Friday, July 31, 2009

Pavane pour une infante défunte( Pavane For a Dead Princess) by Maurice Ravel






Semalam terasa ada aura yang menyeru supaya draf novel dibuka kembali. Hahaha... jadi, sekarang ni nak tambah sikit info untuk bab 8 (eik! Tiba-tiba dah bab 8?!) tak apalah, nanti saya masukkan semula update-update sebelum ni dari bab 1 sampai bab 7, saya tulis dalam buku je.

8. Tentang Syifa'

Permulaan plot untuk bab 8 ni, saya cuba mnyoroti kesibukkan hidup bergelar pelajar jurusan tarian di Conservartoire de' Paris. Azua sibuk menguruskan jadual, menyiapkan segala tugasan dan latihan tarian. Ingin saya buktikan disini, biarlah sibuk mana kehidupan kita, seandainya kita bijak menguruskan waktu, segalanya pasti akan selesai dalam masa yang sepatutnya. Masa tidak menunggu kita, malahan masa juga tidak kemana-mana, cuma kita yang harus bijak menguasai masa. Selesai kisah Azua, saya cuba membawa pembaca untuk mengenali Syifa', seorang gadis pintar namun cuai yang datang dari Kuala Lumpur. Di sebalik kepintaran dan sikap mudah kalutnya, dia sebenarnya menyimpan rahsia paling hitam didalam hidupnya. Pengalaman hitam itu ditutup dan disimpan dari pengetahuan orang lain supaya kelemahan dirinya tidak kelihatan. Betapa lemahnya zahir Syifa' begitu juga lemahnya hati Syifa'. Kegembiraannya belajar di Paris nyata hanya seketika apabila dia mendapat panggilan memberitahu, bekas kekasihnya kini bergelar seorang bapa. Dia cuba untuk melepaskan segala-galanya, namun, peristiwa lama seolah-olah menghantuinya kembali. Melalui bab 8 ini juga, pembaca dapat menilai di mana datangnya keikhlasan dalam percintaan, kesucian nilai percintaan seandainya pasangan bijak membawa diri. Saya juga ingin menerapkan nilai-nilai jati diri dan maruah diri melalui kisah Syifa'.

Jadi, sebagai tambahan saya cuba menjadikan karya sentuhan, Maurice Ravel-Pavane for a Dead Princess sebagai tema utama. Mungkin dari segi jalan cerita dan karya ini tidak kelihatan begitu serasi, namun keseimbangan bunyi dan sentuhan Ravel yang juga bekas pelajar di Conservartoir de' Paris ini menjadikan jalan cerita pada bab 8 ini kurang tipikal.

Tambahan informasi:

-Pada 1972, pemain gitar professional John Williams dan Julian Bream merakamkan karya The Pavane sebagai duo gitaris didalam album mereka 'Together'.

-Pada 1975, seorang pemain gitar,Larry Coryell turut merakamkan The Pavane di dalam album beliau "The Restful Mind".

Jadi, doa-doa lah agar bab 8 kali ini siap dengan sempurna...saya akan cuba update novel saya secepat mungkin dan Insya-ALLAH, saya akan selesai dengan Bab 20 sahaja.

Popular Posts