Friday, August 7, 2009

KISAH SYA'ABAN

Hanya kerana bulan ini bulan yang mulia, tidak semestinya waktu-waktu yang lain manusia dibenarkan melakukan dosa. Terdapat sejarah disebalik indahnya Sya'aban ini.

Sya'aban bermaksud berpecah belah, berpuak-puak. Pada zaman Rasulullah S.A.W, masyarakat Quraisyi terpaksa berpecah-belah mencari sumber air. Dan apabila Rasulullah datang, Rasulullah S.A.W mengekalkan nama itu sehingga sekarang.

Di dalam satu hadith, sahabat mengisahkan;

Rasulullah bertanya kepada sahabat-sahabat yang lain, "Tahukah kamu mengapa bulan ini dinamakan bulan Sya'aban?". Para sahabat menjawab, "Hanya ALLAH yang mengetahuinya...". Rasulullah bersuara, "Kerana dalam bulan itu, berkembanglah kebaikan yang begitu amat banyak sekali...".

Selain itu, Sya'aban merupakan bulan mulia kedua selepas Rejab. Sebahagian 'alim ulama' menyatakan, sekiranya bulan Rejab ialah bulan kesempatan untuk meminta ampun, bulan Sya'aban pula ialah bulan bagi manusia memperbaiki diri daripada segala cacat cela dan dosa. Bulan sebelum Ramadhan ini penuh dengan syafaatnya yang tersendiri seandainya banyak amalan-amalan diamalkan.

Sebagaimana sunnah Rasulullah, umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa sunat di dakan bulan Sya'aban ini. Rasulullah lebih gemar berpuasa sunat didalam bulan ini berbanding bulan-bulan yang lain.

Di dalam kitab Durratun Nassihi, menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Umat islam juga digalakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."

Marilah sama-sama kita beramal dengan semaksima mungkin didalam bulan yang penuh dengan syafaat ini. INSYA-ALLAH Segala kebaikan yang dilakukan mendapat berkat dan rahmbat dari yang maha berkuasa...

Popular Posts