Baik. Untuk chapter ke 9 novel saya yang sedang dalam-perjalanan-siap ni, saya berikan tajuknya sebagai; PERTEMUAN TERAKHIR SYIFA'. Urm... jangan salah anggap pula, pertemuan terkahir tu bukan bermaksud watak Syifa habis disitu sahaja. Tema untuk chapter ni ialah, karya Tchaikovsky-Serenade Melancholique.
Kalau nak diikutkan, karya kali ini yang terpilih, merupakan karya violin okestra, di mana, biola digunakan sebagai solo, manakala band okestra yang lain sebagai pengekal rentak. Karya ini agak menarik, dari segi tajuk sahaja,pendengar akan membayangkan piece kali ini agak berbeza dengan piece-piece biasa yang lain. Namun, setelah 'mengorek-ngorek' ke dalam layar-maya ini, saya dapati terdapat okestra yang memainkan karya ini dengan menggunakan piano dan violin sebagai solo. Memang kena lah!
Sejarah penciptaan piece indah ini bermula apabila Tchaikovsky bergabung dengan seorang pencinta muzik klasik ini iaitu; Leopold Aeur. Namun, terdapat banyak masalah yang berlaku sepanjang proses menyiapkan karya ini, sehinggakan, Tchaikovsky menganggap Auer, yang pada ketika itu berjanji untuk menyiapkan bahagian violin, mengkhianatinya. Namun begitu, karya ini akhirnya di dedikasikan buat Auer.
Kerana sejarah karya ini, saya menjadikan piece ini sebagai tema untuk chpater 9, kerana ianya melibatkan kisah antara 2 lelaki; seorang ingin hampir, seorang lagi ingin pergi. Terdapat sedikit pergolakan yang agak berat diantara mereka berdua (Azam dan Wafi(ex-boyfriend Syifa')), sehinggakan Syifa' mengalami konflik dalam diri yang berat.
Saya akan cuba mengakhiri chpater 9 ini dengan ending yang positif. INSYA-ALLAH... saya tak harap untuk menjadikan chapter ini lebih kompleks, tapi, kalau ada sebarang konflik pun, saya tak akan buat yang berat-berat.. ringan-ringan je biar pembaca pun senang hati je nak baca... betul tak-betul tak???? =p
Tuesday, August 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Hari ni.... kita sambung masked rider boleh tak?? Oleh kerana keboshanan tahap tinggi, jadi, kita bincang tentang hero kegemaran ramai ini: ...
-
Haaaah~!! Mak kau~!! berabok blog ni! dah macam 10 tahun x penah bukak~! hahahahaaa maaf lah ye buat mereka-mereka yang merindui saya(ada ...
-
Assalammualaikum! Hye! Hello! Apa Khabar?! Ni Hao! 안녕하세요!! (greeting panjang sikit!) Haha. Lama dah x update blog ni(cliche!)... hahahaa....
-
오.... 진짜 대박인데!!! Wah... entry kali ni, mesti korg pk pjg jup, ape bende tibe2 dream high ni kan? hahaha. Memang dream high betul!! :p Dream ...