Sunday, August 16, 2009

Bil dari ALLAH

Saya tertarik membaca artikel yang dikeluarkan oleh iluvislam.net; bertajuk bil daripada ALLAH. Oleh kerana artikel tersebut didalam bahasa Inggeris, biar saya tolong translate kan untuk sahabat-sahabat baca ye..

Ada seorang lelaki tua yang sudah berusia 70 menghidap sejenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh membuang air kecil. Hamba ALLAH ini berjumpa dengan seorang doktor dihsopital dan doktor tersebut mengesahkan beliau perlu membuat pembedahan supaya sembuh. Hamba ALLAH ini bersetuju untuk membuat pembedahan itu kerana sakit yang dihidapi beliau sudah tidak tertahan lagi azabnya. Setelah selesai pembedahan, doktor memberikan bil perubatan kepada hamba ALLAH ini. Tiba-tiba hamba ALLAH ini menangis melihat bil tersebut. Doktor tersebut yang melihat lelaki tua itu menangis memberitahu, "sekiranya bayarannya terlalu tinggi, kami boleh bantu..." lelaki tua itu menggeleng sambil menjawab,"saya bukan menangis kerana bayarannya, tapi kerana, sudah 70 tahun ALLAH membolehkan saya membuang air kecil, tapi Dia tidak pernah menghantar bil kepada saya!".

SUBHANALLAH... kadang kala kita terlupa untuk bersyukur. Kadang kala kita ingat tetapi sengaja terlupa. Kadang kala kita tidak tahu bagaimana untuk bersyukur.

"Dan telah ALLAH beri segala-galanya kepada kamu(manusia), dan seandainya kamu ingin hitung, tidaklah dapat terhitung dengan banyaknya kurniaan ALLAH, namun yang pasti, manusia tidak pernah bersyukur akan nikmat itu"-juzu' 14 ayat 34 Al-Quran Al Qarim...

Apa kata sahabat-sahabat sekalian berhenti seketika, berfikir, lantas bersyukur dengan segala kurniaan ALLAH memberikan kita peluang untuk terus bernyawa, untuk terus bernafas. Lembut-lembutkan lidah untuk mengucapkan ALHAMDULILAH tatkala rezeki, nikmat, hikamah dan bala menimpa. INSYA-ALLAH, kita akan lebih positif dan di redhai ALLAH S.W.T....

Popular Posts