Thursday, July 30, 2009

Mr. Brain BESH!!!!!


Baiklah... sebenarnyer, saya dah lama x update novel ni. Lagipun, tak ada idea dan tahap ke'malas'an yang terlalu amat sangat lah tinggi. Waktu cuti mid-term yang tiba-tiba ini, saya manfaatkan untuk menonton cerita Jepun yang agak baru ni. Tajuk dia Mr. Brain.

Pelakon-pelakon penting utama dia ialah:

Mr. KIMURA TAKUYA sebagai TSUKUMO RYOSUKEWatak Tsukumo ni memang agak menarik sebab daripada seorang HOST di Kelab Malam, Tsukumo berubah menjadi Doktor dan Santis Pakar Otak di Institute of Police Science. Mungkin dari segi fungsi otaknya berubah, namun, perangai dia memang langsung tidak berubah. Watak yang dipegang oleh pelakon yang pernah memegang watak sebagai Shinji melalui drama aksi, Masked Rider Ryuki ini sangat unik, kerana Dr. Tsukumo ialah seorang doktor yang mempunyai daya penglihatan yang tajam dan daya pemikiran yang sangat aktif. Dia berjaya menyelesaikan kes-kes yang rumit berserta motif. Sekali imbas, watak Dr.Tsukumo ini berjaya membuatkan jalan cerita drama ringkas berbentuk detektif ini menarik dan unik.

MR.MIZUSHIMA HIRO sebagai HAYASHIDA TORANOSUKEMesti ramai yang mengenali Mizushima Hiro sebagai Namba Senpai-watak selamba yang dipegangnya sewaktu melakonkan drama Hazakarino Kimitachie dan di dalam drama aksi-Masked Rider Kabuto. Namun, watak yang dipegang oleh Hiro didalam drama ini adalah berlainan daripada selalunya kerana Hiro memainkan peranan sebagai seorang anggota polis bawahan yang kalut dan sentimental. Kekalutannya didalam drama ini membuatkan drama ini bertambah ceria dan menarik disamping unsur-unsur saspen yang dipamerkan. Hiro berjaya membawa wataknya dengan baik malahan kebanyakkan aksi-aksi yang dibawakannya kelihatan seolah-olah aksi spontan yang tidak terduga.

Ms.AYASE HARUKA sebagai YURI KAZUNEGadis seksi dari Jepun ini memegang watak sebagai saintis pembantu yang membantu Dr.Tsukumo didalam pejabat dan didalam makmal. Dia adalah gadis yang tekun dan komited dalam melaksanakan tugas-tugasnya biarpun bidang pakar otak bukanlah bidang keutamaannya. Dr.Tsukumo menggelarnya sebagai monyet kerana sikapnya yang suka bertindak melulu dan selalu menjadi bahan eksperimen Dr.Tsukumo.

Sebelum tu, saya nak tambah info sikit lah... berkenaan setiap episod dia. Bagi bayangkan sikit pada mereka yang bakal menonton:
p/s: saya copy dari drama wiki je lah-malas nak type..ngehehehe

Ep 01: An Unprecedented Neuroscientific Mystery Activates!!
Eccentric Neuroscientist vs. Serial Demonic Terrorist!!
Teleportation by Brain Usage!?

Ep 02: Eccentric Neuroscientist vs. Beautiful Revived Ghost!!
People Can Be Resurrected via Brain Training!?

Ep 03:Invisible Man Setting Up Serial Murders!!
Brain Training Exposes The Transparent Riddle

Ep 04: Eccentric Neuroscientist vs. Prodigal Pianist!!
A Skeletal Corpse Can Be Resurrected via Playing Cards!?

Ep 05: Eccentric Neuroscientist vs. Beautiful Woman With A Split Personality!!
The Conclusion is an Epiphany!?

Ep 06: Eccentric Neuroscientist vs. The Tragic Multiple Personality Trick!!
Brain Training is a Lie Detector!?

Ep 07: Last Chapter ~ Eccentric Neuroscientist vs. Strongest Left-Brained Man!!
A Time Bomb Within the Brain

Ep 08:Conclusion ~ Farewell To Our Favorite Eccentric Neuroscientist!!
The Final Brain Training is the Method of a Smile

rasa teruja tak?!

Selain itu, drama ini juga menampilkan pelakon-pelakon undangan yang sangat popular didalam setiap episodnya.

jadi...saya menggalakkan mereka yang bosan dan masih belum menonton drama yang menarik ini untuk menontonya. Sama ada terus dari TBS Channel ataupun melalui streaming-streaming yang ada di dalam ruang legar maya ini....selamat menonton!!!!!(n_n)


Popular Posts