Haish.. memang sadis habis. Kisah sedih ini bermula pada minggu lepas. Jumaat petang minggu lepas. Prof Khalil mengakhiri kelas Algorithme dia dengan assignment projek menggunakan Borland C++. Saya sangat suka buat programming ni, tapi, mungkin kerana excited yang teramat sangat, saya tersalah hantar emel final work saya pada prof. Saya tak sedar langsung sampai lah ke minggu ni, bila prof cek assignment ni up-forward dekat depan kelas, di hadapan semua manusia yang ambil paper ni. SEGAN NYER~!!
Saya langsung tak sedar sampai prof tanya balik, "you run tak you punya program?". Saya dengan yakinya menjawab, "Yes. Saya dah run...". Tapi, bila prof try compile, ada ERROR!!!! Statement and syntax error!!. Terkejutnya jiwa raga saya.
Bila saya buka sent email balik, saya download semula, run balik, memang ada error!!. Sedihnya! Saya open pendrive, buka semula, tiba-tiba, "Eah... kenapa yang ni okay je? Alamak...".Dalam nada yang sememangnya teramat sangat geram dan separuh marah! "Ar...Prof, saya tersilap hantar pada prof, yang saya save dalam pendrive okay...tapi...tak apalah..." terdengar tawa dari Prof dan rakan-rakan sekelas yang lain. Ar...segannya.
p/s=ejat menyelit; alah ciannyerrr...
Sudahlah begitu, dia gunakan hasil-air-tangan-separuh-jalan-yang-tersalah-hantar tadi sebagai "representative" untuk rakan-rakan sekelas yang lain. Memang agak segan lebih-lebih lagi saya dilahirkan dengan sifat pemalu yang agak semulajadi. Dia kome sana, komen sini, komen itu, komen ini...sampai rasa macam semuanya tak kena dalam assignment saya tu.
p/s=ejat menyebok baca yang saya tengah type ni dengan nada yang....urm...menyebabkan saya lagi sedih!!!
Lebih kurang dalam 10 minit selepas masa komen bermula, saya dengan tekadnya menghantar semula assignment saya, pada waktu tu juga! Biarlah apa yang prof nak kata, dia nak marah ke, nak apa ke, yang penting saya nak dia tahu, saya pun boleh buat C++ tu dengan baik biarpun ini kali pertama! Hush!! Agak lega lah bila, selepas hampir 35 minit prof komen, dia tutup assignment saya. ALHAMDULILLAH~~ lega hati ini. Selepas itu, kelas terus berjalan dengan dia bersikap adil, buka assignment rakan-rakan yang lain...ALHAMDULILLAH, tak ada lah rasan segan sangat.
p/s=sory lah, tapi saya tahu, konsep keadilan dekat sini tak betul, saya patut gunakan konsep justice. Urm... mungkin lebih proper...
INSYA-ALLAH, selepas ini, saya akan cuba menghasilkan kerja yang lebih baik. Lebih berhati-hati. Tidak mahu peristiwa sebegini berulang lagi.
p/s=ejat buat saya ketawa lagi dengan nada dia baca perenggan ni...hehehe
Pengharapan disini,agar rakan-rakan yang lain dapat terus membantu, mengingatkan, membetulkan apa yang salah dan INSYA-ALLAH, saya akan cuba mengingatkan anda semua sekiranya ada apa-apa yang tidak elok yang saya ternampak.
p/s=ejat masih menyebok lagi...
Semoga hidup diredhai, dirahmati dan dikisari nur dari ILLAHI....
=p
Friday, August 14, 2009
Kisah Sadis(ijat suh tambah) C++
2009-08-14T17:53:00+08:00
yuhanna
CS221 and FSKM ku SAYANG|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Hari ni.... kita sambung masked rider boleh tak?? Oleh kerana keboshanan tahap tinggi, jadi, kita bincang tentang hero kegemaran ramai ini: ...
-
Haaaah~!! Mak kau~!! berabok blog ni! dah macam 10 tahun x penah bukak~! hahahahaaa maaf lah ye buat mereka-mereka yang merindui saya(ada ...
-
Assalammualaikum! Hye! Hello! Apa Khabar?! Ni Hao! 안녕하세요!! (greeting panjang sikit!) Haha. Lama dah x update blog ni(cliche!)... hahahaa....
-
오.... 진짜 대박인데!!! Wah... entry kali ni, mesti korg pk pjg jup, ape bende tibe2 dream high ni kan? hahaha. Memang dream high betul!! :p Dream ...