Sunday, July 26, 2009

Nur Malam....

Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

Huh... memang menyentuh kalbu... sebenarnya, lagu Nur Malam dendangan Saujana ni dah lama keluar dan berkumandang dekat radio.. saya ni je yg ketinggalan zaman nak dengar lagu2 macam ni... Alhamdulilah... sesuatu merubah saya untuk menjadi lebih positif. Lagu ni sebenarnya seolah-olah terlalu sejati dengan kehendak jiwa saya. Saya sendiri tak tahu kenapa, tiba-tiba telinga ni rasa gatal nak dengar lagu-lagu berunsur nasyid ni...

Sejak dua menjak ni, banyak betul peristiwa dan perkara yang berlaku dalam hidup saya. Saya lebih gemar memerhatikan daripada berbicara. Menjadikan peristiwa-peristiwa yang berlaku didalam hidup ini sebagai salah satu langkah berjaga-jaga buat saya. Hidup penuh dengan pengajaran, pembelajaran dan peristiwa-peristwa pahit saya jadikan pengajaran manakala peristiwa-peristiwa manis, saya jadikan sebagai satu pembelajaran.

INSYA ALLAH... apabila segala-galanya kembali tenang, saya akan cuba untuk berubah sepenuhnya. Biarlah sedikit, tapi tetap berubah... =)

Popular Posts