Thursday, August 6, 2009

Fine!! Awak sorang je lah pelajar cemerlang kat dunia ni!

Huh! Agak tension lah sejak dua-tiga hari ni, sampai novel pun tak tersambung lagi. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab saya ni terlalu banyak berfikir, banyak sangat masalah tak boleh nak solve! Tau tak, mereka yang terlalu banyak memikirkan masalah, mempunyai umur otak yang lebih tua dari umur sebenarnya!!! Arghh!!!!

Pertamanya: Penggunaan laptop dirumah saya.
Semua orang nak guna internet. Semua orang nak tengok cerita. Tapi, semua orang tak tahu nak tutup balik laptop tu dan simpan selepas guna. Geram betul. Akhirnya, saya putuskan. laptop tak boleh digunakan tanpa pengetahuan saya!

Keduanya: Seorang sahabat.
Saya ada seorang sahabat yang terlalu risau tentang masalah percintaan dia. Saya akui, dia agak cun, tapi saya masih lebih cute dari dia, cumanya, masalah cinta dia lagi banyak dari masalah belajar! Dia sangat pandai! tapi, banyak masa dihabiskan untuk bergayut. saya ingatkan hal sebelum ni dah selesai, rupa-rupanya, dia masih macam tu juga! Saya tak tahu nak tegur macam mana lagi, akhrinya saya redha je lah..gunakan jalan selemah-lemah iman...

Ketiga: Bangun lambat.
Sudah hampir 3 hari berturut-turut saya bangun lambat! Tak sempat dan kelam kabut. Cuma masih bersyukur lagi lah sebab masih sempat solat subuh! Penat lah macam ni.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk kunci jam pukul 4 pagi, bangun perlahan-lahan sampai pukul 6 pagi.

Oklah, saya ada kelas ni. Harap-harap sahabat-sahabat sekalian dapat mendoakan saya terus berusaha dan berjaya menjadi seorang pelajar dan muslimah yang lebih positif. Saya sendiri akan berusaha menjayakan diri saya, supaya INSYA-ALLAH berjaya didunia, dan cemerlang di akhirat! INSYA-ALLAH!!!
=p

Popular Posts