Saturday, August 15, 2009

Sejarah H1N1, berulang lagi ke?

H1N1 ialah subtype virus bagi Influenza A. Dari sudut kimianya, ia adalah selesema yang biasanya menjangkiti manusia. Physically, strains of this influenza can be divided into 3 which is, endemic to human, pig or called swine flu and bird called avian flu. Jadi, untuk pengetahuan orang ramai, swine flu, bukanlah Influenza A H1N1.

Nama H1N1 diperolehi daripada kandungan virus itu sendiri di mana, ia mengandungi protein hemagglutinin (H) dan neuraminidase (N). Hampir kesemua virus selesema mempunyai hemagglutinin namun, uniknya Influenza A H1N1 adalah, virus ini bermutasi dan berubah struktur dengan cepat dan kerap kerana genetiknya.
Virus Influenza A ini dibahagikan mengikut nombor proteinnya, iaitu H dan N. Di dalam avian flu, terdapat lebih 16H dan 9N subtypes, namun, yang menjangkiti manusia hanyalah subtypes H 1, 2 dan 3 manakala N 1 dan 2 sahaja.

Virus berbahaya ini sebenarnya mula dikesan pada tahun 1918 di Sepanyol dan dikenali sebagai Spanish Flu. Ia membunuh lebih 50000 hingga 100000 manusia dalam jangka masa setahun. Virus ini menjangkiti sel di paru-paru, dan menyebabkan antibodi badan manusia overstimulate kerana cytokins dilepaskan secara berlebihan. Ini menyebabkan lebihan leukocyte di paru-paru, dan menyebabkan sel paru-paru musnah.

Selesema seterusnya berlaku pada tahun 1977 di Russia. Uniknya, ia hanya menyerang mereka yang berusia di bawah 23 tahun. Namun pada ketika itu influenza yang menyerang ialah subtype H2N2.

Hong Kong flu atau lebih dikenali dengan nama Influenza A H3N2, mula menyerang manusia pada 13 Julai 1968 dan membunuh lebih 1 juta manusia dari seluruh dunia. Virus ini merebak dengan pantas, malahan dalam masa 2 bulan, virus ini mula merebak ke Cina, India, Filipina, Selatan Australia dan negara Eropah.Namun, tidak seteruk H1N1, kebanyakkan mereka yang menjadi mangsa virus ini ialah golongan yang berusia lebih dari 65 tahun, dan virus ini merebak terus dari lembu ke manusia.

Kini 2009, virus yang berubah strukturnya malahan bergabung dari 4 virus influenza yang lain iaitu, swine flu, avian flu, American-Mexican flu dan human flu. Pada 6 Jun 2009, WHO mengumumkan virus ini sudah sampai treat level ke 6, fasa tertinggi selepas Hong Kong flu pada 1968.

Harap sahabat-sahabat dapat mengambil sedikit iktibar dari sejarah lama ini. Tidak mahu ianya berulang, maka, bagi mereka yang mula mendapat tanda-tanda Influenza ini, segeralah ke hospital dan ke klinik berhampiran(kalau boleh biarlah yang kerajaan). Lagi satu, jagalah kebersihan diri, basuh tangan sepanjang masa, ingat adab batuk dan bersin. Semoga ALLAH melindungi dan meredhai kita selalu, INSYA-ALLAH...

Popular Posts