Pagi ini, sebelum kaki melangkah,
Pandangan ku lerai pada langit gelap.
Masih berkabus, masih kelabu,
Lantas otakku berfikir,
Mengapa tidak dapat aku lihat mentari?
Mengapa sinaran cahaya bintang hilang?
Mengapa tiada hembusan sejuk angin awanan,
Keluhan berdesir dari nafasku yang menghela kesal,
Mungkin jejakku pagi ini masih terawang,
Mungkin langkahku tidak berbekalkan tulus buat sarafku,
Mungkin mataku masih belum ingin melihat kecantikkan itu,
Sesuatu membuatkan aku tersedar kembali,
gegarannya seolah-olah merobohkan bumi,
Pandangan ku kerdipkan semula,
Benar, aku masih bernyawa,
Masih berdiri menghadap langit,
Masih mengharap sinaran mentari,
Masih mengharapa cahaya dari bintang,
Keluarlah biar seketika,
Biar tertutup kegelapan yang menyelubungi segenap lolos-lolos dalam diriku,
Biar tenang perasaan ini....
Thursday, August 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Hari ni.... kita sambung masked rider boleh tak?? Oleh kerana keboshanan tahap tinggi, jadi, kita bincang tentang hero kegemaran ramai ini: ...
-
Haaaah~!! Mak kau~!! berabok blog ni! dah macam 10 tahun x penah bukak~! hahahahaaa maaf lah ye buat mereka-mereka yang merindui saya(ada ...
-
Assalammualaikum! Hye! Hello! Apa Khabar?! Ni Hao! 안녕하세요!! (greeting panjang sikit!) Haha. Lama dah x update blog ni(cliche!)... hahahaa....
-
오.... 진짜 대박인데!!! Wah... entry kali ni, mesti korg pk pjg jup, ape bende tibe2 dream high ni kan? hahaha. Memang dream high betul!! :p Dream ...