Wednesday, August 19, 2009

Bertemu Hattadi semula....

Rasanya agak lama Hattadi bercuti sebelum dia masuk kelas semula hari Isnin yang lepas.

Lebih kurang 2 minggu campur seminggu mid-term sebelum tu.

Saya dipertanggungjawabkan untuk kumpul segala kertas-kertas TEST milik Hattadi selain memberitahu lecturer tentang ketiadaan Hattadi, bimbang dia akan digugur taraf sekiranya tidak hadir ke kelas lebih 3 kali.

Apabila Hattadi datang ke kelas semula, terasa;

1. Lega mungkin. Sebab saya dah tak perlu jalankan tugas sebagai setiausaha tak bertauliah Hattadi.

2. Lega juga. Kerana Hattadi sudah sihat macam biasa selepas accident yang konon-kononnya gempak, (actually dia tergelincir jatuh motor je; itupun tergelincir atas jalan kering...hahaha). Tapi, dia masih terdengkot-dengkot lagi jalan.

3. Lega lagi. Kerana saya tak perlu menjawab sebarang pertanyaan dari sahabat-sahabat yang lain tentang Hattadi memandangkan, Hattadi tak beritahu saya apa-apa tentang accidentnya itu. Memang geram! Ingatkan trauma sangat...menyampah!

4. Seronok. Sebab, waktu Hattadi cuti,kurang seorang sahabat yang selalu join saya ketawakan Jimot.

5. Saya ketawa. Sebab, sejak naik cuti ni, Hattadi makin banyak cakap, tambahan lagi, dia cakap benda-benda yang 'unexpected' dan terlalu hiperbola. Sampai dah tak tahu macam mana nak layan lagi. Perangai dia pun makin pelik. Kirenya macam, "Wah...Hattadi dah pandai buat lawak yang orang gelak ye sekarang..."...faham-faham je lah.

Jadi, saya doa agar lepas ni Hattadi tak accident tergelincir atas jalan raya, disiang hari, tanpa ada hujan sebagai faktor penggelincir(sori Hattadi, tak ada niat nak perli awak pun..hehehe). Saya juga doa agar saya dan sahabat-sahabat lain terlindung dari segala bahaya yang selalunya datang tiba-tiba tanpa diduga. huhuhu..

Popular Posts