Wednesday, July 22, 2009

Fireflies~~~




Lagu Fireflies ni dah menjadi lagu pilihan hati saya sebab lagu ni bunyi dia sangat sweet...lagi-lagi sebab Ariel Lin yg cute tu nyanyi dan MV dia melibatkan Donghae dan Siwon...memang agak menarik walaupun simple. Apabila dengar lagu ni, baca lirik dia, hati ni ada tersentuh sikit tapi, sikit je ah tak boleh lebih-lebih. Apa yang ada dalam hati saya ni, hanya untuk saya dan DIA. Saya tak rasa perasaan yang berputik sesama manusia berlainan jantina itu sesuatu yang begitu mendalam. Saya suka nak mengingatkan diri sendiri bahawa cinta yang saya miliki bukanlah satu yang hakiki. Tiba-tiba teringat pagi tadi;

Selepas habis kelas Regression Analysis 2, keluar saja Puan Mazni, Hattadi terus panggil saya pergi belakang(tempat duduk dia kat belakang, saya kat depan), dia nak cakap tentang assignment SPSS yang Puan Mazni bagi minggu lepas. Kami baru bertungkus lumus siapkan malam tadi, & endingnya suruh Hattadi print kan. Tengah bincang-bincang dengan Hattadi tiba-tiba ada suara pelik memanggil
"Yuna! Yuna!" Saya menoleh. Memang geram sebab dah bagitahu dekat semua orang perbezaan ejaan Yuha dan Yuna tu... Tapi diorang degil juga!!
"Ni...suka kat kau lah!" Saya menoleh lagi mencari orang yang 'suka' dekat saya. Saya tersenyum. Saya tahu diorang main-main. Biasalah, lelaki ni mana boleh percaya. Jadi, saya tak ambil pusing sangat.

Waktu tamat kelas Nonparametric Statistic dengan Puan Halilah, saya dengan Jimot, terus berkejaran ke Bus Stop, nak kejar bas nak balik rumah, tiba-tiba terdengar bunyi hon motor diseberang jalan, nampak orang yang 'suka' saya tu tengah melambai pada saya. Saya cuma tersenyum, yang tak sedapnya jimot tiba-tiba bersuara "aku rasa yang pakai baju merah tu,dia suka kat kau lah..." lagilah saya terkedu.

Benda yang paling saya tak berminat macam ni lah. Pada saya ianya sesuatu yang membuang masa, membuang tenaga. Saya tak tahulah kenapa saya sound macam tipikal sgt, cuma saya memang tak berkenan. Perkara-perkara yg membabitkan cinta, suka dan sayang semua tu, perlukan kematangan dan masa untuk bertindak, dan sedang belajar bukanlah masanya! Saya tahu ramai yang akan berfikir seperti saya, cuma apabila sampai pada masa mereka, apa yang difikirkan itu, tidak menjadi kenyataan. Maksud saya, lebih kurang mcm 'cakap tak serupa bikin' lah... hahahaha...benda macam ni kita tak boleh expect, apa yang boleh kita buat cumalah berdoa, agar terlindung dari hasutan syaitan yang secara halusnya berbentuk seperti perkara-perkara sebegini...

Kita tidak akan nampak kesilapan kita selagi, kita tak berhadapan dengan silap itu. Kdg-kdg manusia ini terlalu bebal untuk menyedari dan menerima kesilapan diri sendiri. Saya sengaja gunakan perkataan bebal tu sebab, mereka yang bebal tidak kisah untuk diingatkan berulang-ulang kali. Sampaikan orang yang mengingatkan pun jadi bosan.

Apabila diperdebatkan tentang hal-hal berkaitan cinta, memang ramai yang akan menentang setiap kata-kata saya. Mungkin kerana saya bersikap terlalu sinis dan tipikal terhadap cinta, dan mungkin juga kerana pengalaman buruk saya tentang cinta. Tidak salah untuk bercinta, dicintai, mencintai, selagi dunia perluakan cinta, teruskan...cuma, setiap perkara ada batasnya, ada hadnya yang tersendiri. Tanggungjawab dan komitmen juga penting dalam cinta, membentuk cinta dan menyemasi cinta. Saling menegur dan mengingatkan, ada memberi dan ada yang menerima, barulah terasa cinta itu benar-benar jujur. Namun, yang paling penting bagi seseorang manusia ialah mendapatkan peruntukkan cinta yang benar-benar utuh dan cukup asli dari ILLAHI Yang Maha Kuasa sebelum menagih cinta manusia biasa.

Kalau nak dinilai betul-betul, dalam zaman dan teknologi yang ala-ala moden kini, cinta tidak dapat dilihat sebagai sesuatu yang begitu positif. Seandainya dahulu, manusia menjadikan cinta sebagai satu penyemarak semangat, kini cinta menjadi menyemarak nafsu. Kalau dahulu cinta itu pengikat utama tunjang pembentukkan sebuah keluarga, kini, cinta adalah masalah utama keretakkan rumah tangga.

Hai....kalau bercakap pasal benda-benda ni mmg lar x abes... Saya pun dah rasa bosan menulis tentang benda ni... jadi saya rasa patut ending kan je lah dkt sini... okay... nanti sambung lagi...
bubbye~~ =p

Popular Posts