Monday, July 27, 2009

PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA IPT UiTM SHAH ALAM di SABAK BERNAM



pergh... panjang tajuk dier tuh... ngahaha... okay.. sebenarnya prog ni dh lama dah buat, cuma report untuk blog baru buat sekarang. Ingatkan nak tunggu gambar dari Izzat tapi, macam lambat, guna je lah gambar yang ada sekarang ni. Baiklah biar saya ceritakan sikit tentang program yang memang best ni!


Program ni dijalankan di Kampung Batu 4 Sapintas, Daerah Sabak Bernam, terletak kira-kira 2 jam setengah dari Bandar Wireless Shah Alam. Dihadiri kira-kira 40 orang pelajar dari UiTM Shah Alam, program yang bermula pada 17 Julai 2009 ini berlangsung selama 3 hari. Hampir kesemua penduduk di Kampung Batu 4 Sapintas mengambil bahagian. dgn naney, dan izzat...

Apa yang menariknya program ini, setiap keluarga yang terlibat akan menerima 2 orang pelajar UiTM sebagai anak-anak angkat mereka. Ikut nasib. Pelajar-pelajar pula dipilih ikut random tanpa mengira course atau umur. Pakai campur je lah... kebetulannya, saya dapat serumah dengan junior statistic saya, Ummu Athiah.
Gambar ni bersama-sama dengan family angkat saya, yang kat belakang sekali tu saya dgn Ummu...

Hari pertama, kami berkenalan dengan family angkat, family saya memanglah baik, hari pertama je, dah ajak kami pergi pasar malam yang diadakan di Pekan Sabak Bernam, memang syiok lah bershopping tapi, shopping makanan je lah. Malam tu, ada program bacaan Yaasin dan tahlil yang diadakan di surau kampung. Program bacaan Yaasin ni diadakan secara berjemaah bersama penduduk kampung.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi, kami dah bangun, pergi padang sekolah rendah Kampung Sapintas untuk program senamrobik-tapi, bukan senamrobik betul-betul pon, senamrobik ala kampung gitu... janji keluar peluh... hahaha. Lepas senamrobik, kami dibahagikan kpd 2 kumpulan, 10 orang akan join program MOTIVASI bersama dengan pelajar-pelajar UPSR manakal yang lain, gotong-royong di surau sekolah agama-dekat sebelah je dengan sekolah rendah kampung tu. Saya pula, bernasib baik dapat join program motivasi tu, tapi... penat jugak melayan budak-budak kecil ni... kalau diikutkan, secara jujurnya, lagi seronok jadi fasci student-student u ni, daripada budak-budak sekolah...tapi,, pengalaman-pengalaman... tak apa...

Tengah hari tu memang tak tahan... kami asyik makan je... kami berkonvoi, naik motor dari IKS-IKS yang ada dalam kampung tu. Lebih kurang 5 buah rumah kami singgah, & setiap rumah tu kami singgah MAKAN!!! Memang makan dengan banyaknya. Kami pergi tengok cara pembuatan tempe, bahulu-ada bentuk ikan...comel..., kerepek, pau-besar2 pau dia...kenyang... dan kraftangan guna newspaper. Menarik dan yang pentingnya KENYANG. Balik rumah, mak sediakan makanan lagi... kenalah makan lagi...

Sukaneka petang tu, seronok sangat!! Kami main permainan kampung. Jalan atas batu-bata, lari berganti-ganti tapi mengundur, main belon air dan macam-macam lagi. Yang penting, kumpulan saya-nama kumpulan: KURA-KURA, menang 4 game daripada 5 game!! Memang seronok. Dan hadiah dia paling unexpected! dia bagi bakul baju yang besar2 tuh, baldi, bakul kecil, jug minuman yang besar2 tuh...agak tak boleh bla juga lah...
Malam kebudayaan, kami makan nasi ambang-makanan rasmi orang2 jawa.. dan yang penting kami, buat persembahan malam tu...seronok. LAgi-lagi tengok adik2 sekolah rendah main kuda kepang dan ulik mayang. Ada yang buat zapin dan persembahan silat dari belia-belia kampung. MANTAP lah!!!
Gambar dekat pentas... hari terakhir lah katakan...

Esok pagi, kami karaoke, memancing, sebelum memancing, yang lelaki, diorang siapkan mercu tanda manakala yang perempuan, gotong-royong... tapi, tak adalah gotong royong sangat... karaoke je yang lebih! Memancing pula,memancing dekat kolam ikan yang kecil dsebelah tanjung. PAk cik-pakcik kat situ, suruh kami pasang umpan sendiri!! Tak nak!!! Geli!!! last-last, mintak tolong dengan Odah-junior statistic(kawan ummu)... dia yang semangat! Dengan daya usaha saya, dapat jugaklah lawan 3 ekor keli.. ye ye...

Hari terakhir.. dah balik tuh, memang sedih sikit... agak susah nak berpisah dengan mak dan ayah... tpi... apakan daya.. =(... memang perjalanan pulang tu memenatkan tapi, BERBALOI!!!
Hope lepas ni ada lagi program yang macam ni, nk ikut lah. Macam-macam faedah yang kita dapat, selain dapat shirt free... ngahahaha....

Popular Posts