru mmg sgt ramai, and PM2 neyh, perlu bergerak pantas, kitorg terpaksa dok panjat tangga kehulu-ke hilir... mmg ler terasa berat badan tuh menurun sket!!! ngehehehe

Bile direnung-renung balik, jadi PM ni mmg banyak effect +ve nyerr... mmg terasa perubhn dlm diri dr segi kerohanian, disiplin dan sahsiah rupa-diri(ayat x ley bla...) ngehehe.. sya jd sedar yang perubahan x akan berlaku selagi niat yg ada dlm diri sya ni x di betulkan... (saya sendiri pon x sure niat saya betul ke x, tp lepas jd PM ni dh betul dah.,..) ngehehehee...
Saya jadi pelajar yang tidak takut untuk bertanya, menegakkan kebenaran dan menonjol. dan secara jujurnya, menonjol itu agak penting untuk pljr2 university sebab, university ialah satu medan terbaik untuk seseorang itu memantapkan lagi unsur kepimpinan dalam diri mereka...ngehahaha... dah keluar dah ayat novel neyh... ngeheheh

Antara mimpi ngeri sepjg proses nk jd PM neyh ialah saya injured!!!
Injured dia x teruk tp, oleh kerana x ada masa nak jaga, dia jadi lbt nak recovered...
cerita dia mcm neyh, waktu hari khamis tuh, ada game bola baling, sudahlah itu 1st time saya main bola baling tu, tiba-tiba time nak elak dari kena langgar dgn pihak lawan, saya terpeleot kaki neyh!! ingat kan x ada apa-apa, sakit-tu-sakit, tp saya trus main larr(semangat kesukanan lar konon!!!), sekali petang tuh, waktu pembentgn RO, kaki saya bengkak!!!! sakit sangat-sangat!!!! mntk lar tlg khairan panggilkan Shana(MPP merangkap pengarah ALAMANDA saya), dia tolong urutkan ngan sapukan menza... malam tuh, trus x ley gerak!!!! serius!!!! mmg lerrrr sakit yg teramat sangat!!!! drpd x truk, jd terseliuh truk... esoknya, terdengkot-dengkot saya jln pegi Pusat Kesihatan, naik van dari puncak alam, ke shah alam... dr bandage kan... spjg progr MMS tuh, trpksa lah lanyak kaki tuh, dgn x mkn ubatnyerr, dgn x bandagenyerr... turun naik tangga, lari sana sini, buat senam seni... huish!!! smpai skrg x sht sgt...tp dah x dengkot dah... ngahahaha!!!

okay! memang tak tahu nak buat apa...

Sebenarnyer mcm ni... saya memang x cukup masa nak layan blog-blog ni..cuma kita nak berkongsi lar sedikit info...
Saya sdg dlm proses belajar main piano...dalam a few notes tu, mmg dah kenal...tinggal nak play smoothly and beautifully tu, needs time...
Antara piece terbaik yang pernah saya play ialah=
RACHMNINOFF-Piano Sonata No 11...huish!! seronok...

Saya pernah jugak try main lagu FAHRENHEIT-MOMO..
lagu ni memang lar cute, best and simple... ngehehe seronok betul bila dapat main satu lagu tu dengan perfect... best sgt-sgt/....

Oleh kerana semangat piano saya semakin berkembang(badan pon semakin berkembang neyhh..ngehehe)... saya rasa saya patut masukkan unsur-unsur muzik dalam novel baru saya...ngehehe.. maksud saya,novel ini memang saya nak pasarkan... saya akan cari publishing house...INSYA-ALLAH..
kalau niat saya betul and baik--ALLAH akan tunaikan...USAHA sahaja lahh... ngeheheh

okay fine...

Saya sedang mengusahakan sebuah novel baru. Karya sentuhan saya yg baru ni, rasanya lagi berinfomatif... tampak segala penat lelah saya bertungkus lumus mencari maklumat-membuat research dan pelbagai cara lagi nak tambah information. saya suka....

cuma...dlm few days ni, rasernyer banyak benda yg berlaku. banyak benda yg berubah. lebih-lebih lagi saya. saya rasa saya memang dah berubah...alamak! jimot panggil... saya kene pergi larrr...

Popular Posts