Monday, August 31, 2009

Berbuka Puasa ngan Classmate...

Masuk puasa hari ke 6, Syifa' ajak kami berbuka di Only Mee SACC Mall.
Mula-mula saya dan Jimot berat hati. Biasalah, kami ni pemalas sikit nak berbuka di luar. Takut lewat maghrib.
Tapi, Syifa' berjaya pujuk. Ngahaha. Syifa' memang terer menyaiko orang!!
Dan...ini hasilnya!!!


Itu saya dan Mohammad Handzolah Bin Ridzuan. Dia salah seorang lelaki melayu terakhir yang ada dalam kelas selain Ahmad Hattadi dan Muhammad Izzat Syafiq. Bayangkan lah... 3 orang je pewaris statistician batch kami!!!Menu saya; Nasi Ayam ROaster dan Horlick. Menu Zolah; Nasi ayam kungpo dan teh ais.


Yang ini pula Wani dan Tirah. Seorang pegawai komander JPAM yang sorang lagi komander senior PALAPES LAUT. Ngahaha. Memang mantap! Mereka duduk depan saya dan Zolah. Menu mereka; Nasi berlauk ayam sweet sour dan ice lemon tea.


Dari kiri, Naney, Pino dan Syifa'(organizer majlis). Mereka sedang khusyuk makan. Fokus. Kesian Naney, food(ceh) dia sampai lepas azan. Nasib baik masa tu dia tak berapa nak puasa. Ngahaha. Menu: tidak dapat dikenal pasti kerana mereka duduk agak jauh. Tapi yang pastinya, Syifa' dan Pino order air ribena. Sedap!!!



Syifa'(sekali lagi), Pino(again?) and Ana(gadis idaman malaya. Ngahaha). Posing baik punya! Menu Ana: Nasi Ayam sweet sour dan air....ice lemon tea maybe? Tak ingat sgt larr...


Saya, Jimot dan...muka yang nampak suku tu Herma. Sorry Herma. Ngehehe. Menu jimot; sama seperti saya sebab masa order, kami malas nak fikir byk2. Ngahaha.

PERASAAN SEMASA BERBUKA:
Seronok. Unbeleiveable. Good!. Nice food.

PERASAAN SELEPAS BERBUKA:
Kenyang. What? Quit Expensive tuh. Happy!. Ops, esok ada test calculus!!!!

Hope lepas ni dapat attend lagi aktiviti yang macam ni, cuma, urm...kalau boleh cari tempat yang murah2 sikit lah.... mamak pun layan jerrr... ngehehe.

Wednesday, August 26, 2009

Sempena RAMADHAN~~

Hampir 2 jam menghadap laptop,mencari data yang sesuai untuk projek linear algebra, tiba-tiba saya teringat akan blog yang sudah saya tinggalkan lebih 3 hari. "Nak post apa ye?" dalam hati berfikir. Otak turut berputar. 30 minit berfikir sambil menggeledah laptop, akhirnya idea sampai. Solat Sunat Terawih. Macam menarik!

Biar saya mulakan dengan sabda Rasulullah S.A.W;
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, barangsiapa yang mendirikan sembahyang (tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Muslim)

~Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah, ertinya berhenti rehat.

~Qiyam Ramadhan ini dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat, maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah.

~Kalau sembahyang itu 20 rakaat, maka akan ada lima tarwihah, atau mengikut nahu Arab lima tarawih.

~Tidak ada hukum untuk berehat.

~Seseorang boleh sahaja terus sembahyang hingga habis, tanpa berhenti.

~Tujuan solat tarawih adalah untuk merehatkan badan daripada ketegangan selepas berbuka puasa, selain memberi ketenangan dan keikhlasan kepada orang yang bersembahyang.

~Solat tarawih ini jika dilakukan pada bulan selain bulan Ramadhan dipanggil solat malam – “solat lail”.

~Solat ini tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi, tetapi cara melakukannya ada kalanya berjamaah di masjid dan ada kalanya tidak.

~Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.

~Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat

~Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

~Lafaz niat;
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّــة َ الــتـَّــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّــه تـَــعـَــالـَــى“Sengaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

~Perlu diingatkan ialah manusia perlu menjaga kesihatan, perlu tidur, perlu rehat seperti yang disabdakan oleh Nabi: “Adakah kamu yang memberitahu aku, kamu berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam? Maka Abdullah bin Amru menjawab: Benar! Maka sabda Nabi: “Jangan buat begitu. Tetapi puasalah, bukalah, solatlah dan tidurlah. Badan kamu ada hak, dan mata kamu pun ada hak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

~Semua solat sunat bersendirian boleh dilakukan dengan cara duduk (solat fardhu tidak sah dilakukan sambil duduk sekiranya berkuasa berdiri)

Nampak, tak susah kan solat sunat tarawih ni, tinggal nak atau tak nak buat sahaja.
Jadi, lepas ni, marilah kita sama-sama menguatkan lagi hati untuk bersolat sunat tarawih ini. Biar pun seringkas mana, ganjarannya terlalu amat besar, lebih-lebih lagi, bulan Ramadhan ini adalah hadiah paling indah dan paling besar buat manusia daripada Yang Maha Esa...Hargai ia sebaik-baiknya.. INSYA-ALLAH... =)

Saturday, August 22, 2009

TERGANGGU

saya cukup tak gemar dengan keadaan yang terganggu.

Terganggu dari segi banyak faktor.

Bunyi, bunyi, bunyi, bunyi,...
cuaca, cuaca, cuaca, cuaca,...
masa, masa, masa, masa,...

Itu antara faktor yang menggangu saya selama ini.

Tanpa disedari, faktor-faktor itu telah membuatkan otak saya mati. Terbunuh.

Dan, saya perlu menghidupkannya kembali.

Tapi, ia menyebabkan saya TENSION!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saya tak suka.

Betul-betul tak suka.

=(

Jumaat yg memenatkan.

Saya sungguh segan dengan Prof.Khalil sejak kebalakangan ini. Saya rasa Prof. Khalil rasa saya sungguh marah pada dia kerana peristiwa sebelum ni. Tapi, nak buat macam mana, kepuasan hati saya perlu dituruti, ceh!

Semalam, kelas petang. Memang lah mengantuk. Sudah lah pagi tu, saya ke Pusat Kesihatan(PK) lepas habis kelas Regression. Nak check pasal rashes yang tiba-tiba muncul kat tangan ni. Takut denggi pulak. Hish... tunggu punya lama, last-last masuk, doktor tu kata, dia suspeck denggi, ngeri betul saya dengar. 1) sebab tak pernah-pernah dalam hidup saya kena rashes yang begitu banyak. 2) orang lain cuak pasal h1n1, denggi pulak datang menghinggap...grrr...

Dia check temperature=normal ag,, 37.3 deg c... ngahaha.. bersyukur, tapi, doktor tu tak puas hati jugak, dia suh wat blood test. Ternganga saya seketika. BLOOD TEST?!

Buat mereka yang tidak mengenali saya, sejak dari umur 16 tahun, saya mula fobia pada jarum suntik. Grrrrrr...memang tak boleh terima.Akhirnya, doktor itu pun berjaya memujuk saya membuat ujian darah. Jantung punya lah berdegup kencang.Tak apa-tak apa, control. Saya ingatkan nak pejam mata waktu doktor tu suntik, tapi, dia suh gne tgn kiri, sbb, meja kt sblh knn, nak tak nak terpaksa saya ngadap jarum suntik tu dok suntik tangan saya!!!!!!!! mcm nak pengsan!!!!!!

Nasib baik darah normal, cuma di warning, kalau agak-agak nak demam, terus pergi PK. Saya mmg tak puas hati, sbb nak tunggu ujian drh tu pnye lah lama, endingnya, x d apa-apa...mmg lah geram dgn doktor tu...doktor tu bagi ubat thn gatal dgn lotion pink(cute je bila disapu) ngehehe... dia dah warning, pil tu mengantukkan.

Balik rumah, kepala dah weng-weng. Pening. Maybe darah di ambil dengan terlalu banyak. Saya tidur. Sampai pukul 3 lebih, bgn an sembahyang. Perut pun dah lapar. Last-last, saya lanyak nestum ngan milo KHairan, dan dengan beraninya, saya telan sebiji pil.Kelas pukul 4 petang.

Sampai kelas, kepala dah berat. Betul! Ngantuknyerrr.... at last, saya gugur di atas meja komputer. Nak tahan ngantuk? No way! Memang dah tak larat. Dia bukan ngantuk biasa, tapi dah macam makan ubat pelali! Memang lah giler. Sambung balik cerita prof khalil tadi.

Agaknya Prof Khalil dah nampak muka saya ngantuk dekat kelas, dia attack saya je. Sikit-sikit tanya, any idea? any idea how? saya cuma geleng-geleng... kadang-kadang ngangguk jugak lah... Saya rasa dia ingat saya berdendam dengan dia pasal assignment yang before ni sebabnya, saya ada hantar assignment yang betul semula pada dia. Rasanya dia dah buang kot. Biasalah, kalau saya jadi dia pun saya hangin, ade ke hantar yang salah! Apa lah nak jadi dengan budak sorang yang chomey ni(ceh sempat ag)!!!!!

BTW, balik kelas, saya jalan dah terhuyung hayang. Yan kata dah macam orang mabuk. Jimot dan Naney turut bersetuju. Peduli apa! Saya dah tak tahan!!!!!!! Kepala dah berat! Mata dah tertutup 1/4 dah... ngahaha memang lah ekstrem..

Balik rumah, mandi, smbhyg,tidur, smbhyg, tidur balik, bangun sahur.
MASALAH: TAK PERGI TERAWIH!!!!
Cekadak punya ubat!!!!!!!!!!!!
(x_x)

Friday, August 21, 2009

PENAT....(Y_Y)

Saya sangat penat

Terlalu amat penat sampai
nak angkat tangan pun tak larat

Terlalu amat penat sampai
nak tidur pun tak lena

Terlalu amat penat sampai
nak makan pun tak lalu

Terlalu amat penat sampai
nak berfikir pun tak mampu

Terlalu amat penat sampai
tak mampu nak bergerak

Tolong hilangkan kepenatan saya
Tolonglah....

Thursday, August 20, 2009

Selamat Datang RAMADHAN....

INSYA-ALLAH, semoga Ramadhan yang datang kali ini akan lebih bermakna selain, lebih keberkatan, lebih keredhaan, lebih ibadat...

Secara personalnya, saya sendiri agak sibuk, mungkin lebih sibuk di bulan Ramadhan ini, bimbang kalau-kalau penat mengatasi keinginan di hati untuk beribadat lebih di bulan yang mulia ini...urm... (n_n)

Wednesday, August 19, 2009

Bertemu Hattadi semula....

Rasanya agak lama Hattadi bercuti sebelum dia masuk kelas semula hari Isnin yang lepas.

Lebih kurang 2 minggu campur seminggu mid-term sebelum tu.

Saya dipertanggungjawabkan untuk kumpul segala kertas-kertas TEST milik Hattadi selain memberitahu lecturer tentang ketiadaan Hattadi, bimbang dia akan digugur taraf sekiranya tidak hadir ke kelas lebih 3 kali.

Apabila Hattadi datang ke kelas semula, terasa;

1. Lega mungkin. Sebab saya dah tak perlu jalankan tugas sebagai setiausaha tak bertauliah Hattadi.

2. Lega juga. Kerana Hattadi sudah sihat macam biasa selepas accident yang konon-kononnya gempak, (actually dia tergelincir jatuh motor je; itupun tergelincir atas jalan kering...hahaha). Tapi, dia masih terdengkot-dengkot lagi jalan.

3. Lega lagi. Kerana saya tak perlu menjawab sebarang pertanyaan dari sahabat-sahabat yang lain tentang Hattadi memandangkan, Hattadi tak beritahu saya apa-apa tentang accidentnya itu. Memang geram! Ingatkan trauma sangat...menyampah!

4. Seronok. Sebab, waktu Hattadi cuti,kurang seorang sahabat yang selalu join saya ketawakan Jimot.

5. Saya ketawa. Sebab, sejak naik cuti ni, Hattadi makin banyak cakap, tambahan lagi, dia cakap benda-benda yang 'unexpected' dan terlalu hiperbola. Sampai dah tak tahu macam mana nak layan lagi. Perangai dia pun makin pelik. Kirenya macam, "Wah...Hattadi dah pandai buat lawak yang orang gelak ye sekarang..."...faham-faham je lah.

Jadi, saya doa agar lepas ni Hattadi tak accident tergelincir atas jalan raya, disiang hari, tanpa ada hujan sebagai faktor penggelincir(sori Hattadi, tak ada niat nak perli awak pun..hehehe). Saya juga doa agar saya dan sahabat-sahabat lain terlindung dari segala bahaya yang selalunya datang tiba-tiba tanpa diduga. huhuhu..

Tuesday, August 18, 2009

Chapter 9 Update!!!!

Baik. Untuk chapter ke 9 novel saya yang sedang dalam-perjalanan-siap ni, saya berikan tajuknya sebagai; PERTEMUAN TERAKHIR SYIFA'. Urm... jangan salah anggap pula, pertemuan terkahir tu bukan bermaksud watak Syifa habis disitu sahaja. Tema untuk chapter ni ialah, karya Tchaikovsky-Serenade Melancholique.

Kalau nak diikutkan, karya kali ini yang terpilih, merupakan karya violin okestra, di mana, biola digunakan sebagai solo, manakala band okestra yang lain sebagai pengekal rentak. Karya ini agak menarik, dari segi tajuk sahaja,pendengar akan membayangkan piece kali ini agak berbeza dengan piece-piece biasa yang lain. Namun, setelah 'mengorek-ngorek' ke dalam layar-maya ini, saya dapati terdapat okestra yang memainkan karya ini dengan menggunakan piano dan violin sebagai solo. Memang kena lah!

Sejarah penciptaan piece indah ini bermula apabila Tchaikovsky bergabung dengan seorang pencinta muzik klasik ini iaitu; Leopold Aeur. Namun, terdapat banyak masalah yang berlaku sepanjang proses menyiapkan karya ini, sehinggakan, Tchaikovsky menganggap Auer, yang pada ketika itu berjanji untuk menyiapkan bahagian violin, mengkhianatinya. Namun begitu, karya ini akhirnya di dedikasikan buat Auer.

Kerana sejarah karya ini, saya menjadikan piece ini sebagai tema untuk chpater 9, kerana ianya melibatkan kisah antara 2 lelaki; seorang ingin hampir, seorang lagi ingin pergi. Terdapat sedikit pergolakan yang agak berat diantara mereka berdua (Azam dan Wafi(ex-boyfriend Syifa')), sehinggakan Syifa' mengalami konflik dalam diri yang berat.

Saya akan cuba mengakhiri chpater 9 ini dengan ending yang positif. INSYA-ALLAH... saya tak harap untuk menjadikan chapter ini lebih kompleks, tapi, kalau ada sebarang konflik pun, saya tak akan buat yang berat-berat.. ringan-ringan je biar pembaca pun senang hati je nak baca... betul tak-betul tak???? =p

Sunday, August 16, 2009

Bil dari ALLAH

Saya tertarik membaca artikel yang dikeluarkan oleh iluvislam.net; bertajuk bil daripada ALLAH. Oleh kerana artikel tersebut didalam bahasa Inggeris, biar saya tolong translate kan untuk sahabat-sahabat baca ye..

Ada seorang lelaki tua yang sudah berusia 70 menghidap sejenis penyakit yang membuatkan dia tidak boleh membuang air kecil. Hamba ALLAH ini berjumpa dengan seorang doktor dihsopital dan doktor tersebut mengesahkan beliau perlu membuat pembedahan supaya sembuh. Hamba ALLAH ini bersetuju untuk membuat pembedahan itu kerana sakit yang dihidapi beliau sudah tidak tertahan lagi azabnya. Setelah selesai pembedahan, doktor memberikan bil perubatan kepada hamba ALLAH ini. Tiba-tiba hamba ALLAH ini menangis melihat bil tersebut. Doktor tersebut yang melihat lelaki tua itu menangis memberitahu, "sekiranya bayarannya terlalu tinggi, kami boleh bantu..." lelaki tua itu menggeleng sambil menjawab,"saya bukan menangis kerana bayarannya, tapi kerana, sudah 70 tahun ALLAH membolehkan saya membuang air kecil, tapi Dia tidak pernah menghantar bil kepada saya!".

SUBHANALLAH... kadang kala kita terlupa untuk bersyukur. Kadang kala kita ingat tetapi sengaja terlupa. Kadang kala kita tidak tahu bagaimana untuk bersyukur.

"Dan telah ALLAH beri segala-galanya kepada kamu(manusia), dan seandainya kamu ingin hitung, tidaklah dapat terhitung dengan banyaknya kurniaan ALLAH, namun yang pasti, manusia tidak pernah bersyukur akan nikmat itu"-juzu' 14 ayat 34 Al-Quran Al Qarim...

Apa kata sahabat-sahabat sekalian berhenti seketika, berfikir, lantas bersyukur dengan segala kurniaan ALLAH memberikan kita peluang untuk terus bernyawa, untuk terus bernafas. Lembut-lembutkan lidah untuk mengucapkan ALHAMDULILAH tatkala rezeki, nikmat, hikamah dan bala menimpa. INSYA-ALLAH, kita akan lebih positif dan di redhai ALLAH S.W.T....

Saturday, August 15, 2009

Sejarah H1N1, berulang lagi ke?

H1N1 ialah subtype virus bagi Influenza A. Dari sudut kimianya, ia adalah selesema yang biasanya menjangkiti manusia. Physically, strains of this influenza can be divided into 3 which is, endemic to human, pig or called swine flu and bird called avian flu. Jadi, untuk pengetahuan orang ramai, swine flu, bukanlah Influenza A H1N1.

Nama H1N1 diperolehi daripada kandungan virus itu sendiri di mana, ia mengandungi protein hemagglutinin (H) dan neuraminidase (N). Hampir kesemua virus selesema mempunyai hemagglutinin namun, uniknya Influenza A H1N1 adalah, virus ini bermutasi dan berubah struktur dengan cepat dan kerap kerana genetiknya.
Virus Influenza A ini dibahagikan mengikut nombor proteinnya, iaitu H dan N. Di dalam avian flu, terdapat lebih 16H dan 9N subtypes, namun, yang menjangkiti manusia hanyalah subtypes H 1, 2 dan 3 manakala N 1 dan 2 sahaja.

Virus berbahaya ini sebenarnya mula dikesan pada tahun 1918 di Sepanyol dan dikenali sebagai Spanish Flu. Ia membunuh lebih 50000 hingga 100000 manusia dalam jangka masa setahun. Virus ini menjangkiti sel di paru-paru, dan menyebabkan antibodi badan manusia overstimulate kerana cytokins dilepaskan secara berlebihan. Ini menyebabkan lebihan leukocyte di paru-paru, dan menyebabkan sel paru-paru musnah.

Selesema seterusnya berlaku pada tahun 1977 di Russia. Uniknya, ia hanya menyerang mereka yang berusia di bawah 23 tahun. Namun pada ketika itu influenza yang menyerang ialah subtype H2N2.

Hong Kong flu atau lebih dikenali dengan nama Influenza A H3N2, mula menyerang manusia pada 13 Julai 1968 dan membunuh lebih 1 juta manusia dari seluruh dunia. Virus ini merebak dengan pantas, malahan dalam masa 2 bulan, virus ini mula merebak ke Cina, India, Filipina, Selatan Australia dan negara Eropah.Namun, tidak seteruk H1N1, kebanyakkan mereka yang menjadi mangsa virus ini ialah golongan yang berusia lebih dari 65 tahun, dan virus ini merebak terus dari lembu ke manusia.

Kini 2009, virus yang berubah strukturnya malahan bergabung dari 4 virus influenza yang lain iaitu, swine flu, avian flu, American-Mexican flu dan human flu. Pada 6 Jun 2009, WHO mengumumkan virus ini sudah sampai treat level ke 6, fasa tertinggi selepas Hong Kong flu pada 1968.

Harap sahabat-sahabat dapat mengambil sedikit iktibar dari sejarah lama ini. Tidak mahu ianya berulang, maka, bagi mereka yang mula mendapat tanda-tanda Influenza ini, segeralah ke hospital dan ke klinik berhampiran(kalau boleh biarlah yang kerajaan). Lagi satu, jagalah kebersihan diri, basuh tangan sepanjang masa, ingat adab batuk dan bersin. Semoga ALLAH melindungi dan meredhai kita selalu, INSYA-ALLAH...

Friday, August 14, 2009

Kisah Sadis(ijat suh tambah) C++

Haish.. memang sadis habis. Kisah sedih ini bermula pada minggu lepas. Jumaat petang minggu lepas. Prof Khalil mengakhiri kelas Algorithme dia dengan assignment projek menggunakan Borland C++. Saya sangat suka buat programming ni, tapi, mungkin kerana excited yang teramat sangat, saya tersalah hantar emel final work saya pada prof. Saya tak sedar langsung sampai lah ke minggu ni, bila prof cek assignment ni up-forward dekat depan kelas, di hadapan semua manusia yang ambil paper ni. SEGAN NYER~!!

Saya langsung tak sedar sampai prof tanya balik, "you run tak you punya program?". Saya dengan yakinya menjawab, "Yes. Saya dah run...". Tapi, bila prof try compile, ada ERROR!!!! Statement and syntax error!!. Terkejutnya jiwa raga saya.

Bila saya buka sent email balik, saya download semula, run balik, memang ada error!!. Sedihnya! Saya open pendrive, buka semula, tiba-tiba, "Eah... kenapa yang ni okay je? Alamak...".Dalam nada yang sememangnya teramat sangat geram dan separuh marah! "Ar...Prof, saya tersilap hantar pada prof, yang saya save dalam pendrive okay...tapi...tak apalah..." terdengar tawa dari Prof dan rakan-rakan sekelas yang lain. Ar...segannya.

p/s=ejat menyelit; alah ciannyerrr...

Sudahlah begitu, dia gunakan hasil-air-tangan-separuh-jalan-yang-tersalah-hantar tadi sebagai "representative" untuk rakan-rakan sekelas yang lain. Memang agak segan lebih-lebih lagi saya dilahirkan dengan sifat pemalu yang agak semulajadi. Dia kome sana, komen sini, komen itu, komen ini...sampai rasa macam semuanya tak kena dalam assignment saya tu.

p/s=ejat menyebok baca yang saya tengah type ni dengan nada yang....urm...menyebabkan saya lagi sedih!!!

Lebih kurang dalam 10 minit selepas masa komen bermula, saya dengan tekadnya menghantar semula assignment saya, pada waktu tu juga! Biarlah apa yang prof nak kata, dia nak marah ke, nak apa ke, yang penting saya nak dia tahu, saya pun boleh buat C++ tu dengan baik biarpun ini kali pertama! Hush!! Agak lega lah bila, selepas hampir 35 minit prof komen, dia tutup assignment saya. ALHAMDULILLAH~~ lega hati ini. Selepas itu, kelas terus berjalan dengan dia bersikap adil, buka assignment rakan-rakan yang lain...ALHAMDULILLAH, tak ada lah rasan segan sangat.

p/s=sory lah, tapi saya tahu, konsep keadilan dekat sini tak betul, saya patut gunakan konsep justice. Urm... mungkin lebih proper...

INSYA-ALLAH, selepas ini, saya akan cuba menghasilkan kerja yang lebih baik. Lebih berhati-hati. Tidak mahu peristiwa sebegini berulang lagi.

p/s=ejat buat saya ketawa lagi dengan nada dia baca perenggan ni...hehehe

Pengharapan disini,agar rakan-rakan yang lain dapat terus membantu, mengingatkan, membetulkan apa yang salah dan INSYA-ALLAH, saya akan cuba mengingatkan anda semua sekiranya ada apa-apa yang tidak elok yang saya ternampak.

p/s=ejat masih menyebok lagi...

Semoga hidup diredhai, dirahmati dan dikisari nur dari ILLAHI....

=p

PERINGATAN 2 (KHUTBAH dan SABDA RASULULLAH S.A.W)

Terdapat 7 penyakit hati..

1. Membanggakan Diri
2. Terpedaya dgn perasaan sendiri
3. Sombong atau bongkak
4. Suka menunjuk-nunjuk
5. Buruk sangka
6. Kikir
7. Dendam

Rasulullah S.A.W bersabda
Sesungguhnya d idalam diri manusia ada sebuah jasad.Jika ia baik,akan baik seluruh amal manusia.Jika ia rosak maka rosaklah seluruh amalnya.Ketahui lah ia adalah hati.(hadis riwayat Ahmad)

Insya_ALLAH, keperluan untuk berubah dan beringat di harap dapat menjadikan saya dan sahabat-sahabat yang membaca sekalian lebih positif...

Thursday, August 13, 2009

buat SAS...

data gpadata;
input gpa test;
cards;
3.1 5.5
2.3 4.8
3.0 4.7
1.9 3.9
2.5 4.5
3.7 6.2
3.4 6.0
2.6 5.2
2.8 4.7
1.6 4.3
2.0 4.9
2.9 5.4
2.3 5.0
3.0 6.3
1.8 4.6
1.4 4.3
2.0 5.0
3.8 5.9
2.2 4.1
1.5 4.7
;
proc reg data = gpadata;
model gpa = test / xpx i covb corrb;
run;


OUTPUT:
The SAS System 08:39 Thursday, August 13, 2009 1

The REG Procedure
Model: MODEL1

Model Crossproducts X'X X'Y Y'Y

Variable Intercept test gpa

Intercept 20 100 49.8
test 100 509.12 256.4
gpa 49.8 256.4 133.6

The SAS System 08:39 Thursday, August 13, 2009 2

The REG Procedure
Model: MODEL1
Dependent Variable: gpa

Number of Observations Read 20
Number of Observations Used 20


X'X Inverse, Parameter Estimates, and SSE

Variable Intercept test gpa

Intercept 2.7912280702 -0.548245614 -1.567017544
test -0.548245614 0.1096491228 0.8114035088
gpa -1.567017544 0.8114035088 3.5936140351


Analysis of Variance

Sum of Mean
Source DF Squares Square F Value Pr > F

Model 1 6.00439 6.00439 30.08 <.0001
Error 18 3.59361 0.19965
Corrected Total 19 9.59800


Root MSE 0.44682 R-Square 0.6256
Dependent Mean 2.49000 Adj R-Sq 0.6048
Coeff Var 17.94445


Parameter Estimates

Parameter Standard
Variable DF Estimate Error t Value Pr > |t|

Intercept 1 -1.56702 0.74650 -2.10 0.0502
test 1 0.81140 0.14796 5.48 <.0001


Covariance of Estimates

Variable Intercept test

Intercept 0.5572553538 -0.109454619
test -0.109454619 0.0218909237



The SAS System 08:39 Thursday, August 13, 2009 3

The REG Procedure
Model: MODEL1
Dependent Variable: gpa

Correlation of Estimates

Variable Intercept test

Intercept 1.0000 -0.9910
test -0.9910 1.0000


menarik x? menarik x? ngahaha... srownok jgk wat bnder alah neyh...
p/s: ku buat try buat n gne SAS applictn neyh mse klas regression... thanx to mrs.mazni... ngehehe =p

Wednesday, August 12, 2009

PERINGATAN 1 (KHUTBAH & SABDA RASULULLAH S.A.W)

“Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat sebelum kalian ialah apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya. Tetapi apabila mereka mendapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman kepadanya. Demi Allah! Jika Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya”.

Tuesday, August 11, 2009

I Need It...

I prefer stands here...waiting,
Rather than looking at the empty space...watching,
Unvariable spots, Unvariable things,
That I mistakenly took,
Pierce my heart apart...

I can only do nothing...breathing,
Like I was breathing in a deep cold water,
With sands approaching, With fish avoiding,
That I wish would never leave,
Make me alone behind...

What should I say,
What should I think,
What should I do,
What brings me untill here...
Nobody's answering me..

Ringing the bell of my heart,
Makes my brain react,
Even a symphony,
Would make my nerve forget,
Dark memories about being held,
Down into the black world,
Deep into the thin hole,
That I wish,
I was never ever been there...

It make my eyes remember;
"Even if you forget the past, the past will never forget you"

TERIMA KASIH

Kerana sedikit pengetahuan menjadikan aku lebih berilmu.
Kerana sedikit kasih sayang menjadikan aku lebih mengasihi.

INSYA ALLAH aku akan lebih positif.
Positif dari sudut imannya,
Positif dari sudut nalurinya,
Positif dari sudut adab budinya...

Saturday, August 8, 2009

MAAFKAN AKU DUHAI SAHABAT KU...

Tiada niat di hati ini untuk melukai hati kamu, wahai sahabat tercinta..
Aku cuma ingin meluahkan apa yang terkandung di dalam sanubari ku,
Langsung tiada ku berniat untuk menyentuh luka di hati mu, wahai sahabat tercinta,
Langsung tiada niat ku untuk menyelongkari peribadimua, wahai sahabat tercinta…

Sekadar ku ingin mengingati mu, sahabat ku,
Setiap perkara pasti ada ketentuannya, sahabat ku,
Setiap yang berlaku selalu ada hikmahnya, sahabat ku,
Setiap yang salah pasti ada betulnya, sahabat ku,

Dan,
Bagi yang salah itu, cuba ku ingat kan,
Bagi yang berlaku itu cuba ku tunjukkan,
Setiap hikmah itu tidak akan hadir setelah berlaku sesuatu itu…

Duhai Sahabat Tercinta,
Aku bukan ingin menyakitimu,
Aku tidak tahu hati mu tersentuh,
Juga aku tidak mahu lari dari setelah aku lukai naluri halus mu,

Ku ingin,
Wahai Sahabat Ku Sayang,
Menyelami lubuk hati mu agar dapat ku lari dari menyentuh luka mu sekali lagi,
Menggarap kembali ukhuwah kukuh yang di bina sebelum ini,
Menyulami kepercayaan yang di taruh pada janji kita selama ini,
Menjadi sahabat yang mendengar mu,
Menjadi sahabat yang menyayangi mu,
Menjadi sahabat yang mempercayai mu,
Menjadi sahabat yang setia buat mu,
Menjadi sahabat yang hadir selalu disisi mu…

Harapanku,
Insan yang Selalu Disisiku,
Agar kau memaafkan apa yang aku tidak tahu,
Agar kau memahami apa yang aku tidak mahu,
Agar kau menerangi talian persahabatan kita sekali lagi,
Agar kau mempercayai ukhuwah indah yang cuba kita bina selama ini…

MAAFKAN AKU WAHAI SAHABAT SETIA KU..
MAAFKAN AKU KERANA MENJAUHI MU SAHABAT TERSAYANG KU..
MAAFKAN AKU KERANA KASARNYA BUDI KU TERHADAP MU..

Ku pohon doa mu agar kita kembali erat,
Ku pohon doa mu agar ikatan kita kembali kemas,
Ku pohon doa mu agar biar takdir menyelamatkan hubungan kita..
Ku pohon doa mu agar syaitan tidak berkekalan menghasut jiwa kita…



--
yuha chomey

Friday, August 7, 2009

LIFE

It takes a crane to build a crane
It takes two floors to make a storey
It takes an egg to make a hen
It takes a hen to make an egg
There is no end to what I'm saying

It takes a thought to make a word
And it takes some words to make an action
And it takes some work to make it work
It takes some good to make it hurt
It takes some bad for satisfaction

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la life is wonderful
Ah la la la la la

It takes a night to make it done
And it takes a day to make you young brother
And it takes some old to make you young
It takes some cold to know the sun
It takes the one to have the other

And it takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is
And it takes some fears to make you trust
It takes those tears to make it rust
It takes the dust to have it polished

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la

It takes some silence to make sound
And it takes a lost before you found it
And it takes a road to go nowhere
It takes a toll to show you care
It takes a hole to see a mountain

Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la la life is full of
Ah la la la la la life is so full of love
Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la life is full of
Ah la la la la la life is so full of love

This song was sang by Jason Mraz, a nice musician that makes money trouhg his songs. Whenever people listen to his voice, it will make people think whether is he really singing right from his throat or from his heart. Nice sound. Moreover, this song will make me think that, life sounds easy, but people make it complicated. I really want everybody to listen to this beautiful song, so next time, i'll try to find music hub that suitable for my blog. Fow this meanwhile, understand the lyric okay?

KISAH SYA'ABAN

Hanya kerana bulan ini bulan yang mulia, tidak semestinya waktu-waktu yang lain manusia dibenarkan melakukan dosa. Terdapat sejarah disebalik indahnya Sya'aban ini.

Sya'aban bermaksud berpecah belah, berpuak-puak. Pada zaman Rasulullah S.A.W, masyarakat Quraisyi terpaksa berpecah-belah mencari sumber air. Dan apabila Rasulullah datang, Rasulullah S.A.W mengekalkan nama itu sehingga sekarang.

Di dalam satu hadith, sahabat mengisahkan;

Rasulullah bertanya kepada sahabat-sahabat yang lain, "Tahukah kamu mengapa bulan ini dinamakan bulan Sya'aban?". Para sahabat menjawab, "Hanya ALLAH yang mengetahuinya...". Rasulullah bersuara, "Kerana dalam bulan itu, berkembanglah kebaikan yang begitu amat banyak sekali...".

Selain itu, Sya'aban merupakan bulan mulia kedua selepas Rejab. Sebahagian 'alim ulama' menyatakan, sekiranya bulan Rejab ialah bulan kesempatan untuk meminta ampun, bulan Sya'aban pula ialah bulan bagi manusia memperbaiki diri daripada segala cacat cela dan dosa. Bulan sebelum Ramadhan ini penuh dengan syafaatnya yang tersendiri seandainya banyak amalan-amalan diamalkan.

Sebagaimana sunnah Rasulullah, umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa sunat di dakan bulan Sya'aban ini. Rasulullah lebih gemar berpuasa sunat didalam bulan ini berbanding bulan-bulan yang lain.

Di dalam kitab Durratun Nassihi, menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


Umat islam juga digalakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."

Marilah sama-sama kita beramal dengan semaksima mungkin didalam bulan yang penuh dengan syafaat ini. INSYA-ALLAH Segala kebaikan yang dilakukan mendapat berkat dan rahmbat dari yang maha berkuasa...

Thursday, August 6, 2009

Hari-hari

Pagi ini, sebelum kaki melangkah,
Pandangan ku lerai pada langit gelap.
Masih berkabus, masih kelabu,
Lantas otakku berfikir,
Mengapa tidak dapat aku lihat mentari?
Mengapa sinaran cahaya bintang hilang?
Mengapa tiada hembusan sejuk angin awanan,
Keluhan berdesir dari nafasku yang menghela kesal,
Mungkin jejakku pagi ini masih terawang,
Mungkin langkahku tidak berbekalkan tulus buat sarafku,
Mungkin mataku masih belum ingin melihat kecantikkan itu,
Sesuatu membuatkan aku tersedar kembali,
gegarannya seolah-olah merobohkan bumi,
Pandangan ku kerdipkan semula,
Benar, aku masih bernyawa,
Masih berdiri menghadap langit,
Masih mengharap sinaran mentari,
Masih mengharapa cahaya dari bintang,
Keluarlah biar seketika,
Biar tertutup kegelapan yang menyelubungi segenap lolos-lolos dalam diriku,
Biar tenang perasaan ini....

Fine!! Awak sorang je lah pelajar cemerlang kat dunia ni!

Huh! Agak tension lah sejak dua-tiga hari ni, sampai novel pun tak tersambung lagi. Tak tahulah kenapa, mungkin sebab saya ni terlalu banyak berfikir, banyak sangat masalah tak boleh nak solve! Tau tak, mereka yang terlalu banyak memikirkan masalah, mempunyai umur otak yang lebih tua dari umur sebenarnya!!! Arghh!!!!

Pertamanya: Penggunaan laptop dirumah saya.
Semua orang nak guna internet. Semua orang nak tengok cerita. Tapi, semua orang tak tahu nak tutup balik laptop tu dan simpan selepas guna. Geram betul. Akhirnya, saya putuskan. laptop tak boleh digunakan tanpa pengetahuan saya!

Keduanya: Seorang sahabat.
Saya ada seorang sahabat yang terlalu risau tentang masalah percintaan dia. Saya akui, dia agak cun, tapi saya masih lebih cute dari dia, cumanya, masalah cinta dia lagi banyak dari masalah belajar! Dia sangat pandai! tapi, banyak masa dihabiskan untuk bergayut. saya ingatkan hal sebelum ni dah selesai, rupa-rupanya, dia masih macam tu juga! Saya tak tahu nak tegur macam mana lagi, akhrinya saya redha je lah..gunakan jalan selemah-lemah iman...

Ketiga: Bangun lambat.
Sudah hampir 3 hari berturut-turut saya bangun lambat! Tak sempat dan kelam kabut. Cuma masih bersyukur lagi lah sebab masih sempat solat subuh! Penat lah macam ni.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk kunci jam pukul 4 pagi, bangun perlahan-lahan sampai pukul 6 pagi.

Oklah, saya ada kelas ni. Harap-harap sahabat-sahabat sekalian dapat mendoakan saya terus berusaha dan berjaya menjadi seorang pelajar dan muslimah yang lebih positif. Saya sendiri akan berusaha menjayakan diri saya, supaya INSYA-ALLAH berjaya didunia, dan cemerlang di akhirat! INSYA-ALLAH!!!
=p

Popular Posts